Sejarah Membuktikan Juara Kejohanan Jarang Menyinar di Peringkat Kumpulan

Bila kita tengok balik sejarah perlawanan penting dalam kejohanan antarabangsa, kita akan lebih banyak mengingati detik-detik highlights dan juga gol-gol penting.

Kita akan ingat bagaimana gol counter attack daripada Alessandro Del Piero ketika Itali menewaskan Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006, atau pecutan Jordi Alba yang membelah pertahanan Itali pada 2012, atau larian pantas Kylian Mbappe ketika menentang Argentina dalam Piala Dunia 2018.

Kita akan mengingati detik-detik tertentu berbanding 90 minit permainan, dan kita memori kita kaan lebih banyak merekodkan detik pusingan kalah mati berbanding apa yang berlaku di peringkat kumpulan.

Tidak semua juara sebelum ini akan dingati dengan penuh memori dan daripada kisah-kisah kejayaan pasukan, dan mungkin hanya kejayaan Greece pada Euro 2004 dan Portugal pada 2016 yang diangkat menjadi kisah klasik pasukan bukan piihan.

Jika diimbas juga, jarang pasukan yang bermain secara menyerang dalam kejohanan besar akan bermain dengan permainan menarik sepanjang kejohanan berlangsung. Malah kalau diimbas kembali, persembahan mereka di peringkat kumpulan juga boleh dikatakan tidak meyakinkan.

Sukar untuk kita melihat mana-mana juara Piala Dunia atau Kejohanan Eropah yang keluar daripada corak ini.

Dalam Piala Dunia tiga tahun lalu, Perancis bukanlah satu pasukan yang menarik untuk disaksikan di peringkat kumpulan, terutamanya ketika mereka bertemu pasukan yang lemah dan lembik (bukan Arsenal).

Mereka terlalu bergantung kepada penalti dan gol sendiri yang gila ketika menewaskan Australia 2-1, terpaksa bertungkus-lumus menewaskan Peru 1-0 dan seri tanpa jaringan dengan Denmark – yang menjadi salah satu perlawanan yang paling membosankan dalam kejohanan.

Ketika pusingan kalah mati, pasukan ini tiba-tiba bermain di tahap potensi sebenar pasukan, menewaskan Argentina 4-3 di pusingan 16-pasukan.

Kejayaan Portugal dalam Euro 2016 juga lebih kurang begitu. Di peringkat kumpulan, anak buah Fernando Santos gagal merekodkan sebarang kemenangan walaupun menentang pasukan yang lebih lemah daripada mereka.

Seri 1-1 dengan Iceland, seri tanpa jaringan ketika menentang Austria dan seri 3-3 dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Hungary – di mana mereka terpaksa bangkit sebanyak tiga kali sepanjang perlawanan di Lyon tersebut.

Portugal layak ke pusingan kalah mati kejohanan dengan menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga, atau lebih tepatnya menjadi pasukan yang mempunyai rekod paling lemah di kalangan pasukan yang layak ke pusingan 16-pasukan dengan kosong perbezaan gol.

Kempen Jerman pada tahun 2014 juga tidak kurang kelakarnya. Mereka bermula dengan membelasah Portugal 4-0 – selepas bermain menentang 10 pemain sepanjang satu jam perlawanan. Mereka terpaksa menunggu gol penyamaan daripada pemain gantian ketika menentang Ghana dan hanya menang tipis ke atas pasukan Amerika Syarikat yang lebih terkenal dengan permainan Baseball dan artis Hollywood berbanding pasukan bola sepak mereka.

Jika diperhalusi, anak buah Joachim Low hanya mampu masuk ke gear lima hanya bermula pada peringkat suku akhir. Ketika di peringkat kumpulan, Phillip Lahm terpaksa memikul beban di bahagian tengah dan pertahanan tengah walaupun bermain di posisi bek sisi.

Dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, hanya beberapa juara sahaja yang mencatatkan keputusan cemerlang dengan permainan yang meyakinkan dari peringkat kumpulan.

Pada tahun 2002, Brazil hadir ke Korea Selatan dan Jepun sebagai pasukan yang paling ditakuti dengan rangkaian serangan yang gila. Mereka berjaya memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan dan menjaringkan 11 gol.

Begitu juga dengan Perancis dalam edisi Euro 2000, di mana mereka dengan tenang menewaskan Denmark dan Republik Czech dalam dua perlawanan pertama sebelum tewas 2-3 kepada Belanda dalam perlawanan terakhir, perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan telah merehatkan pemain utama pasukan.

Jadi kesimpulan yang boleh kita lihat daripada acuan ini, ada beberapa pasukan yang dipandang hina di peringkat kumpulan dan boleh muncul sebagai juara dalam Euro pada kali ini.

Republik Czech dan Switzerland akan bermain tanpa tekanan menentang lawan masing-masing memandangkan layak ke pusingan 16-pasukan juga sudah memadai buat mereka.

Mungkin kita akan lihat Portugal sekali lagi menjulang piala ini mempertahankan kejuaraan mereka empat tahun lalu, atau akhirnya England – dikeji dicaci dihina dek persembahan tak meyakinkan di atas padang – akan muncul juara?

Apapun, admin masih tikam Itali.

Artikel diolah dari : The Athletic

BACA:  Kerana Golongan Kayangan UEFA Tidak Mahu Kuarantin, Final EURO 2020 Mungkin Dipindahkan Keluar Dari England