Sekali Lagi Jurus Sikuan Rifdean Masdor Tumbangkan Lawan

Atlet Muay Thai negara, Rifdean Masdor sekali lagi membuktikan bahawa sikuannya sangat berbisa apabila sekali lawan tumbang dengan sikunya.

Mangsa Rifdean Masdor kali ini adalah atlet Muay Thai yang berasal daripada Thailand.

Rifdean Masdor mengasak petarung daripada Thailand itu memaksa beliau bertahan menahan asakan bukan menahan rindu.

Selepas petarung Thailand itu cuba membalas, Rifdean terus melancarkan serangan balas.

Satu serangan menggunakan lutut dilakukan Rifdean sebelum dilepaskan satu sikuan ke muka.

Tanpa rasa bersalah terus, petarung Thailand itu tumbang terkena pukulan KO itu.

Jurus sikuan anak harimau melumpuhkan gajah perang.

Apa yang menarik adalah aksi pengadil yang merebahkan badan persis seorang penjaga gawang.

Selepas turut rebah sekali bersama mangsa, pengadil melambai-lambaikan tangan tanda petarung Thailand itu tidak boleh meneruskan pertarungan lagi.

Satu kemenangan penuh bergaya daripada Rifdean Masdor.

Berusia 18 tahun, Mohammad Rifdean Masdor merupakan Juara Muay Thai Remaja Dunia dengan menumbangkan juara dunia daripada Israel.

Sikuan Berputar Rifdean Masdor Hasilkan Emas

Mohammad Rifdean Masdor yang merupakan atlet Muay Thai Malaysia yang ke Sukan SEA 2019 Filipina telah meraih pingat emas dengan penuh bergaya apabila menumbangkan lawan dengan satu TKO(technical knockout) dalam kategori 45kg.

Petarung Muay Thai yang berasal daripada Kuching Sarawak itu telah melepaskan satu sikuan berputar penuh bergaya kepada lawan daripada Laos, Soulixay Singsavath pada pusingan kedua yang berpangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Teluk Subic.

Serangan penuh berstrategi, licik lagi berseni ini terus menumbangkan Soulixay Singsavath dan petarung daripada Laos itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tercedera teruk.

Mohammad Rifdean Masdor telah menewaskan petarung tuan rumah, Filipina. Kim Robert Miranda di separuh akhir sebelum mara ke final dan bertemu Soulixay Singsavath.

Mohammad Rifdean Masdor baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) ketika itu telah mengharumkan nama Malaysia diseantero Asia Tenggara dalam sukan Muay Thai.

Emas daripada Mohammad Rifdean Masdor telah berjaya membantu skuad Muay Thai memenuhi sasaran satu pingat emas.

Kehadiran bapanya, Masdor Manan sebagai satu kejutan di Pusat Pameran dan Konvensyen Teluk Subic nyata memberi semangat tambahan untuk beliau menang emas melalui TKO.

Juara Muay Thai Remaja Dunia

Untuk rekod, Mohammad Rifdean Masdor merupakan Juara Muay Thai Remaja Dunia yang berlangsung di Antalya, Turki pada awal bulan Oktober yang lalu dengan menewaskan bekas juara dunia.

Dikejohanan Muay Thai Remaja Dunia, Mohamad Rifdean Masdor berjaya menundukkan lawannya Ruach Hashem Gordon dari Israel yang merupakan bekas juara dunia kategori lelaki 45 kilogram.

Pada bulan Julai yang lalu Mohammad Rifdean Masdor telah meraih pingat perak di Kejohanan Muay Thai Dunia di Bangkok selepas tewas kepada petarung daripada Thailand dalam kategori 48kg.

Mohamad Rifdean Masdor mempunyai hobi yang agak unik jika dibandingkan dengan sukan yang diceburinya yang keras dan ganas, Mohamad Rifdean Masdor minat membela ayam.

Baca Juga

Baca Juga