Selepas Dikecam Kerana Bermula Di P23 Hafizh Syahrin Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-10

Pelumba MotoGP negara Hafizh ‘El Pescao’ Syahrin mempamerkan tunggangan padu lagi mantap apabila menamat perlumbaan di perlumbaan GP Sepang di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-23 (P23).

El Pescao teruk juga dikecam oleh segelintir manusia bermulut longkang dan bertangan cagu kerana akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23 hari ini tetapi masih ramai yang menyokong.

Dalam sesi ujian kelayakan masa, itulah kali pertama Hafizh beraksi dalam perlumbaan litar basah lencun sepenuhnya. Akibat kegagalan menukar tayar yang tepat bersesuaian dengan kehendak cuaca maka P23 jadi miliknya.

Jangan sampai aku cerita bab enjin, tetapan(setting) enjin motosikal Hafizh pulak. Kan nampak benar aku menipu dan poser.

Beraksi di gelanggang sendiri ramai mengharapkan Hafizh akan mencipta kebangkitan dan keajaiban dan itulah berlaku di Litar Sepang dan tempat ke-10 menjadi habuan dengan tunggangan terbaik dari Hafizh.

Tak macam kau menunggang agama je keje!

El Pescao berjaya memecut untuk berada dikelompok 15 dari kedudukan ke-23 pada pusingan pertama dan meneruskan tunggangan konsisten untuk meraih 6 mata penting.

Bersujud syukur El pescao selepas menamatkan perlumbaan yang begitu cemerlang di tanah air sendiri. Tahniah Hafizh!

Franco Morbidelli kini mendahului carta Rookie of the year dengan perbezaan 10 mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Perlumbaan terakhir di Valencia akan menobatkan siapa rookit terbaik.

Semoga Hafizh cemerlang di Valencia dan Morbidelli terjatuh.

Juara dunia MotoGP 2018, Marq Marquez muncul juara dan selesa mendahului perlumbaan walaupun bermula dari petak ke-7 selepas dikenakan penalti selepas berjaya meraih pole position di sesi kelayakan.

Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins berada ditempat kedua dan rakan sepasukan Hafizh di Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco di kedudukan ketiga untuk berada di podium.

Valentino Rossi terjatuh dalam perlumbaan ini namun bangun dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 bagi tidak mengecewakan peminat beliau yang membanjiri Litar Sepang.

Pelumba lagenda itu tetap mencuri perhatian dan mendapat sokongan padu dari penyokongnnya.

Baca Juga

Baca Juga