Sewaktu dunia diserang oleh wabak Covid-19 kini, ramai bintang bola sepak yang tampil untuk menyumbang bagi membantu negara masing-masing menghadapi serangan wabak tersebut.
Tetapi tidak terlepas ada juga pemain bola sepak yang serba mampu menolak untuk menyumbang serta membantu negara atau badan kebajikan diwaktu sukar begini.
Emmanuel Adebayor menerima kecaman yang teruk di negara asalnya selepas beliau dikritik enggan membantu Togo memerangi penularan wabak Covid-19.
Days after former Tottenham star refused to donate money to fight the coronavirus in his home country Togo, Emmanuel Adebayor's team proudly show off his nine luxury cars. Chap really knows how to rub it in!https://t.co/yFwA4BslrC
— Charles Onyango-Obbo (@cobbo3) May 4, 2020
Namun beliau tetap mempertahankan dirinya dari dikritik dan menganggap bahawa dia tidak bersalah dan tidak patut dikritik.
Adebayor tidak pernah merancang untuk menggunakan sumber kewangan peribadinya untuk tujuan tersebut dan beliau berpuas hati dengan nikmat kehidupan yang dimiliki olehnya sekarang.
Bekas pemain Arsenal, Manchester City dan Tottenham itu menerima pendapatan £175,000 seminggu ketika masih beraksi di Etihad.
Sepanjang karier profesionalnya, Adebayor telah meraih pendapatan yang luar biasa banyak untuk seseorang yang hidup di Togo.
“Bagi mereka yang menuduh saya tidak menderma, biar saya beterus terang, saya tidak akan menderma. Ia amat mudah difahami,”
Jelas Adebayor melalui satu video di laman Facebook.
“Saya bebas melakukan apa yang saya suka, makan apa yang saya mahu. Siapa mereka mahu mengkritik saya kerana tidak memberikan sumbangan di Lome (ibu kota Togo).”
Kata-kata beliau itu mungkin agak mengejutkan bagi ramai pihak, memandangkan usaha amal yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini terutama di negara asalnya.
Emmanuel Adebayor shows off his cars to 'motivate' Instagram followers – after refusing to donate money to Togo https://t.co/9Pg1ptLUTH
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) May 6, 2020
Namun, pemain berusia 36 tahun itu juga memiliki sikap yang suka menunjuk-nunjuk serta memanaskan hati peminat sejak dari awal kariernya lagi. Mempamerkan kemewahan sudah menjadi perkara biasa untuknya.
Ketika kariernya di Spurs, Adebayor dikecam peminat kerana beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa beliau tidak peduli sama ada bermain atau berada dibangku simpanan, yang penting beliau mendapat upahnya.
Kini beliau sekali lagi tampil untuk memancing kemarahan peminat dengan memuat naik video menunjuk segala kereta mewah miliknya selepas secara terang-terangan menolak untuk menderma kepada negaranya bagi menghadapi wabak Covid-19.
Antara kereta mewah yang dipamerkan adalah sebuah Rolls Royce, empat buah Mercedes Benz, dua buah Porches, sebuah BMW dan sebuah Range Rover.
EMMANUEL ADEBAYOR attempted to “motivate” his fans by showing off his array of luxury cars on Instagram. The former Arsenal and Tottenham striker has faced huge criticism recently havin… https://t.co/aqFYvDdNlF
— Irish Sun Sport (@IrishSunSport) May 6, 2020
Team media milik Adebayor yang menggunakan nama ‘Team_Adebayor memuat naik rakaman video tersebut dengan caption:
“#MondayMotivation video ini bukan lah tanda untuk beritahu anda bahawa ‘SEA telah melakukannya’, sebaliknya mesej yang ingin disampaikan adalah ‘ anda juga mampu untuk melakukannya’!. Apa yang perlu untuk anda lakukan adalah terus percaya pada diri sendiri dan terus bekerja keras walaupun tiada siapa memandang. Tag kawan yang perlu untuk menonton video ini.”
Adebayor kini beraksi di Liga Paraguay bersama pasukan Olimpia dan sedang menghabiskan masa di Togo kerana saingan liga sedang dalam penggantungan ekoran dari penularan wabak Covid-19.
Tidak pasti video yang disiarkan itu atas kebenaran beliau sendiri atau pasukan media beliau yang sengaja menyiarkannya. Tetapi tindakan Adebayor sememangnya menyakitkan hati para peminatnya di Togo.
🗣 'Let me be very clear, I don't donate. It is very simple. I do what I want and eat what I want.'
Maybe not the time to be uploading videos of a Rolls Royce, four Mercedes, two Porsches, a BMW and Range Rover… 😳https://t.co/x4gWwtLd6V
— GiveMeSport (@GiveMeSport) May 5, 2020
Tindakan yang kurang bijak dari Adebayor. Selepas menimbulkan kekecohan isu derma beliau memanaskan lagi peminat dengan isu seperti ini.