Selepas Menjual Newcastle, Mike Ashley Berminat Membeli Kelab Inggeris Yang Lain

Mike Ashley kini sudah menyatakan minat beliau untuk membeli kelab bola sepak Inggeris yang lain, selepas kejayaannya menjual Newcastle United.

14 tahun era pemilikan Mike Ashley telah berakhir pada Khamis lalu selepas beliau menjual kelabnya kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi.

Beliau dilaporkan telah menjual Newcastle dengan nilai £305 juta, dengan bekas pemilik The Magpies itu ketika ini dilaporkan berminat untuk membeli sebuah kelab lain di England.

Menurut laporan dari The Mirror, Mike Ashley kini sangat berminat untuk membeli Derby County yang ketika ini sememangnya sedang bermasalah.

Ibu pejabat Ashley’s Sport Direct sebenarnya hanya 30 batu sahaja dari Pride Park di Shirebrook maka potensi untuk pengambilalihan itu berlaku akan memudahkan pelbagai urusan.

Laporan sama turut menyatakan yang Mike Ashley mahu memberikan platform awam kepada syarikatnya, dan dengan memiliki kelab dari saingan Championship itu, maka hajatnya akan tercapai.

Walaupun pemilikan beliau di St James Park sudah berakhir, namun ia tidak menghentikan Ashley dari terus terlibat dalam dunia bola sepak.

Tambahan pula, kehadiran Ashley tentunya sangat dihargai oleh para peminat Derby yang ketika ini memerlukan pemilik yang boleh mengeluarkan dana untuk kelab.

Mike Ashley merupakan antara individu yang paling berminat untuk membeli ‘The Rams’ pada ketika ini, dan beliau turut bersedia untuk menyediakan dana besar untuk Wayne Rooney mendapatkan pemain yang beliau mahukan.

Bercakap selepas menjual Newcastle, Ashley mendedahkan yang beliau memang menerima tawaran yang tinggi, namun tujuan asal beliau menjual kelab kerana sedar Syarikat Konsortium Arab Saudi itu lebih berhak untuk The Magpies.

“Suka untuk saya ingatkan, yang saya pernah terima tawaran lebih tinggi dari apa yang saya terima.”

“Ada seorang pembida lain yang berminat untuk membeli kelab dari saya sebelum ini.”

“Tapi saya rasa tawaran yang saya terima dari pemilik sekarang, akan menjadi yang terbaik untuk Newcastle United.”

“Tumpuan saya bukan hanya tentang duit. Ada ketika saya sentiasa mengeluarkan duit untuk memastikan kewangan Newcastle terus kukuh.”

“Saya sentiasa memastikan gaji pemain di bayar walau waktu kami jatuh untuk memastikan kami akan segera bangkit.”

“Tidak ada orang lain yang lebih gembira berbanding saya ketika kami dapat promotion.”

Dalam keadaan Derby County sememangnya sedang bermasalah, kehadiran individu berpengalaman seperti Mike Ashley tentunya merupakan satu langkah positif untuk kelab.

Beliau juga tentunya akan sedaya upaya membantu memenuhi kehendak kelab, agar mampu untuk bersaing di pentas saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga