Sebelum Dikeronyok Liverpool, Pemain United Bincang Kat WhatsApp Strategi Kejar City Dan Arsenal

Sebelum kalah di tangan Liverpool dengan keputusan 7-0, pemain pemain Manchester United dilaporkan sangat bersemangat untuk memburu quadruple musim ini.

Wartawan Chris Wheatley mendedahkan bahawa pemain pemain Man United berbincang sesama mereka dalam kumpulan sembang WhatsApp tentang strategi untuk mengejar Manchester City dan kemudian Arsenal dalam carta EPL.

Menariknya, mereka seolah olah tidak peduli langsung soal Liverpool yang ketika itu tidak penting bagi mereka. Kerana dianggap ianya perlawanan boleh menang.

Mereka lebih berminat berbincang tentang Arsenal dan Man City yang berada di atas mereka dalam persaingan liga.

Mereka benar benar bersemangat ketika itu.Lebih lebih lagi selepas menjulang Piala Carabao dan juga mara ke suku akhir Piala FA 2022/23.

Semangat yang luar biasa itu benar benar menunjukkan erti sebenar seorang pemain Manchester United dalam jiwa semua pemain.

Manchester United masih dalam persaingan quadruple musim ini. Mereka berada di tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris.

Sudah membawa pulang 1 piala minuman tenaga iaitu Piala Carabao. Mereka mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa dan masih berada dalam suku akhir Piala FA 2022/23.

Jadi, mereka benar benar teruja mahu memintas Manchester City dan Arsenal dalam carta liga. Dan sekaligus menjuarai EPL musim ini. Menamatkan penantian EPL mereka sejak kali terakhir memenaginya ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada 2012/2013.

Mereka sedar pada musim ini Liverpool seringkali membuat kelakar yang bukan bukan. Termasuk dirembat Real Madrid 2-5 di gelanggan sendiri selepas mendahului 2-0.

Kemenangan di Anfield akan mengekalkan United dalam persaingan kejuaraan dengan 52 mata, City kini 58 mata dan Arsenal 63 mata.

Tetapi Manchester United masih ada 1 perlawanan dalam tangan dan boleh menjadi 55 mata. Bermakna mereka akan berada 3 mata di belakang Man City dan juga hanya 9 mata di belakang Arsenal.

Jadi, pemain pemain United benar benar rancak bersembang di dalam kumpulan WhatsApp antara pemain itu, dan sesekali berkongsi cerita artis yang viral di sekitar UK.

Semangat itu turut berada dalam jiwa penyokong mereka. United Stand yang seringkali mewakili suara penyokong United telah menyenaraikan kombinasi XI terbaik daripada Liverpool dan Man United menjelang aksi di Anfield.

Dan hasilnya, tiada seorang pun pemain Liverpool dalam senarai mereka.

Betapa mereka benar benar yakin bahawa Liverpool akan menjadi mangsa pembantaian mereka dalam aksi ini.

Namun dalam perlawanan sebenar, mereka hanyalah menjadi bot di atas padang. Tempat Liverpool berlatih skil dan juga aksi aksi terkini dalam kemaskini terbaru permainan FIFA Ultimate Team.

Liverpool menang besar 7-0 ke atas Man United. Membuatkan Mark Goldbrige menangis menyorok di belakang kerusinya.

Gary Neville menganggap ianya aksi yang memalukan daripada Man United pada separuh masa kedua.

Roy Keane kemudian meminta kesemua pemain Man United menyorokkan diri mereka kerana ianya satu keaiban yang maha aib.

Erik Ten Hag membidas pemain pemainnya sebagai tidak profesional dan tidak mengikut perancangan taktikalnya.

Namun begitu semangat Man United kelihatan terus pulih. Mereka kini sudah bersedia untuk bangkit pada aksi berikutnya.

Malah menerusi twitter rasmi Manchester United, mereka sudah bersedia untuk aksi UEL yang akan berlangsung Khamis ini.

Dan sedia bangkit menjadikan Real Betis sebagai tempat melepaskan geram mereka.

Manchester United pernah memenangi piala kasta kedua dalam Eropah itu ketika di bawah Jose Mourinho.

Dan ianya merupakan piala terakhir mereka menangi dalam sejarah kelab sebelum memenangi Piala Carabao 2022/23 beberapa minggu lalu.

Ramai peminat percaya, walaupun impian quadruple mereka kelihatan semakin sukar, namun mereka yakin Man United akan menamatkan musim ini dengan treble.

Jadi itulah dia semangat perjuangan sejati Manchester United.

BACA:  Semakin Rumit, Penjualan Man Utd Oleh Glazer Dijangka Akan Ditangguh Setahun Lagi