Secara Rasminya Benjamin Mora Sah Tinggalkan JDT

Kurang 24 jam desas-desus menyatakan bahawa Benjamin Mora bakal meninggalkan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) maka secara rasminya kini Mora sah meninggalkan JDT.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui saluran media rasminya telah mengumumkan berita ini telah berterima kasih atas jasa bakti pengendali dari Mexico itu.

Pemergian Benjamin Mora dari JDT adalah atas urusan peribadi dan kelab handalan dari selatan itu sentiasa membuka pintu untuk Mora kembali pada masa akan datang.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.

Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang.

Benjamin merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Benjamin telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi.”

—-

“Johor Darul Ta’zim FC (JDT) would like to thank Benjamin Mora for his services.

Benjamin had requested JDT to allow him to return to Mexico due to unavoidable personal matters, and JDT respects the request and will always leave the door open for a return in the future.

Benjamin has been the most successful JDT coach with four Malaysia Super League titles, four Charity Cups, one Malaysia Cup and leading JDT to the AFC Champions League knockout rounds this year.

Benjamin has taken charge of 148 games over two stints as JDT coach since 2017, winning 102 games.

Thank you, Benjamin. You’ll forever be part of the JDT Family. See you again.”

Untuk rekod, Benjamin Mora telah mengendalikan JDT sejak tahun 2017 untuk 148 perlawanan dengan mencatatkan 102 kemenangan.

Benjamin Mora juga te;ah membawa empat kejuaraan Liga Super, satu Piala Malaysia dan empat Piala Sumbangsih dan kejayaan terbesar adala membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga juara-juara AFC.

Pengumuman oleh JDT itu sebenarnya bukan perkara yang mengejutkan. Malah khabar angin sejak kebelakangan ini mengatakan Mora sudah meninggalkan kelab itu selepas beliau tidak bersama pasukan dalam dua perlawanan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

Mora mulai tidak bersama pemain ketika perlawanan ketika JDT berhadapan Penang FC di saingan Liga Super dan kemudiannya Melaka United dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Sabtu lalu.

Perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bahawa salah sebuah kelab Liga Super sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak seorang jurulatih turut menimbulkan spekulasi Mora sebenarnya bakal meninggalkan JDT.

Mora dianggap sebagai jurulatih paling cemerlang di saingan Liga Super pada musim ini dengan rekod dan ratio kemenangan tertinggi berbanding rakan sejawatnya yang lain.

Sejak dilantik menjadi pengendali gergasi bola sepak selatan tanah air itu, Mora telah berjaya meraih tiga kejuaraan Liga Super Malaysia pada 2019, 2020 dan 2021, satu kejuaraan Piala Malaysia pada 2019, dan dua trofi Piala Sumbangsih pada 2020 dan 2021.

Sudah pasti peminat menantikan siapa pengganti Mora yang semestinya akan membawa JDT pergi lebih jauh dan lebih menggerunkan selepas ini.

BACA:  Liga Super 2021: JDT 1-1 Selangor