Scholes Tidak Terkejut Jika De Gea Mahu Berpindah Ke Real Madrid Pada Masa Hadapan

Legenda Manchester United, Paul Scholes berkata amat sukar buat Manchester United untuk mengekalkan khidmat David De Gea jika Real Madrid menunjukkan minat yang serius untuk mendapatkannya pada masa hadapan.

De Gea sekali lagi muncul wira pasukannya selepas menampilkan persembahan ‘Man of The Match’ untuk menafikan Sevilla dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Khamis lepas yang mana perlawanan berkesudahan dengan 0-0.

Real Madrid datang memanggil sekali lagi

Sejak berpindah ke Old Trafford dari Atletico Madrid pada tahun 2011, De Gea telah membuktikan keupayaannya untuk diangkat menjadi antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini. Beliau sering menyelamatkan United dengan aksi menyelamat yang sangat menakjubkan dan persembahannya telah menarik minat Real Madrid untuk membawa pulang pemain ini ke Sepanyol.

De Gea hampir berpindah ke Los Blancos dua musim lepas tetapi kegagalan mesin faks untuk menghantar pengesahan perpindahan sebelum tirai perpindahan ditutup menyebabkan impian De Gea untuk pulang ke Madrid berkecai.

Walaubagaimanapun, dengan Real Madrid mengharungi musim yang agak suram  ketika ini, De Gea mungkin melihat dirinya menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu untuk mengisi posisi penjaga gol utama yang kini dipegang Keylor Navas.

Donut Tesco diperlukan untuk memujuk De Gea kekal di England

Dalam satu temubual bersama Goal.com, Scholes berkata prioriti utama Manchester United musim panas ini adalah memujuk De Gea supaya terus kekal di England. Scholes juga berkata pasukan lamanya itu memerlukan penyerang tengah yang baru untuk meringankan beban yang dipikul oleh Romelu Lukaku.

“Prioriti utama United adalah memujuk De Gea supaya terus kekal, tetapi ia bakal menjadi perkara yang sukar jika Real Madrid menunjukkan minat yang serius untuk mendapatkannya.”

“De Gea menunjukkan secara jelas mengapa beliau adalah penjaga gol terbaik dunia ketika ini dan jika Real Madrid mahukan khidmat beliau, saya boleh faham keputusan De Gea untuk bermain di sana walaupun saya tidak mahu ia berlaku.”

Lukaku lukamu jua needs backup

“Beliau adalah pemain yang berasal dari Madrid dan bakal bermain dengan pasukan yang mencabar secara serius trofi Liga Juara-Juara setiap musim.”

“Saya juga berpendapat United sangat memerlukan penyerang tengah yang baru. Mereka tidak boleh terus berharap pada Romelu Lukaku dan beberapa pemain lain yang bukan penyerang tengah kerana mereka ini adalah pemain sayap. Sebab itulah saya mahu United mendapatkan penyerang tengha yang baru bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung Romelu Lukaku.”

Lukaku dan De Gea bakal sekali menjadi watak penting buat Red Devils malam esok dalam pertemuan penting Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Old Trafford. Kedua-dua pasukan sedang bersaing sengit untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

BACA:  Benatia Dedah Sebab Tolak Tawaran Manchester United Dan Berhijrah Ke Qatar