Selepas Seri Lawan Barca Sholes Laung Amaran: “Man United Teruskan Pemburuan Quadruple!”

Paul Scholes telah mendakwa bahawa impian quadruple Manchester United masih ‘menyala,’ selepas mereka seri dengan Barcelona dalam Liga Europa.

Manchester United menunjukkan prestasi luar biasa mereka di atas padang sekali lagi.

2 gol United adalah menerusi Rashford dan gol sendiri Jules Kounde. Sementara 2 gol Barcelona adalah menerusi 2 bekas pemain Liga Perdana Inggeris iaitu Marcos Alonso (bekas pemain Chelsea) dan Raphinha (bekas pemain Leeds United).

Scholes: Impian quadruple United kekal hidup!

Paul Scholes antara pundit yang kerap mengkritik Man United. Sama juga seperti mana Roy Keane.

Scholes menjadi antara pundit yang kurang disenangi pengurus Man United sebelum ini kerana dia sangat lantang mengkritik pasukan kesayangannya itu.

Namun dia akhirnya melihat sinar harapan. Dan mulai yakin kelab itu di landasan tepat menyapu kesemua 4 kejuaraan musim ini.

Dia menegaskan dia bukan bergurau tentangnya, tetapi dia serius. Mahu semua peminat Man United membawa semangat yang sama dalam jiwa mereka dan menyokong pasukan dengan aura yang hebat.

Scholes sangat gembira melihat prestasi Man United yang berjaya mengikat Barcelona di Nou Camp dengan gaya permainan memberangsangkan.

Selepas ini, Man United akan bertemu dengan Newcastle di final Piala Carabao.

Di dalam kempen liga, mereka cuma 5 mata di belakang Manchester City.

Dan Scholes adalah salah seorang yang percaya sebagai seorang yang berjiwa Red Devils sejati, “Ianya hidup! (impian memenangi kesemua piala). Quadruple masih diteruskan,” katanya di BT Sport.

Penyampai Jules Breach bertanya sama ada bekas bintang England itu bergurau, yang dia menjawab, “Tidak, saya tidak bergurau, tidak sama sekali.”

Namun ramai juga mengingatkan Scholes ianya bukan ‘The Quadruple,’ yang memerlukan pasukan untuk memenangi Liga Perdana, Piala FA, Piala Carabao dan Liga Juara-Juara.

Tetapi Scholes tetap mengiktiraf Europa League sama darjat dengan UCL untuk layak digelar quadruple.

Manchester United mahu menamatkan kemarau 5 tahun tanpa sebarang piala. Dan musim ini adalah musim terbaik buat mereka melakukannya.

Scholes tidak mahu penyokong United merasa tidak yakin kerana semangat percaya kepada pasukan itu perlu ada sebagai penyokong Manchester United.

Scholes bukanlah yang pertama melaungkan semangat pemburuan Quadruple. Ini kerana pemain Manchester United sendiri pun pernah melakukannya.

Shaw: Kami mahu memenangi Quadruple

Bulan lalu, Luke Shaw menyatakan pasukannya dalam landasan untuk mengejar kejuaraan quadruple musim ini.

Shaw ketika itu berkata: “Sekarang ini, kita harus memastikan kita konsisten sebagai satu pasukan. Dari segi persembahan dan juga keputusan.”

“Ianya sentiasa tentang kemenangan. Jika kamu main bagus atau tidak, kamu harus menang, itu penting. Dan dalam ketika ini, kami sedang melakukannya.”

“Kami masih bersaingn dalam 4 pertandingan. Kami adalah Manchester United. Kami sentiasa meletakkan sasaran tinggi.”

“Dan tentu sahaja kami mahu memenangi kesemua 4 piala itu, namun apa yang akan berlaku selepas ini, semuanya bergantung kepada kami sendiri.”

“Cara kami bertindak, cara kami berehat dan kemudian bersedia untuk perlawanan berikutnya.”

Nampaknya Erik Ten Hag benar benar sudah menyemai semula mentaliti kemenangan dalam Manchester United. Bukan sahaja dalam diri pemain, tetapi penyokong dan legenda kelab mereka pun sudah merasai kembali semangat itu.

Adakah Man United akan menamatkan saingan dengan 4 piala musim ini?

Berdasarkan prestasi semasa, mereka benar benar kelihatan berpotensi besar untuk melakukannya.

Beberapa pemain mereka berada dalam prestasi terbaik termasuk Rashford, Casemiro, De Gea dan Lisandro Martinez.

BACA:  Paul Scholes Menganjing Sancho Dan Antony