Paul Scholes sepanjang kariernya di Old Trafford, beliau berjaya membantu setan merah menjuarai dua kali gelaran Champions League.
Walau bagaimanapun, beliau mendedahkan yang dirinya berasa malu ketika meraikan kejayaan pertama beliau bersama United menjuarai saingan Champions League pada tahun 1999.
Scholes digantung pada perlawanan akhir yang dilangsungkan di Nou Camp itu dengan gol jaringan Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer berjaya membantu setan merah yang pada ketika itu di bawah kendalian Sir Alex Ferguson melengkapkan treble gemilang mereka.
Man Utd ace Scholes 'EMBARRASSED' lifting Champions League trophy over final ban https://t.co/6UmRbA0hgo
— Irish Sun Sport (@IrishSunSport) December 30, 2021
Beliau terlepas untuk beraksi dalam perlawanan tersebut selepas menerima kad kuning ketika mengasari bintang Juventus, Didier Deschamps dalam aksi peringkat separuh akhir.
Roy Keane pada ketika itu turut digantung dan tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan akhir, dengan beliau bersama Scholes hanya ke padang untuk meraikan kejayaan skuad setan merah dengan memakai suits skuad.
“Kamu langsung tak rasa yang kamu sebahagian dari itu.”
Jelas Scholes ketika beliau terlibat dengan rancangan terbaru BT Sport, ‘What i Wore’.
“Segelintir orang akan kata ia aneh kerana kamu sudah bermain dalam 15 ke 16 perlawanan untuk sampai di mana kamu berada, tapi kamu berada di tempat duduk penyokong dan langsung tak terlibat dengan perlawanan. Tidak ada apa sama sekali yang boleh kamu lakukan untuk pengaruhi keputusan dalam padang.”
Living the boyhood club dream 🔴
Legendary midfield battles ⚔️
Coming out of retirement ↩️Paul Scholes enters the #WhatIWore dressing room to look back on (and play down) his incredible career!
Every football shirt means something…
🤝 Made with @classicshirts 👕 pic.twitter.com/yX1MxT1Vqq
— Football on BT Sport (@btsportfootball) December 30, 2021
“Kami masuk ke padang selepas tamat perlawanan, tapi ia memalukan. Sejujurnya ia sangat memalukan.”
Legenda setan merah itu turut mengenang semula kekasaran yang beliau lakukan ke atas Deschamps dan menjelaskan yang beliau sebenarnya terus tersedar yang tindakan beliau itu menyebabkan beliau tidak akan boleh bermain dalam aksi perlawanan akhir.
“Ia bola sepak.”
Tambah Scholes lagi.
“Roy (Keane) merupakan satu kehilangan besar, tapi itulah bola sepak. Ia bukanlah satu tackle yang terlalu keras, tapi saya boleh dengar Deschamps menjerit dengan kuat untuk memastikan saya kena kad kuning! Mereka memang bijak tapi itu jelas kesalahan saya sendiri.”
“Kamu memang terus sedar dan kamu sedih, kamu kecewa, sudah tentu kamu rasa begitu, tidak menjadi sebahagian dari pemain untuk perlawanan terbesar dalam hidup kamu.”
#Sports : Paul Scholes remembers "embarrassing" celebrations after the 1999 Champions League triumph By axadle https://t.co/PPie4yAf5g pic.twitter.com/PEQHtdoCzC
— Axadle (@axadletm) December 30, 2021
Scholes walau bagaimanapun berjaya menjadi sebahagian dari skuad United ketika kali kedua mereka memenangi gelaran Champions League.
Beliau pada ketika itu membantu United menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perlawanan akhir pada tahun 2008.
Dan kemenangan itulah kemenangan terakhir beliau dalam aksi perlawanan akhir, dengan Scholes gagal membantu United mencatat kemenangan dalam dua perlawanan akhir bertemu Barcelona pada tahun 2009 dan 2011.
Scholes tidak dinafikan lagi telah banyak memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang kariernya di Old Trafford seperti 11 gelaran Premier League, empat Piala FA, tiga League Cup dan FIFA Club World Cup.
Dan dari kesemua Piala yang pernah beliau menangi di Old Trafford, piala kejuaraan Champions League pada tahun 1999 itulah yang beliau rasa paling memalukan.
Paul Scholes recalls 'embarrassing' celebrations after 1999 Champions League triumph https://t.co/67qkXpOIVw ⚽️⚽️ 📲 Bet now via ⟶ https://t.co/0I4IIflkwI √ pic.twitter.com/kTbwJLOcv4
— Bitcoin Sportsbook 🥇 (@SportsbookBTC) December 30, 2021
Scholes rasa malu hanya kerana beliau tidak bermain dalam perlawanan akhir tersebut dan kerana itulah beliau merasakan yang dirinya tak layak rai kemenangan itu.
Walau bagaimanapun, satu hal yang beliau perlu sedar, tanpa beliau, United berkemungkinan tidak akan mampu untuk sampai ke aksi perlawanan akhir dan beliau jelas sekali sangat layak untuk meraikan kejayaan tersebut.
Come on, Paul, give yourself some credit, you scored one of the greatest Champions League goals ever in that tie 🤣https://t.co/QW3dxJr1ra
— GiveMeSport (@GiveMeSport) December 30, 2021
Bahkan nama beliau akan tetap dikenang sebagai salah seorang wira yang membantu United menjulang kejuaraan paling berprestij itu.
Sumber: SPORTbible