Selepas Menewaskan Denmark, England Bakal Dihukum UEFA

England bakal menerima hukuman daripada The UEFA European Football Championship atau UEFA selepas berjaya menewaskan Denmark dan mara ke final atas beberapa pertuduhan.

Pertuduhan yang akan dikenakan ke atas England disebabkan oleh seorang penyokong telah menghalakan pancaran laser ke muka penjaga Denmark, Kasper Schmeichel ketika sepakan penalti.

Gambar tangkap layar dari siaran televisyen jelas menunjukkan pancaran laser berwarna hijau di wajah Kasper Schmeichel sejurus sebelum Harry Kane melakukan sepakan penalti.

Namun pancaran laser itu langsung tidak menggugat kehandalan Kasper Schmeichel yang berjaya menghadang sepakan penalti Kane namun bola muntah pantas disambar untuk kemenangan England.

Walaupun pancaran laser itu tidak memberi kesan kepada Kasper Schmeichel, ia tetap merupakan satu kesalahan dan sudah menjadi tugas UEFA memastikan perlawanan berlangsung dengan seadil yang mungkin.

Selain itu England juga dikenakan pertuduhan kerana telah membuat bising dan mengganggu ketika lagu kebangsaan Denmark berkumandang. Satu sikap yang biadap dari penyokong England.

Satu lagi pertuduhan UEFA ke atas penyokong England adalah kerana telah menyalakan bunga api di dalam stadium.

Menurut sumber BBC yang melaporkan bahawa:

“Prosiding tatatertib telah dibuka setelah pertandingan separuh akhir UEFA EURO 2020 antara England dan Denmark (2-1), yang dimainkan pada 7 Julai di Stadium Wembley, London.”

“Kes ini akan ditangani oleh Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA (CEDB) pada waktunya,” kata satu kenyataan dari badan pengelola bola sepak Eropah.

Terdapat beberapa cemuhan dan makian yang didengar semasa lagu kebangsaan Denmark, insiden memalukan ini telah ditempelak oleh jurucakap rasmi Perdana Menteri, Boris Johnson.

“Kami tidak mahu peminat menjadi pasukan yang mencemuh lawan. Kami mahu peminat menunjukkan sokongan dan penghormatan.” Ujar jurucakap rasmi Perdana Menteri, Boris Johnson.

“UEFA akan meneliti hal itu, itu adalah masalah bagi mereka tetapi itu bukan sesuatu yang kami ingin lihat.”

England di bawah bimbingan Gareth Southgate buat pertama kalinya mara ke perlawanan akhir EURO selepas menewaskan Denmark 2-1 dalam perlawanan ke-37 Tiga Singa sepanjang kejohanan EURO.

Ini merupakan perlawanan akhir pertama England di kejohanan utama dunia selepas 55 tahun sejak menjuarai Piala Dunia pada tahun 1966 selaku tuan rumah.

Tempoh 55 tahun ini juga merupakan tempoh paling panjang dalam sejarah bagi sebuah negara Eropah untuk mara ke final di dua kejohanan utama dunia itu iaitu EURO dan Piala Dunia.

Untuk rekod England telah tewas dalam enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka apabila perlawanan dibawa ke masa tambahan dalam kejohanan utama.

Namun Gareth Southgate telah memusnahkan dan menghapuskan segalan sumpahan dan badi itu termasuklah sumpahan separuh akhir England yang menyaksikan mereka kemarau ke final selama 55 tahun.

England 2-1 Denmark

Permainan bermula pantas dan laju dengan England melalui Raheem Sterling seperti lipas kudung cuba melepasi pemain Denmark seawal wisel permulaan ditiup namun tiada hasil.

Kurang dua minit permainan beberapa kekasaran sudah saling berbalas antara pemain England dan Denmark, masih awal untuk pengadil melayangkan kad kuning.

Minit kelima hantaran lintang Harry Kane cantik mencari Raheem Sterling namun bola sedikit laju dan tidak sempat disambar Sterling.

Minit ke-10 menyaksikan hantaran cantik Jens Stryger Larsen berjaya menemui Mikkel Damsgaard untuk serangan balas namun Kyle Walker sempat memintas.

Jordan Pickford melakukan kesilapan budak sekolah apabila balingannya telah sampai ke kaki lawan dan bola terus dihantar kepada Martin Braithwaite.

England bernasib baik percubaan Martin Braithwaite sedikit terbias kaki.

Permainan bertahan penuh berdisiplin dari Denmark yang pantas membuat tekanan dan menutup ruang hantaran membuatkan England mati kutu.

Denmark mendapat sepakan percuma dariapada satu sepakan percuma apabila berlaku kekasaran ketika sepakan percuma dilakukan.

Denmark mendapat sepakan percuma kedua dengan jarak yang ideal, Mikkel Damsgaard telah menjaringkan satu sepakan percuma yang cantik dan merecik.

Sepakan percuma bak peluru bedil dari Mikkel Damsgaard merupakan gol sepakan percuma pertama untuk EURO 2020.

Namun jaringan padu Mikkel Damsgaard hanya sempat bertahan selama sembilan minit sahaja apabila Simon Kjaer telah menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran Bukayo Saka.

Kasper Schmeichel ternyata cemerlang menafikan percubaan England dan perlawanan dibawa ke masa tambahan. England memperoleh gol kemenangan yang kontroversi melalui sepakan penalti selepas Raheem Sterling dijatuhkan.

Kasper Schmeichel terus cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sepakan Harry Kane, namum Kane pantas menyambar bola muntah untuk menjaringkan gol kemenangan.

England sebelum ini telah kecundang sebanyak empat kali dalam saingan separuh akhir kejohanan utama dunia. Inilah perlawanan separuh akhir yang dikatakan satu sumpahan buat England.

England: Pickford; Walker, Stones, Maguire, Shaw; Rice, Phillips; Sterling, Mount, Saka; Kane

Subs: Ramsdale, Johnstone, Grealish, Henderson, Rashford, Trippier, Mings, Coady, Sancho, Foden, James, Bellingham

Denmark: Schmeichel; Christensen, Kjaer, Vestergaard; Stryger, Hojbjerg, Delaney Maehle; Braithwaite, Dolberg, Damsgaard

Subs: Lössl, Ronnow, Andersen, Skov, Skov Olsen, Jorgensen, Norgaard, Wass, Wind, Poulsen, Cornelius, Jensen

Referee: D Makkelie (Ned)

BACA:  Sepanyol Umum Skuad EURO 2020 Dan Tiada Pemain Real Madrid