Selepas Chelsea David Luiz Disisihkan dari Skuad Brazil

Sudah jatuh ditimpa tangga kemudian datang Rikishi menyuakan bontot, itulah nasib yang menimpa David Luiz dalam tempoh seminggu, selepas digugurkan Conte dari pasukan Chelsea kini skuad Brazil pula tidak memanggil Luiz.

David Luiz tidak dipilih mewakili Brazil untuk perlawanan persahabatan bulan November. Brazil bakal menentang Jepun di Lille dan England di Wembley.

Mungkin ada hikmah disebalik tidak tersenarainya David Luiz bersama Brazil. Luiz akan kembali berlatih bersama Chelsea pada hari rabu ini sempena rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Maka inilah peluang Luiz dan Conte untuk memperbaiki hubungan mereka yang tegang sebelum ini. Semoga Conte dan Luiz menemui titik persamaan serta berdamai dengan terus hidup aman bahagia hingga akhir hayat. Bak kata pepatah ‘Till Jannah’.

Ketika perlawanan menentang Manchester United, David Luiz tiba di Stamford Bridge dengan mengenakan pakaian biasa telah membuatkan pihak media berteka-teki kenapa Luiz Tidak diturunkan atau sekurang-kurangnya sekadar mereput di bangku simpanan ibarat melukut di tepi gantang.

Dalam dua perlawanan sebelum menentang Manchester United Luiz telah bermain dengan keadaan kaki kanannya yang berbalut menyebabkan ramai menganggap Luiz mengalami kecederaan.

Tetapi dalam khabar angin yang tersebar Luiz sebenarnya tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi telah digugurkan oleh pengurus Chelsea, Antonio Conte.

David Luiz digugurkan oleh pengendali dari Italy itu sebagai hukuman kerana mempersoalkan taktik Conte yang mengeluarkan beliau dalam perlawanan yang lalu.

Conte secara tidak berselindung telah memberi bayangan bahawa Luiz seperti tidak diperlukan lagi dan situasi ini hampir sama dengan peristiwa Conte-Costa.

“Aku tidak tahu (masa depan Luiz bersama Chelsea), Luiz harus bekerja keras bersama yang lain melainkan mereka mahu berada di bangku simpanan atau tempat duduk penonton.”

Keputusan Don Conte menggugurkan Luiz seolah-olah mahu mengecewakan pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang merupakan peminat Luiz dan kerana itulah Luiz telah diikat kembali pada musim lalu.

“Tidak, tidak. Keputusan taktikal. Andreas Christensen berada dalam prestasi terbaik dan kami juga mempunyai Ethan Ampadu yang merupakan pemain muda yang bagus. Kelab gemar untuk bermain menggunakan pemain muda.”

Baca Juga

Baca Juga