Selangor Pasukan Pertama di Malaysia Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

Pasukan paling berjaya di Malaysia, Selangor FA, muncul pasukan pertama yang menandatangi ikrar bebas rasuah, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menerusi laman Twitter rasmi mereka.

Dalam kenyataan tersebut, ikrar ini telah ditandatangi oleh Presiden FAS, Dato’ Sri Subahan Kamal, 15 exco FAS dan ketua pasukan, Razman Roslan, mewakili kesemua pemain skuad Selango. Langkah ini adalah satu langkah positif dalam memastikan pasukan Selangor, sama ada pemain atau pihak pengurusan, tidak terlibat dalam sebarang salah laku rasuah sama ada dalam bentuk mengatur perlawanan, salah guna kuasa atau apa sahaja yang diterjemahkan sebagai korupsi.

SPRM sebelum ini memperkenalkan IBR – Ikrar Bebas Rasuah, di mana ikrar ini bukan termaktub kepada pasukan bola sepak semata-mata, sebaliknya ia terbuka kepada semua pihak – badan kerajaan, syarikat swasta, JKKK dan apa sahaja badan atau persatuan.

Selangor bakal menjadi pasukan terbersih Liga Malaysia?

Langkah Selangor ini patut diikuti oleh semua pasukan, sama ada yang bertanding di Liga Super, Liga Perdana, Piala FAM, Piala Presiden atau Piala Belia. Awal tahun ini, perlawanan antara Sabah menentang ATM, dan perlawanan UiTM FC membelasah MISC-MIFA disyaki mempunyai keterlibatan unsur-unsur mengatur perlawanan.

Ada baiknya jika presiden baru FAM mewajibkan semua pasukan di Malaysia ini menandatangi ikrar ini, tambah-tambah pasukan yang mempunyai gaji tertunggak, atau pasukan yang membayar gaji pemain dengan nilai yang rendah.

Lagipun pasukan bola sepak di Malaysia ni kebanyakannya diuruskan oleh orang politik. Kau tahulah perangai orang politik macam mana.

Baca Juga

Baca Juga