Mixed Martial Arts (MMA) antara sukan seni pertahanan diri yang popular pada hari ini. Dengan publisiti yang meluas dan juga nama bintang-bintang besar dalam MMA, ia telah menjadikan sukan ini semakin ramai pengikut.
Sebenarnya, MMA bukanlah sukan baru. Ianya sudah wujud sejak beratus tahun lalu.
Setiap tamadun dan masyarakat di dunia ini ada seni mempertahankan diri masing-masing. Ianya sudah menjadi budaya setiap bangsa daripada latar masyarakat dan geografi berbeza.
Setiap seni pertahanan diri ini sentiasa dikembangkan dan diperbaiki supaya ia menjadi lebih baik terutama sekali di Asia.
Satu ketika dahulu, orang Asia menguatkan seni pertahanan diri mereka untuk menentang penjajah dari Barat yang mulai membangunkan senjata api.
Ini juga menjadi salah satu sebab kenapa seni mempertahankan diri di Asia menjadi lebih baik berbanding dengan apa yang dimiliki di sebelah barat, terutama sekali di China, Jepun, Korea dan Thailand. Tak kurang juga di Alam Melayu Nusantara.
Namun, peredaran zaman membuatkan seni mempertahankan diri ini menjadi salah satu budaya dan seni untuk persembahan.
Dalam tamadun Yunani, ada catatan hieroglif pada dinding gua yang berusia sejak 3,000 tahun sebelum masihi. Mural itu memaparkan ada pertempuran melibatkan tangan kosong.
Gusti Dan Tinju Zaman Kuno
Pada 700 tahun sebelum masihi, sukan gusti dan tinju sudah wujud di Yunani. Ia menjadi sebahagian daripada acara sukan olimpik zaman kuno.
Dalam Olimpik Kuno 648 Sebelum Masihi, gusti sudah dipertandingkan. Pahlawan Gladiator dari Rom berlatih teknik gusti dan menggabungkan ia dengan tinju. Mereka menggelar ia sebagai pankration yang bermaksud kuasa sejagat. Pan adalah segalanya, manakala kratos adalah merujuk kepada kuasa.
Ada juga catatan di China menunjukkan seni tempur ini sudah wujud di sana pada tahun 200 sebelum masihi.
Manalah seni tomoi ataupun Muay Thai yang juga disebut ‘kickboxing’ sudah wujud lama di sana sebagai salah satu seni pertahanan diri dan juga untuk hiburan raja mereka.
Pertandingan tomoi di hadapan raja ini sudah menjadi acara simbolik. Hari ini, pertandingan Muay Thai dimasukkan dengan undang-undang yang lebih menjaga keselamatan atletnya berbanding dengan dahulu.
Pada satu ketika dahulu kebanyakan kematian kerana pertarungan di gelanggang ini dianggap biasa dan ada yang menganggap ia satu kebanggaan.
Di Filipina pula, tinju mereka digelar Panantukan, seni ‘grappling’ dipanggi dumog dan seni tendangan kaki dipanggil sukaran. Ada juga seni tempur menggunakan senjata yang dipanggil kali dan escrima.
Sebelum kemasukan orang Amerika ke Filpina pada sekitar 1898, Filipina sudah ada seni pertahanan diri menggunakan pedang. Namun aktiviti itu terlalu bahaya dan pedang digantikan dengan alatan rotan.
Selepas itu, mereka mulai membangunkan seni pertahanan diri yang lebih berasaskan tangan kosong dengan teknik tumbukan, sikuan, lutut, tendang, ‘grappling, ‘submissions’, dan banyak lagi.
Dalam sukan MMA miden hari ini kita melihat mereka lebih taktikal dan penggunaan 2 tangan yang masing-masing boleh menjadi senjata utama.
Pada 1959 satu pertandingan MMA dilangsungkan di Hawaii dan ianya banyak didominasi oleh imigran dari Filipina. Mereka mahu mendapatkan wang lebih ketika bekerja di sana. Kebanyakan mereka bekerja di ladang ketika itu.
Mereka telah membawa seni Kali dan Escrima sehinggalah ianya dikembangkan ke California. Mereka sangggup mati demi wang. Kerana wang itu akan dihantar kepada keluarga mereka di Filipina dan untuk menambah pendapatan menyara keluarga mereka.
Di Jepun, mereka ada gusti digelar Shooto. Satu seni mempertahankan diri yang berbentuk MMA juga. Ianya menggabungkan seni Sambo, Gusti Can, Tomoi, Judo dan seni Jiu Jistu.
Shooto adalah seni yang diilhamkan oleh Satoru Sayama, seorang penggusti profesional. Dipecayai mulai dicipta pada 1983.
Dalam MMA moden hari ini, seni Jiu Jitsu dan Shooto ini dianggap seni pilihan yang harus dikuasai oleh petarung elit mereka.
Pertarungan UFC MMA
Ini adalah jenama MMA yang paling popular di dunia. Ianya diadakan pertama kali pada 1997 di Tokyo Dome. Asalnya ia disebut Pride Fighting Championship (Pride FC).
Sebelum itu ada acara yang hampir sama diadakan pada 1993 di Jepun hasil usaha Masakatsu Funaki dan Minoru Suzuki digelar Pancrase.
Jepun memang pusat kepada MMA, mereka gemar untuk melihat pertarungan seni mempertahankan diri daripada disiplin yang berbeza di dalam satu gelanggang.
Pada awal 90-an, pertarungan MMA di Jepun banyak menjemput guru-guru seni mempertahankan dari dari Eropah dan Brazil.
Amerika Syarikat telah menjadi antara pusat pertembungan budaya seni mempertahankan diri kerana ramai imigran yang berhijrah ke sana.
Seterusnya, budaya orang Amerika Syarikat yang sukakan hiburan seperti ini dengan kemampuan mereka memberikan publisiti kepada acara seperti ini.
Antara watak yang popular di Amerika Syarikat adalah Bruce Lee pada dekad 1960-an. Bruce Lee menggabungkan seni Kung Fu, Tinju, Tomoi, Gusti, dan Jiu Jitsu dalam seni mempertahankan diri beliau yang digeler Jeet Kun Do.
Ramai atlet UFC hari ini mengakui Bruce Lee sebagai pengaruh terbesar di dalam karier mereka termasuk Dana White yang pernah memberikan penghargaan khas kepada beliau.
Seterusnya, Brazil juga menjadi antara negara yang menyumbang kepada seni MMA dengan seni Vale Tudo. Juara judo, Mitsuyo Maeda telah mencipta seni ini dengan menggabungkan Jiu Jitsu dan Judo.
Vale tudo adalah seni yang lebih bebas dan ia mendapat sambutan yang luar biasa selepas Maeda memperkenalkannya di Brazil.
Salah seorang pelajar Maeda, Gastao Gracie telah menurunkan ilmu beliau kepada anaknya, Rorion Gracie, Rickson Gracie dan Royce Gracie.
Mereka yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada awal 1980-an telah memperkembangkan seni vale tudo ini. Rorion mengadakan cabaran bernilai $100,000 kepada sesiapa yang dapat menewaskan mereka adik beradik dalam pertarungan vale tudo.
Ini telah membuatkan nama keluarga mereka dan seni vale tudo semakin dikenali di Amerika Syarikat. Rorion telah bertekad untuk menjadikan seni vale tudo ke arus perdana dan membantu menaikkan nama gym mereka Gracie Jiu Jitsu.
Beliau telah berjumpa dengan Art Davie dan Bob Meyrowitz. Mereka bertiga telah mencipta “The Ultimate Fighting Championship”, dalam acara “no holds barred”. Acara ini adalah berbentuk pay-per-view.
UFC terus menjadi acara yang mendapat sambutan luar biasa. UFC adalah acara pertarungan berbentuk no rules/tiada undang-undang.
Aksi brutal ini telah menaikkan populariti sukan ini. Ramai menganggap ini adalah pertarungan sebenar, berbentuk ‘street fighter’, lebih semulajadi.
Namun begitu, beberapa negara mengharamkan acara ini daripada tayangan di stesen tv kabel.
Selepas itu, Zuffa LLC membeli hak UFC ini dengan nilai $2,000,000 juta dan meletakkan garis panduan dalam pertarungan mereka.
Selepas itu, UFC-MMA telah menjadi acara yang mendapat tontonan dan menjadi ikutan puluhan juta penonton dari seluruh dunia.
Publisiti MMA terus meningkat naik dengan adanya penaja/rakan media seperti Sports Illustrated dan gergasi penyiaran ESPN.
Hari ini, MMA bukanlah sukan yang asing lagi di dunia. Nama-nama besar seperti Connor McGregor, Ronda Rousey, Miesha Tate, Cris Cyborg, Jose Aldo, Wanderlei Silva dan ramai lagi.
Itulah kisah bagaimana UFC-MMA pada hari ini tercipta daripada satu perjalanan yang panjang dalam duni MMA (senti mempertahankan diri pelbagai).