Seluruh Dunia Terharu Melihat Aksi Soucek Meraikan Kemenangan Bersama Penyokong

Pemain midfield West Ham, Tomas Soucek memutuskan untuk berkongsi kegembiraan bersama para penyokong selepas tamat aksi kemenangan 3-2 menewaskan Chelsea di London Stadium malam semalam.

Aksi Soucek melayan para penyokong telah mencuri perhatian peminat seluruh dunia dan ia merupakan antara video yang sangat berbaloi untuk ditonton.

Skuad kendalian David Moyes itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan pendahulu saingan Premier League sebelum ini, Chelsea dengan Manuel Lanzini, Jarrod Bowen dan Arthur Masuaku catat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini membantu West Ham untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League.

Selepas wisel penamat dibunyikan, pemain kesayangan peminat, Thomas Soucek dilihat meluangkan masa untuk melayan peminat di stadium.

Beliau dilihat mengambil gambar bersama penyokong, memberi jersi dan turut berlari keliling untuk high-five penyokong-penyokong yang duduk dibarisan hadapan tempat duduk penonton.

Ia antara detik yang sangat berbaloi untuk disaksikan dengan Soucek benar-benar menghargai para peminat yang hadir menyaksikan perlawanan ini.

โ€œSaya sangat suka hal seperti iniโ€

Jelas penyampai BT Sport, Jake Humphrey.

Para peminat teruja melihat bagaimana Soucek mengambil telefon dari penyokong lalu beliau turut selfiy bersama peminat tersebut.

Soucek menunjukkan yang beliau ada hubungan yang sangat rapat dengan semua orang dan ia juga salah satu sebab tentang mengapa beliau menjadi pemain kesayangan peminat.

Melihat bagaimana akrab dan mesranya Soucek bersama penyokong di stadium, para peminat di media sosial segera memberikan pujian menggunung kepada bintang West Ham itu.

โ€œSusah kita nak jumpa pemain yang boleh layan penyokong sampai ke tahap seperti ini, dia bahkan high-five semua penyokong yang ada sebelum masuk ke terowong.โ€

โ€œWalau dia merupakan pemain baru, namun tak dinafikan yang Soucek sudah dianggap sebagai salah seorang legenda kelab dan akan terus dikenang sebagai pemain paling disayangi oleh peminat.โ€

โ€œDia nampak sangat ikhlas, muka dia penuh keikhlasan, dia betul-betul pergi ke arah penonton dan lakukan sehabis baik dia untuk bagi peminat rasa dihargai.โ€

โ€œKeindahan sebenar dalam dunia bola sepak, saya betul-betul terharu melihat cara Soucek layan peminat. Sungguh menakjubkan.โ€

West Ham kini berada dikedudukan keempat dengan mengumpul 27 mata, empat mata mengatasi Arsenal yang berada di kedudukan kelima.

Namun Arsenal pada ketika ini masih ada baki satu perlawanan yang belum dimainkan, dan seandainya Gunners berjaya mencatat kemenangan bertemu Everton malam nanti, maka kutipan mata mereka bersama West Ham akan terikat 27 mata.

Tottenham Hotspur juga berpotensi untuk merebut tempat di kedudukan empat teratas, dengan mereka kini sudah mengumpul 22 mata, namun masih kekurangan dua perlawanan yang belum dimainkan.

Perebutan slot ke saingan Eropah pada musim hadapan sangat sengit pada ketika ini, namun untuk perebutan kejuaraan sepertinya didominasi oleh Liverpool, Chelsea dan Man City.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 3-2 bertemu West Ham, Chelsea terus jatuh ke kedudukan ketiga dalam carta liga, dua mata dibelakang Manchester City, dan satu mata dibelakang Liverpool.

Perebutan kejuaraan pada ketika masih terbuka untuk ketiga-tiga pasukan ini, dengan sesiapa saja yang melakukan kesilapan atau keciciran mata akan dipintas.

Kedua-dua West Ham dan Chelsea juga masih ada aksi di benua Eropah dengan kedua-dua mereka sudah mengesahkan tempat ke aksi kalah mati.

The Blues mempamerkan aksi konsisten dalam saingan Champions League, sementara West Ham cemerlang dalam saingan Europa League.

Tidak mengejutkan andai The Hammers akan mara ke saingan Champions League musim depan sebagai Juara saingan Europa League musim ini.

Satu hal yang pasti, Moyes sudah melakukan kerja yang sempurna bersama West Ham dan beliau berhak dipuji selepas melihat aksi anak-anak buahnya pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga