Sebagai Tanda Sokongan Kepada Kempen Melawan Kanser Prostat, Kelab Ini Mencipta Jersi Lutsinar

Sebagai tanda menyokong kempen kesedaran kanser prostat, sebuah kelab amatur di England telah menghasilkan rekaan jersi yang unik di mana mereka telah mengeluarkan jersi yang lutsinar.

Para pemain dari Bedale AFC – kelab yang dikenali kerana pernah menghasilkan jersi unik sebelum ini – telah menggayakan jersi baru ini sebagai sokongan kepada badan Prostate Cancer UK.

Difahamkan jersi tersebut dibuat dengan menggunakan material plastik, dengan satu anak panah besar yang dicetak yang menunjukkan ke arah kemaluan, dan disertakan dengan mesej “Jangan lupa periksa”.

Jersi lutsinar dengan mesej yang penting.

Kelab dari Yorkshire Utara tersebut yang kini bermain di Liga North Riding berkata mereka akan mendermakan £5 bagi daripada hasil jualan setiap jersi. Setakat ini, mereka telah berjaya meraih £200,000 untuk Prostate Cancer UK dan berharap akan dapat mencapai sasaran £250,000.

Pada tahun 2017, kelab ini telah tampil dengan jersi dan seluar pendek yang memaparkan imej sosej jenama HECK – penaja utama pasukan – dan jersi ini telah diundi sebagai antara jersi yang paling keparat di mata peminat bola sepak sedunia, walaupun konsepnya yang agak unik.

Rekaan bahagian belakang.

Tidak lama kemudian, mereka tampil pula dengan rekaan jersi yang mempunyai garisan bergambar sosej, namun dilarang daripada digunakan oleh FA England kerana melanggar peraturan penajaan komersial, tetapi ini tidak menghalang daripada peminat mereka di seluruh dunia untuk membeli jersi istimewa tersebut.

Mengulas tentang jersi terbaharu mereka, pengerusi kelab, Martyn Coombs berkata,”Bukan sahaja kita dapat melihat jersi lutsinar pertama di dunia, mesej utama yang disampaikan melalui tulisan CHECK adalah untuk membuka mata para lelaki dan menggalakkan mereka untuk memerika [prostat masing-masing].

jersi ‘rare’ mereka sebelum ini.

“Kami mendapat maklumbalas berkenaan jersi tersebut dan tak menang tangan dengan permintaan untuk membelinya, jadi kami telah cetak lebih banyak baju untuk memenuhi permintaan, dan £5 daripada setiap jualan akan didermakan kepada kebajikan, kami dah jana ribuan pounds dalam setiap tahun.

“Tahun ini kita menyokong badan kebajikan kanser testikular juga.

Datangnya idea untuk memberi kesedaran tentang kanser prostat ini adalah daripada pengalaman sendiri yang dialami oleh Coombs kerana dia telah kehilangan ayahnya akibat daripada penyakit berbahaya ini.

Pengalaman yang sama turut dialami oleh co-founder jenama HECK, Andrew Keeble. Malah anak juga telah didiagnoskan dengan kanser ini pada usianya 25 tahun, namun dengan rawatan awal, dia berjaya sembuh sepenuhnya.

“Ayah aku telah berjumpa doktor dia selepas rasa tak selesa, tapi masa tu dah terlambat,” ujar Keeble, yang kini menyeru lelaki berusia 50 tahun dan ke atas untuk melakukan ujian kanser ini.

“Kanser prostat adalah sesuatu yang kita boleh cegah.

“Lelaki selalunya sangat malu, terlalu segan, atau terlalu degil, untuk pergi lakukan pemeriksaan.”

Secara statistiknya di UK, kanser prostat adalah pembunuh yang paling biasa di kalangan lelaki di mana satu daripada lapan lelaki di sana menderita sakit ini. Setiap tahun sebanyak 47 ribu kes baharu direkodkan dengan satu kematian dalam setiap 45 minit – bersamaan 32 kematian sehari.

“Kami gembira dapat memulakan kerjasama ini dengan Bedale AFC dan pada masa yang sama kita pun seronok,” tambah Keeble lagi.

“Bila kita buat jersi yang ada sosej beberapa tahun lalu, kesan sokongan dia sangat besar sampai ke hari ini, tidak dapat dihentikan dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

“Setiap kali kami fikir, kami dapat idea baru untuk jersi baru dan kami ulang balik apa yang kami buat.

“Apapun, ini adalah mesej yang serius kepada semua kerana kami mahu terus menyebarkan kesedaran tentang kanser lelaki dan raih kewangan untuk menyokong kajian penting ini.”

Sumber dan gambar diambil dari Sun, Hambleton Today

BACA:  Skuad Dan Pemain Paling Bernilai Di Euro 2016