Selamat Tinggal Schweinsteiger

Bastian Schweinsteiger bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United untuk menyertai kelab Major League Soccer, Chicago Fire.

Bastian merupakan pemain bintang yang digemari peminat United namun tidak diberikan peluang yang cukup oleh Mourinho.

Pemain tengah United itu masih menunggu ujian kesihatan dan visa sebelum dilepaskan sepenuhnya buat pasukan barunya itu.

“Saya merasa sedih sangat namun saya bersyukur kepada Tuhan atas kesudian Mourinho melepaskan saya pergi ke kelab api ini.”

“Saya gembira bekerja bersama pengurus pasukan, para pemain dan staf sokongan yang lain dan saya mendoakan selamat maju jaya kepada mereka semua.”

“Saya gembira menjadi salah seorang pemain yang memenangi Piala FA bersama Manchester United. Walaupun hanya itu Piala yang mampu United capai namun cuba fikir mengapa United memenangi Piala FA? Kerana ada saya”, ujar Schweinsteiger.

Selamat Maju Jaya abang Bastian.

Ucapan Selamat Tinggal Dan Terima Kasih

Baca Juga

Baca Juga