Scholes Percaya Bertemu Chelsea Lebih Mudah Berbanding City Dan Liverpool

Legenda Manchester United, Paul Scholes yakin yang setan merah tak ada masalah untuk berdepan dengan Chelsea walau mereka baru saja ditewaskan oleh Man City.

Manchester United tewas di tangan Manchester City di Old Trafford malam semalam, dengan anak-anak buah Pep Guardiola cemerlang mendominasi sepenuhnya aksi dalam perlawanan tersebut.

Gol sendiri jaringan Eric Bailly dan satu gol jaringan Bernardo Silva sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 2-0 The Citizens menewaskan setan merah.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu pada ketika ini berada sembilan mata dibelakang pendahulu saingan Premier League, Chelsea.

Namun begitu, walau mereka baru saja diaibkan oleh kedua-dua Liverpool dan Manchester City dalam tempoh beberapa minggu terakhir ini, Scholes yakin setan merah tak akan ada masalah berdepan dengan Chelsea.

Selepas tamat aksi kekalahan Manchester United di tangan Man City, Scholes menyatakan bahawa:

“Adakah kita semua benar-benar terkejut dengan kekalahan United di tangan Liverpool dan City? Sejujurnya saya tak rasa mereka akan hadapi masalah besar bertemu Chelsea. Saya rasa mereka boleh pergi dan tewaskan pasukan macam Chelsea.”

“Saya rasa benda sama sekarang akan berlaku sekali lagi. Kita memang akan berdepan kesukaran bertemu pasukan besar. Kita mungkin akan dapatkan semula rentak persembahan kita sekarang, tewaskan semua pasukan yang kita rasa boleh, dan kemudian fikir kita merupakan pasukan yang bagus lagi.”

Komen itu keluar beberapa minggu sahaja selepas Scholes menganggap barisan pertahanan Chelsea merupakan yang paling lemah berbanding semua pasukan big four Premier League.

Ketika berdebat dengan salah seorang penyokong Chelsea di The Overlap, Scholes menyatakan bahawa:

“Saya juga tak rasa kamu bagus ketika bertahan.”

“Saya rasa Antonio Rudiger sedang berada di tahap persembahan terbaiknya, selain dari itu, kamu ada Thiago Silva yang sudah 36 ke 37 tahun, Andreas Cheistensen seorang pemain muda… Saya rasa di tengah padang kamu bagus. Jorginho dan N’Golo Kante sememangnya pemain yang bagus.”

“Saya cuma tak begitu yakin yang kamu menjaringkan gol yang cukup atau kamu bertahan dengan cukup bagus.”

Scholes kemudiannya memuji barisan pertahanan Liverpool dan Manchester City dengan menyatakan:

“Liverpool mempunyai pemain centre-back yang terbaik, Manchester City ada dua pertahanan hebat, saya rasa United juga ada pertahanan hebat.”

“Saya rasa Chelsea berkemungkinan antara pertahanan paling lemah dari semua pasukan top four (Premier league).”

Tidak pasti bagaimana penilaian yang dilakukan oleh Scholes sehingga beliau boleh menganggap barisan pertahanan Chelsea merupakan yang paling lemah berbanding semua pasukan top four dalam saingan Premier League.

Jika dilihat kepada statistik, Chelsea merupakan pasukan yang paling sikit mencatatkan bolos sepanjang musim ini dengan gawang mereka baru empat kali sahaja dibolosi dari 11 perlawanan dalam saingan liga.

Dari empat bolos yang Chelsea catatkan, hanya satu sahaja darinya yang datang dari permainan terbuka, yang mana ia dijaringkan oleh Matej Vydra ketika aksi terikat 1-1 bertemu Burnley semalam.

Walau tanpa kehadiran pemain penyerang utama, Lukaku, Chelsea masih lagi antara pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Premier League musim ini.

The Blues setakat ini sudah berjaya menjaringkan 27 gol dalam saingan Premier League, termasuk tujuh gol ketika mereka membelasah Norwich City sebelum ini.

Mungkin Scholes ada alasan beliau sendiri tentang mengapa beliau begitu yakin United akan mampu tewaskan Chelsea.

Namun semuanya hanya boleh ditentukan ketika kedua-dua pasukan dipertemukan pada 29 November nanti di Stamford Bridge.

Sumber: GMS

BACA:  Lihat Aksi Dungu Raheem Sterling Buat Backheel Tak Jadi