Selepas Gambar Tertomos Ketika Main Ragbi Jadi Bahan Troll, Sanusi Buat Counter Attack ‘Kita Pelit, Depa Yang Koyak’

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang sentiasa menghibur terutamanya dalam arena sukan membalas balik troll dari halaman Muka Buku selepas gambar dia tertomos ketika bermain ragbi tular.

Jika hantaran dilakukan di muka buku rasminya berkaitan sukan sudap pasti hantaran itu sangat menghiburkan dengan kapsyen bersahaja dengan menggunakan loghat Kedah.

Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan mengenali dan mengetahui maksud perkataan di dalam loghat Kedah.

Tertomos atau tersembam merupakan perkataan yang menjadi tular dan telah dipopularkan oleh PDato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor suatu ketika dahulu dan mula diguna ramai.

Dengan susuk tubuh yang comel dan setara dengan usianya, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor tidak dapat dinafikan lagi merupakan seorang yang aktif bersukan.

Selain daripada bola sepak, dia baru-baru ini turut mempamerkan kebolehan beliau bermain ragbi.

Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor turut mengambil bahagian di dalam perlawanan ragbi di antara Team Pilihan MB dan Kuala Muda Rugby Club (KMRC) Legend sempena Kejohanan Rugby Kuala Muda.

Perlawanan tersebut berlangsung di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH), Sungai Petani pada 31 Julai yang lalu.

Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik oleh beliau di halaman Facebook, Sanusi sememangnya lasak orangnya kerana dilihat berani melakukan tackle ke atas pemain-pemain yang lebih berpengalaman.

Dan dari perlawanan inilah gambar dia tertomos ke tanah menjadi tular lalu sudah semestinya menjadi bahan troll tambahan pula Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor merupakan ahli politik.

Dalam muat naik terbarunya, Menteri Besar Kedah itu membidas sebuah akaun Facebook yang melakukan ‘troll’ atau menjadikan aksi beliau sebagai bahan jenaka.

“Sagat muka, berdeghemen, lebam, luka tu perkara biasa bila bergomoi di padang,” jelas Sanusi di dalam loghat tempatan.

“Takat dok troll kot fesbuk ni, peluh pun tak keluaq, silap-silap jiwa admin jadi koyak. Dok tengok komen, macam kena kenduri sakan 🤣

“Kita pelit, depa yang koyak. Apa habaq min? Makan ubat dak lagi,” tanya beliau kembali kepada Admin akaun Facebook tersebut.

Dalam hantaran tersebut juga Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor memuat naik gambar tangkap layar yang membahan dirinya yang tertera kata-kata troll.

“Lihat anak panah. Dah elok elok main bola, sibuk nak main ragbi. Dah lah team bola terceduk. Dia main ragbi terceduk. Risau min jadi apa2 nanti,” ujar muat naik di page tersebut.

“PRU dah nak dekat😂😂😂. Kita tak nak kehilangan bahan hiburan di masa lapang😂”

Sebelum ini banter manja lagi menghiburkan dari Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dengan ayat bersahaja telah menghangatkan liga bola sepak Malaysia.

Menteri Besar Kedah itu juga pernah tular melalui video rakaman yang memaparkan dia melakukan satu sepakan voli padu dari jarak jauh yang hampir menghasilkan gol dan mula mendapat jolokan Lionel Nussi.

YB Sanusi bersama skuad veteran MB turun bertemu skuad veteran Polis bersempena perlawanan akhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala Ketua Polis Kedah di Stadium Darul Aman malam semalam.

Beraksi persis seperti Xabi Alonso yang mana beliau berada di luar kotak memerhati pemain di bahagian serangan dan menunggu peluang tiba.

Tidak perlu mencari bola, bola sendiri datang menyerah diri dengan YB Sanusi ketika berada di tengah padang, dengan tiba-tiba disajikan dengan bola melantun cantik di hadapannya.

Melihat bola melantun-lantun, YB Sanusi terus melepaskan voli yang cukup padu ke arah gawang gol pasukan veteran PDRM.

Bola rembatan padu beliau itu berjaya menewaskan pemain pertahanan, dan turut berjaya melepasi jangkauan penjaga gol lawan.

Malang sekali bola itu sekadar terkena tiang sahaja namun ia sudah cukup untuk membuktikan yang YB Sanusi sebenarnya berbakat besar dalam dunia bola sepak.

Kredit Foto: Khairil Ajhar

BACA:  Lord Bendtner Dedah Tandas Jadi ‘Port’ Merokok Pemain Juventus