Scholes, Gerrard Dan Lampard- Siapa Lebih Hebat Pilihan Owen?

Michael Owen merupakan individu yang boleh dianggap layak untuk menjelaskan tentang perbandingan antara Steven Gerrard, Frank Lampard dan Paul Scholes.

Telah ramai nama-nama besar dalam dunia bola sepak yang turut memperdebatkan hal yang sama dengan Owen tampil menjelaskan yang beliau memilih Gerrard yang terbaik berbanding tiga legenda midfield itu.

Owen sempat beraksi bersama kesemua tiga pemain tersebut sepanjang kariernya dan beliau turut memuji kedua-dua Lampard dan Scholes sebagai antara midfield terhebat pernah beraksi dalam saingan Champions League dan Premier League.

Selain memuji kedua-dua pemain itu, beliau turut menyatakan pendapat peribadinya tentang mengapa Gerrard dianggap lebih hebat dari kedua-dua pemain tersebut.

Bekas bintang Real Madrid itu sebelum ini sering dikritik kerana kerap memberi pandangan mengarut berkait hal-hal dalam dunia bola sepak, terutama ketika beliau membuat ramalan.

Kali ini, beliau sepertinya telah memberi perincian yang sangat bernas dalam menjelaskan tentang mengapa Gerrard lebih bagus berbanding kedua-dua Lampard dan Scholes.

Bercakap di The Greatest Game bersama Jamie Carragher, Michael Owen menjelaskan bahawa:

“Jika kamu lihat Scholesy di padang latihan, lidah kamu akan berjuntai terkeluar.”

Jelas Owen.

“Dia curi perhatian kamu, kamu boleh fikir yang dia bergerak ke arah itu, dan dia hampir berpusing ke arah lain. Dia boleh pecahkan bola kepada lapan bahagian. Dia sememangnya seorang yang bijak.”

“Tetapi selain itu, kamu perlu praktikal sebenar untuk bermain di padang besar yang mana kamu perlukan saiz, kekuatan, ketahanan, kemampuan berlari, semua hal macam ini.”

“Dan jika kamu berdepan situasi satu lawan satu, contoh Steven bermain dengan siapa sahaja nama besar yang pernah bermain bersama kamu, saya rasa Gerrard akan jadikan mereka lauk makan malam.”

“Seseorang seperti Scholesy jelas sekali ada sifat yang berbeza. Maksud saya, cara dia mengubah corak permainan dia dari bombing midfielder kepada quarterback sememangnya sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Frank Lampard, siapa boleh pertikai rekod jaringan dia dan bagaimana dia mampu serlahkan segala kemampuan dia?”

“Tapi bagi saya, Stevie berada di tahap berbeza berbanding mana-mana pemain yang saya pernah beraksi bersama.”

“Dan kamu boleh kata saya khayal atau apa saja, tapi saya pernah bermain dengan pemain terhebat di Liverpool, Manchester United, Real Madrid dan England.”

“Letakkan situasi seperti ini, jika saya kata pusing jam kembali kebelakang, saya perlu beraksi dalam saingan Champions League, siapa yang pertama saya akan pilih? Saya akan pilih Steven Gerrard dulu berbanding mana-mana pemain lain.”

Ketika SPORTbible membuat undian awam pada tahun 2019 yang lalu untuk menentukan siapa lebih hebat antara ketiga-tiga pemain midfield itu, nama Paul Scholes telah mendapat undian tertinggi.

Dari 28,000 orang yang mengundi, 38% dari mereka percaya yang Scholes merupakan yang terhebat dengan Gerrard dibelakang memiliki 36% undi.

Frank Lampard pula berada di kedudukan ketiga dalam senarai undian tersebut dengan beliau memiliki baki 26% undian.

Rio Ferdinand sendiri pernah menemu bual kedua-dua Gerrard dan Lampard di BT Sport sebelum ini dan beliau turut pernah bertanya sendiri kepada kedua-dua legenda itu tentang topik perdebatan hangat tersebut.

“Kesemua mereka akan kata diri mereka sendiri. Dan itulah apa yang memang dilakukan oleh pemain bintang.”

“Mereka akan pertahankan diri sendiri dalam situasi seperti ini dan setiap dari mereka akan ada hujan sendiri untuk berdebat mempertahankan diri mereka.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Permintaan Melampau Man Utd Punca Bidaan Minit Akhir Al Ettifaq Untuk Sancho Tidak Jadi Kenyataan