Sebab Mengapa Gavi Lebih Memilih Boots Yang Tidak Bertali

Wonderkid Barcelona, Gavi kebiasaannya akan turun beraksi menggunakan boots yang tidak menggunakan tali.

Namun alasan mengapa beliau menggunakan boots tidak bertali agak mengejutkan, dengan Gavi sebenarnya tidak pandai mengikat tali kasut.

Pemain midfield yang kini berusia 17 tahun itu merupakan prospek masa hadapan paling cemerlang dalam dunia bola sepak.

Beliau pada ketika ini dianggap sebagai pemain terpenting Barcelona dan sudah ramai peminat yang menyebut-nyebut bahawa beliaulah ‘The Next Messi’ yang sebenarnya.

Satu yang menarik tentang Gavi, kebanyakkan gambar atau video yang memperlihatkan beliau sedang beraksi, beliau sering kali memakai boots yang tidak bertali.

Seandainya boots yang beliau pakai itu mempunyai tali, ia akan diikat dengan langsung tidak rapi dan kadang kala ia seolah-olah langsung tidak diikat.

Melihat kepada hal itu, ada peminat yang sempat berfikir bahawa Gavi sebenarnya ada kepercayaan aneh dan turut melakukan ritual yang menyebabkan beliau terpaksa mengabaikan tali kasutnya.

Walau bagaimanapun, punca sebenar mengapa beliau memakai boots seperti itu adalah kerana Gavi tak pandai untuk mengikat tali bootsnya itu.

“Gavi pernah bermain dengan tali boots dia tidak diikat kemas sejak dari dia masih kanak-kanak, ia kerana dia tak tahu bagaimana mahu mengikat tali kasut dengan baik.”

Jelas penulis dari Sepanyol, Marc Parba Prats di laman twitter miliknya.

“Dia tak peduli dan dia akan bermain seperti itu.”

Gavi sebelum ini turut pernah kena nganjing dengan rakan sepasukannya kerana kelemahan beliau yang tak pandai ikat tali kasut.

Rakan sepasukan beliau ketika beraksi bersama skuad akademi La Masia, Nico Gonzalez turut pernah mengejek Gavi dengan memuat naik story di laman instagram miliknya.

Beliau ketika itu memuat naik gambarnya sedang berusaha untuk mengikat tali kasut Gavi.

Gonzalez memuat naik gambar tersebut dengan caption yang jelas menganjing sambil memberi nasihat kepada rakan sepaau itu dengan menyatakan:

“Sudah tiba waktu untuk belajar.”

Gavi tidak dinafikan lagi sememangnya seorang pemain yang sangat berbakat, dan turut memiliki gaya permainan yang berbeza berbanding pemain kebiasaan yang lain.

Beliau kini sudah membuat 21 penampilan bersama skuad utama Barcelona dengan kelab sangat berpuas hati dengan sumbangan yang beliau pamerkan.

Beliau kini dilaporkan sudah ditawarkan kontrak jangka masa panjang yang baru dari pimpinan kelab, dengan Gavi sendiri tiada masalah untuk menandatangani kontrak tersebut.

Menurut sumber laporan dari Fabrizio Romano, gergasi Catalan itu dijangka akan menawarkan kontrak selama lima tahun kepada Gavi yang mana beliau akan menerima kenaikan gaji untuk setiap musim beliau beraksi.

Klausa perlepasan yang ada dalam kontrak beliau pada ketika ini dilaporkan bernilai €50 juta (£42.6 juta) dan ia juga bakal dibatalkan.

Klausa tersebut dibatalkan kerana Barcelona mungkin akan meletakkan klausa yang lebih tinggi, kerana mahu melindungi prospek masa hadapan kelab itu dari menyertai pasukan lain.

Barcelona difahamkan akan berusaha sehabis daya untuk melindungi Gavi kerana Liverpool, Chelsea dan Bayern Munich pada ketika ini telah menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk mendapatkan khidmat pemain midfield muda itu.

Pengurus terbaru kelab, Xavi Hernandez sebelum ini turut pernah menyebut nama Gavi sebagai pemain yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh kelab.

Beliau jelas sekali sudah ada perancangan masa hadapan untuk product akademi kelab itu, dan kerana itulah beliau menegaskan kepada pimpinan kelab yang Gavi tidak boleh dijual.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Neymar Hantar Peguam Dan Dana Bantu Dani Alves Keluar Penjara