Selepas Bergaduh Dengan Penyokong Swansea, Klopp Memohon Maaf

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meminta maaf atas insiden pergaduhan beliau dengan seorang penyokong Swansea ketika pasukannya tewas 0-1 di Stadium Liberty awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, jaringan Alfie Mawson pada minit ke-40 sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, dan mengakhiri rekod tanpa kalah 15 perlawanan Liverpool dalam saingan liga.

natey mano kecek huduh tu . gocoh beruk

Klopp yang tidak senang duduk sepanjang perlawanan tersebut telah memberikan reaksi atas provokasi yang dilakukan oleh salah seorang penyokong tuan rumah pada pertengahan separuh masa kedua.

Walaubagaimanapun, bekas pengurus Dortmund ini menegaskan beliau tidak menggunakan sebarang perkataan buruk ketika insiden tersebut, tetapi mengakui beliau sepatutnya tidak melayan provokasi itu.

“Penyokong itu menjerit terhadap saya sepanjang perlawanan. Saya meminta maaf kerana bertindak balas buat pertama kali. Saya masih lagi seorang manusia biasa dan bukannya seorang pengurus profesional yang mampu menerima segala provokasi pihak lawan.”

“Pada satu tahap, saya berkata kepada penyokong tersebut ‘Tolonglah.’ Saya tidak mempunyai perakam suara seperti pihak media, jadi tiada siapa yang akan tahu apa yang diperkatakan penyokong tersebut.”

“Saya ok. Itulah bolasepak. Saya tidak mempunyai sebarang masalah mengenai isu ini. Cuma pada satu tahap, saya berkata cukuplah. Saya tidak pasti pada ketika itu kami sudah ketinggalan 1-0 atau tidak, tetapi saya rasa kami ketinggalan pada waktu itu.”

Robin Hood EPL. Ambil 3 mata dari lawan yang kuat dan sedekah 3 mata kepada pasukan yang lembik

“Penyokong Swansea itu berasa dirinya bagus kerana tiada orang yang akan bertindak ke atasnya. Beliau berada pada kedudukan yang baik (tempat duduk stadium). Saya pasti saya bukanlah pengurus pertama menerima provokasi daripada beliau. Saya rasa beliau pemegang tiket bermusim.”

“Saya juga bersalah kerana saya tidak sepatutnya bertindak balas. Tetapi saya tidak mengeluarkan perkataan kesat, cuma saya menunjukkan perasaan tidak gembira saya terhadap apa yang diperkatakan peminat tersebut sepanjang perlawanan.”

Setengah saat sebelum gol Swansea

Kekalahan di tangan Swansea ini jelas berbeza dengan apa yang dilalui Liverpool minggu lepas, apabila mereka mengakhiri rekod tanpa kalah Manchester City di hadapan penyokong sendiri.

“Perasaan minggu lalu seperti telah berlaku setengah tahun yang lepas. Saya tidak berminat dengan perkara yang sudah berlaku minggu lepas. Kami kecewa dan marah kerana apa kami lakukan hari ini tidak mencukupi untuk meraih kemeangan. Kami perlu belajar dari pengalaman ini.”

BACA:  Tiket Perlawanan Liga Terakhir Liverpool Sudah Mula Dijual Pada Harga Tidak Masuk Akal