Selepas 6 Tahun Benzema Akan Disenaraikan Dalam Skuad Perancis EURO 2020

Selepas 6 tahun disisihkan, pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema dilaporkan akan di senaraikan dalam skuad Perancis bagi menghadapi saingan kejohanan yang tertangguh EURO 2020.

Kali terakhir Karim Benzema bermain untuk Perancis adalah pada tahun 2015 dan selepas itu Benzema terus tergantung sepi tanpa mengumumkan persaraan peringkat antarabangsa.

Karim Benzema tidak lagi dipanggil mewakili Perancis sejak terpalit dengan tuduhan menyebarkan pita rakaman lepas rakam abang delete atau aksi bermukah rakan sepasukannya Mathieu Valbuena.

Pemain penyerang Real Madrid itu konsisten menafikan tuduhan itu sebagaimana konsistennya aksi beliau bersama Real Madrid sepanjang 6 tahun ini.

Didier Deschamps dengan keras hari tidak memanggil pemain yang kini berusia 33 tahun itu untuk kejohanan EURO 2016 dan Piala Dunia 2018 di mana Perancis muncul juara.

Entah apa yang merasuk Didier Deschamps ketika ini tiga minggu menjelanG EURO 2020, laporan dari Perancis menyatakan bahawa Karim Benzema akan dipanggil.

Menurut Juliens Laurens yang mengesahkan berita ini berkata:

“Kini disahkan oleh pelbagai sumber: Karim Benzema AKAN berada dalam skuad Perancis untuk Euro musim panas ini. Lebih dari lima tahun selepas cap terakhirnya, Deschamps akan memanggilnya kembali. Wah !!!!!”

Bekas pemain penyerang Lyon itu setakat ini telah menjaringkan 22 gol di La Liga musim ini menjadikan Benzema penjaring terbanyak kelab dan bakal menentukan kejuaraan La Liga dalam perlawanan terakhir.

Didier Deschamps pada masa lalu telah dikecam agak hebat kerana bermain terlalu defensif dengan bakat luar biasa yang ada di Perancis. Namun menutup mulut pengkritik dengan gelaran juara dunia.

Dengan panggilan ini mungkin Deschamps akan bermain dengan menurunkan tiga penyerang iaitu Karim Benzema, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Karim Benzema telah menjaringkan 27 gol dalam 81 penampilan untuk Perancis, empat gol diajringkan di Piala Dunia 2014. Karim Benzema mewakil Perancis di EURO 2008 namun terlepas aksi Piala Dunia 2010.

Walaupun masalah Benzema dengan Valbuena tidak akan menghalang Benzema dipanggil untuk kejohanan yang akan datang kerana Valbuena tidak berada dalam skuad sejak 2016.

Benzema mungkin mempunyai masalah dengan Olivier Giroud kerana Benzema dengan selamba telah mengutuk Giroud sebelum ini.

Penyerang Chelsea itu adalah watak penting dalam kejayaan Perancis dalam Piala Dunia 3 tahun lalu, tapi ada seorang penyerang bernama Benzema tak berapa nak hairan sangat pun dengan dia.

Ketika ditanya tahun lepas untuk bagi rating kepada Giroud, Benzema bawa benda ini ke media sosial dan berkata:

“Kejap je tau. Kau jangan keliru antara F1 dengan go-kart. Kira aku baik dah ni. Lepas tu…aku adalah F1.”

“Benda ni(pasukan) jalan elok sebab dia ada kat situ. Itu je. Nak kata hebat, takde la sampai mantap nokharom tapi dengan cara dia tu kau akan lebih nampak Griezmann dan Mbappe sebab dia tu selit-selit gitu je.

“Orang suka ke cara permainan gitu? Entah lah.”

Bagi Benzema, Giroud tidak memainkan peranan penting pun untuk pasukan Perancis, ada takda sama je kerana Perancis dipacu oleh Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Kutukan daripada Benzema itu hadir melalui siaran langsung di laman Instagram miliknya di mana beliau telah bermain permainan soal jawab bersama peminatnya.

Pengumuman berita Benzema bakal beraksi bersama Perancis kembali ini walaupun belum lagi rasmi, peminat sudah mula teruja dan tidak sabar menantikan aksi pemain itu.

Ada juga yang tidak sabar untuk melihat reaksi Benzema apabila bertemu Giroud di sesi latihan.

Baca Juga

Baca Juga