Selepas Discam RM54.4 Juta, Bolt Pecat Pengurus Dan Sambil Ketawa Akui Dia Tidak Bankrap

Selepas discam sebanyak RM54.4 Juta ($12.7 juta), pelari pecut legenda dunia, Usain Bolt telah memecat pengurus perniagaannya dan telah mengakui bahawa dia masih belum bankrap.

Peguam kepada pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu mendakwa telah memeriksa baki akaun awal bulan ini dan terkejut kerana hanya tinggal RM51,420 ($12,000) sahaja di dalam akaun.

Laporan menyebut bahawa pemegang rekod dunia itu telah memberikan tempoh selama 10 hari kepada Syarikat Pelaburan Swasta itu untuk memulangkan kembali wangnya selepas merasakan dirinya berpotensi menjadi mangsa penipuan.

Disepanjang karier gemilangnya sebagai pelari pecut dalam acara 100 meter dan 200 meter serta 4×100 meter dengan kejohanan Olahraga dunia yang disertainya saban tahun, pendapatan Usain Bolt setiap tahun mencecah RM105.79 juta ($24.69 juta).

Usain Bolt telah menyatakan bahawa dia telah memecat pengurus perniagaannya dan mengakui bahawa perpisahan yang terjadi antara mereka itu tidaklah secara baik. Pasal duit mau tak gaduh.

Ikon Jamaica itu juga telah ditanya adakah di kini sudah kehabisan wang dan bankrap, Usain Bolt menjawab soalan itu sambil ketawa saja:

“Saya tidak bankrap tetapi sudah pasti ia memberi kesan kepada saya. Wang itu adalah untuk masa depan saya.”

“Semua orang tahu saya mempunyai tiga orang anak. Saya juga masih menjaga kedua ibu bapa saya.”

Wang yang lesap dari akaun pelaburan Usain Bolt itu adalah wang simpanan persaraannya atau KWSP, untuk tempoh terdekat ini pasti tidak dirasai impaknya tetapi tetap memberi kesan.

Usain Bolt memberitahu akhbar Jamaica Observer bahawa orang ramai perlu bersedia untuk perkara yang dijangka serta tidak dijangka hasil daripada saga penipuan ini.

Minggu lalu, Menteri Kewangan Jamaica, Nigel Clarke berkata beberapa agensi kerajaan dan pelanggan yang terdiri dari warga emas turut terjejas oleh kerugian kewangan yang disebabkan penipuan dan turut menyifatkan keadaan itu membimbangkan tetapi menyatakan ia adalah luar biasa.

Dan Usain Bolt berkata pemikirannya dan emosinya juga sama dengan warga emas yang terjejas:

“Ia sentiasa situasi yang menyedihkan. Saya tidak mahu komen banyak kerana situasi tidak nampak bagus. Pasti kecewa. Semua orang keliru. Saya keliru seperti orang ramai.”

Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness telah mengumumkan bahawa pentadbirannya tidak akan menyelamatkan SSL. Beliau berkata:

“Kerajaan tidak akan mensosialisasikan sebarang hutang, dan kami tidak akan mensosialisasikan kegagalan bank kami.”

Hanya bulan lalu, pelari pecut yang digelar ‘lelaki terpantas di bumi’ itu dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BBC SPOTY. Dia menerima anugerah itu secara maya dari negara asalnya, Jamaica.

Firma pelaburan yang beroperasi di Kingston bernama Stocks and Securities Ltd (SSL) yang merupakan syarikat pengurusan kekayaan swasta yang berpangkalan di Kingston, Jamaica kini telah diletakkan di bawah ‘pemantauan yang dipertingkatkan’ ketika Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) melakukan siasatan ke atas firma itu.

Stocks and Securities Ltd (SSL) berkata ia menemui penipuan awal bulan ini dan beberapa pelanggannya mungkin kehilangan berjuta-juta dolar. Kerja orang dalam la ni.

Usain Bolt bukanlah satu-satunya mangsa penipuan ini dan ada mangsa lain yang telah membuat laporan juga terhadap syarikat itu dan pastinya sukar untuk wang dikembalikan dan kerajaan Jamaica telah menyatakan tidak akan membantu syarikat pelaburan itu.

Apa yang pasti adalah Bolt tidak bangkrap kerana nilai kekayaannya adalah $90 juta atau hampir RM400 juta. Wang yang hilang adalah wang persaraannya.

Baca Juga

Baca Juga