Sekilas Aksi Senjata Baharu Harimau Malaya Dion Cools

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengumumkan pemain terbaharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya, Dion Cools, di Dubai pada pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh FAM menerusi satu hantaran di laman Facebook persatuan tersebut.

Cools adalah satu nama yang sering disebut-sebut oleh penyokong Harimau Malaya dan dia boleh dikatakan mempunyai reputasi yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan para pemain Malaysia yang lain dan pernah beraksi di pentas tertinggi bola sepak kelab Eropah.

Jadi, siapa Dion Cools ni?

Dion Johan Cools dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 4 Jun 1996. Bapanya berasal dari Belgium dan ibunya pula anak kelahiran Malaysia dari Sarawak.

Pemain posisi bek kanan ini memulakan karier bola sepak bersama Tempo Overijse sebelum berpindah ke OH Leuven pada usia 9 tahun.

Kemudian Dion Cools telah menyertai pasukan remaja Anderlecht pada 2010 dan kembali semula bersama akademi remaja OH Leuven pada 2013.

Pada 3 Ogos 2014, Cools membuat penampilan sulung bersama pasukan senior OH Leuven yang beraksi di Liga Divisyen kedua Belgium di bawah bimbingan jurulatih Ivan Leko.

Dion Cools berada dalam kesebelasan utama untuk perlawananmenentang Racing Mechelen. Selepas itu Cools mula menjadi pemain utama walaupun selepas pemecatan Leko.

Di bawah bimbingan ketua jurulatih baru, Jacky Mathijssen pada bulan Disember 2014, Cools tetap menjadi pemain permulaan di skuad utama.

Pada bulan Mei 2015, dia turut beraksi untuk OH Leuven di pusingan akhir untuk promosi. Cools tidak terlepas satu minit pun dalam perlawanan pusingan akhir dan memenangi promosi ke Divisyeb pertama Belgium.

Pada 23 Jun 2015, Cools telah diikat oleh Club Brugge yang beraksi di Jupiler Pro League merupakan liga divisyen pertama Belgium, liga di mana Luqman Hakim berkelana sekarang.

Cools menjadi pemula di bawah ketua jurulatih Michel Preud’homme pada musim 2016-17 kerana prestasi buruk oleh bekas pemain antarabangsa Belanda Ricardo van Rhijn.

Cools juga kekal sebagai pemain utama di bawah jurulatih baru Ivan Leko, di mana mereka pernah bergandingan di OH Leuven. Kehadiran Clinton Mata menyebabkan Cools kehilangan tempatnya.

Bersama Club Brugge selama lima musim, Dion Cools berjaya merangkul dua kali gelaran liga dan dua kali Belgian Super Cup.

Pada 31 Januari 2020, Cools menandatangani kontrak tiga tahun bersama Midtjylland yang beraksi di Superliga Denmark.

Dion Cools membuat debut pada 17 Februari ketika Midtjylland menang 2-0 ke atas Lyngby.

Cools menjaringkan gol pertamanya untuk Midtjylland pada 14 Februari 2021, satu-satunya gol perlawanan tersebut menentang Horsens di Superliga.

Dion Cools bukan satu nama asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia, pemain kelahiran Kuching Sarawak itu sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Belgium bawah 18, 19 dan 21.

Sebelum ini, bekas jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt dikatakan cuba memujuk pemain Belgium, Dion Cools untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA.

Memandangkan Dion Cools mempunyai darah Malaysia menerusi ibunya yang merupakan rakyat Sarawak tiada masalah untuk beliau beraksi untuk Malaysia.

Aksi Dion Cools

Bersama FC Midtjylland, Cools pernah beraksi menentang Liverpool dalam kempen Liga Juara-Juara. Dalam perlawanan tersebut, Cools dilihat dengan bersahaja merantai pergerakan Sadio Mane. Dia juga mencipta beberapa peluang melalui hantaran-hantaran bijak ke kotak penalti lawan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Baca Juga

Baca Juga