Seluar Latihan Man Utd Dijual Di Website Rasmi Newcastle

Newcastle United didapati telah mulai menjual barang dagangan Manchester United di laman rasmi kelab mereka sendiri.

NUFCdirect.com adalah penyedia barang dagangan dalam talian rasmi kelab dan di sinilah peminat Newcastle dapat membeli kit kelab serta kesemua barang dagangan milik The Magpies.

Tapi sekarang ini, peminat boleh mendapatkan seluar milik pasukan setan merah dijual di laman web tersebut.

Seluar pendek untuk pakaian latihan rasmi setan merah musim 2019/20 tersenarai dalam website tersebut dan kini dijual pada harga £24.99.

Penerangan keatas product berkenaan juga agak membingungkan, dengan bertulis:

“Seluar latihan berjenama Adidas milik Manchester United musim 2019/20 telah direka khas dengan teknologi climacool, ia akan memastikan anda sentiasa segar dan selesa dengan meningkatkan pengudaraan dan menghilangkan kelembapan pada kulit anda.”

“Seluar pendek ini mempunyai lambang ikonik kelab yang berani dan menonjol di tubuh anda. Dengan mengenakan seluar ini anda juga dapat menunjukkan sokongan anda kepada pasukan setan merah yang pastinya seluar ini keluaran Adidas.”

Sesuatu yang luar biasa apabila dapat melihat salah satu pasukan dalam premier league menjual product dari pasukan seteru mereka.

Apa yang lebih mengelirukan adalah Newcastle United kini ditaja oleh Puma dan bukannya Adidas.

Satu-satunya alasan paling masuk akal kenapa sampai hal itu terjadi adalah kerana pemilik Newcastle, Mike Ashley merupakan pemilik kepada Sports Direct, sebuah syarikat yang menjual pelbagai alatan sukan.

Mike Ashley juga pernah melakukan kontroversi yang sama ketika zaman beliau memiliki syarikat Toon Army.

Tetapi sepertinya era pemilikan Mike Ashley bakal berakhir dengan kehadiran Amanda Staveley yang disokong oleh Public Investment Fund Of Saudi Arabia untuk mengambil alih pemilikan pasukan Newcastle United.

Pemilik baru dijangka akan mengambil alih 80% saham kelab dan mereka juga telah bersetuju untuk mengeluarkan dana yang besar untuk jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemilihan pengurus pasukan yang baru juga sedang hangat dibincangkan dengan mengaitkan nama-nama besar seperti Mauricio Pochettino, Max Allegri dan Rafa Benitez.

Walau bagaimanapun, terdapat juga suara yang meminta supaya pengurusan baru Newcastle untuk terus memberi peluang kepada Steve Bruce untuk membuktikan sesuatu.

Pundit Sky Sports, Jamie Redknapp percaya bahawa Bruce layak untuk terus kekal walau bersama pengurusan yang baru.

“Orang sepatutnya memiliki rasa hormat yang tinggi kepada Steve Bruce, dia sudah menjalankan tugas dengan cukup baik bersama Newcastle.”

Jelas Redknapp kepada The Football Show.

“Kenapa dia tidak diberikan kesempatan? Kenapa tidak Steve Bruce diberikan dana dan peluang untuk dia buktikan sesuatu?”

Pundit Sky Sports, Jamie Redknapp percaya bahawa Bruce layak untuk terus kekal walau bersama pengurusan yang baru.

“Orang sepatutnya memiliki rasa hormat yang tinggi kepada Steve Bruce, dia sudah menjalankan tugas dengan cukup baik bersama Newcastle.”

Jelas Redknapp kepada The Football Show.

“Kenapa dia tidak diberikan kesempatan? Kenapa tidak Steve Bruce diberikan dana dan peluang untuk dia buktikan sesuatu?”

BACA:  Danny Murphy Beri Amaran Kepada Newcastle Supaya Tidak Pecat Steve Bruce