Semakin Ramai Pengerusi Kelab Mahu Premier League Dibatalkan

Sebelum ini pihak FA England telah mengumumkan penggantungan Liga sehingga 3 April. Namun kerana penularan wabak Covid-19 semakin merbahaya, FA melanjutkan lagi tempoh penggantungan Liga sehingga 30 April.

Namun apa akan berlaku sekiranya keadaan masih tidak terkawal sehingga tarikh 30 April itu?

UEFA telah mengeluarkan kenyataan dengan menggesa semua persatuan bola sepak untuk menyelesaikan Liga mereka sebelum 30 Jun.

Menurut satu laporan dari The Atletics, kini semakin ramai pengerusi kelab yang mahu premier league musim ini dibatalkan sahaja.

Ekoran dari penularan virus Covid-19 yang semakin merbahaya dan mengancam nyawa, lebih ramai pengerusi tampil untuk meminta keputusan itu dilaksanakan.

Jika sampai hal itu berlaku, maka secara tidak langsung hasrat Liverpool untuk menjuarai premier league musim ini turut terkubur.

Hal yang sama turut pernah disuarakan oleh presiden UEFA, Alaksander Ceferin sebelum ini.

Jika sebelum ini masih ramai pengerusi yang mengundi untuk menyokong keputusan membatalkan liga dan mahu liga diteruskan, kini keputusan mereka sudah sebaliknya.

Menurut laporan dari David Ornstein, ramai dari mereka yang meminta musim ini dibatalkan sahaja dan dianggap batal dan tidak wujud.

Namun David Ornstein tidak menamakan siapakah pengerusi dan kelab yang mahu membuat keputusan begitu.

Didalam laporannya, Ornstein menjelaskan bahawa pengerusi-pengerusi ini tidak mahu nama mereka didedahkan.

Sekiranya Liga musim ini dibatalkan oleh pihak FA, EPL akan terpaksa membayar ganti rugi sekitar £750 untuk penyiaran sahaja.

Namun mereka merasakan musim ini patut dibatalkan kerana mengambil kira isu pandemik yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dan di UK, wabak Covid-19 semakin meningkat.

Perkara itu sebelum ini pernah dicetuskan oleh Naib Pengerusi West Ham United, Karen Brady, di mana beliau meminta musim ini dibatalkan.

Namun sebelum ini, majoriti pengerusi yang lain menentang cadangan itu.

Mereka menganggap Brady membuat kenyataan begitu demi kepentingan kelabnya agar terselamat daripada penyingkiran.

West Ham United hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan sahaja daripada zon penyingkiran.

Ada beberapa kelab besar masih berebut untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Sheffield United turut membantah cadangan ini kerana mereka merasakan ada peluang untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Wayne Rooney dalam tulisannya baru baru ini merasakan, pembatalan liga bukan masalah untuk Liverpool menjadi juara.

Kerana menurut beliau, kedudukan semasa jurang mata Liverpool melayakkan mereka disahkan menjadi juara.

Namun masalah terbesar untuk EPL sekarang ini adalah untuk menentukan tempat ke Eropah dan juga penyingkiran.

Ada cadangan yang mahukan musim ini dipendekkan dengan tiada penyingkiran. Namun ditambah dengan 2 pasukan teratas daripada Liga Championship.

Ini bermakna premier league akan ada 22 pasukan yang bakal bersaing musim hadapan.

Pada ketika ini premier league masih lagi digantung sementara kerana wabak covid-19 yang melanda Eropah dan sudah masuk ke UK.

UEFA sudah menyatakan meminta agar kesemua liga di Eropah mencari cara untuk menamatkan liga mereka pada musim ini.

Ceferin menegaskan, pembatalan musim bukan perkara yang berada di dalam perhatian mereka pada ketika ini walaupun kejohanan EURO 2020 terpaksa dianjakkan ke tahun hadapan.

Apa yang pasti liga musim ini pasti akan ditamatkan lebih lewat daripada sepatutnya selepas bersambung semula kelak.

Buat masa ini fokus adalah untuk berganding bahu agar dunia keluar segera daripada belenggu wabak Covid-19 ini.

BACA:  Premier League 2020/21: Wolverhampton Wanderers 1-3 Manchester City