Laporan terbaru mendedahkan penjualan pemilikan Manchester United oleh keluarga Glazer kini dijangka akan berhadapan penangguhan selama setahun lagi.
Walaupun selepas 11 bulan sejak kali pertama keluarga Glazer mengumumkan niat untuk menjual pegangan mereka di dalam kelab itu, situasi sekarang kelihatan menjadi semakin rumit.
Walaupun beberapa bidaan telah dikemukakan daripada Sheikh Jassmin Bin Hamad Al-Thani dari Qatar dan Sir Jim Ratcliffe yang merupakan antara manusia terkaya di Britain melalui perusahaan petrokimia, keluarga Glazer masih lagi kekal sebagai pemilik United buat masa ini.
Di sebalik pelbagai protes oleh penyokong, keluarga Glazer masih tidak berganjak keluar daripada kelab dan penjualan kelab itu berpotensi untuk ditangguhkan selama setahun lagi.
Situasi terbaru mengenai penjualan kelab tersebut dikongsi oleh bekas super ejen Jon Smith yang turut bertanggungjawab melahirkan bola sepak Inggeris moden yang digelar Premier League pada 1992.
🚨🚨🌕| JUST IN: Talks are still ongoing with Sheikh Jassim regarding the #mufc takeover. [@MikeKeegan_DM] pic.twitter.com/Jkul7BXIYQ
— centredevils. (@centredevils) October 12, 2023
Melalui kolum khas di CaughtOffside, Smith menulis: “Jujurnya saya tidak terlibat di dalam proses pengambilalihan ini, tetapi saya mengenali beberapa individu yang rapat dengan kedua-dua pembida.
“Dan melalui siasatan saya keluarga Glazer dipercayai mahu menyemak kembali bidaan [terutama] dari Timur Tengah mengambil kira potensi pertandingan yang lebih besar [melibatkan Manchester United]. Mereka [Glazer] enggan terus berpuas hati dengan tawaran pada hari ini.
“Tidak diragui mereka [Glazer] kini memiliki entiti terbesar di dalam bola sepak. Dan jika [pada hari ini] pihak Qatar menawarkan £5 billion, Glazer mungkin akan meminta £10 billion.
➡️ https://t.co/jgRAB6pBDr
Despite relentless protests, the Glazer family retains their grip on Manchester United. Super agent Jon Smith hints at an impending takeover, possibly involving Gulf bidders. Complex negotiations loom, hinging on timing and finances. Amidst uncertaint… pic.twitter.com/pRJiyQgxpM— topcrnr (@topcrnr) October 12, 2023
“Ia mungkin sekadar angka sebelum kedua-duanya akan mencapai persetujuan pada nilai £7 billion.
“Perjanjian pemindahan pemilikan ini amat rumit dan terbesar di dalam sejarah. Saya percaya rundingan akan berterusan dan ia sebenarnya mengenai wang dan juga masa yang sesuai untuk menjual.
“Kini perhatian akan terarah ke Qatar untuk tempoh 12 bulan seterusnya kerana dalam tempoh tersebut terdapat kemungkinan wujudnya pertandingan baharu seperti Super League atau pertandingan lain yang memberikan pulangan lebih lumayan untuk kelab dan pemilik baharunya.
“Jika itu berlaku nilai Manchester United akan meningkat secara dramatik, dan kaedah rundingan juga akan berubah. Itulah sebabnya Sir Jim Ratcliffe hanya menghantar bidaan untuk mendapatkan pegangan kecil dan mengekalkan keluarga Glazer yang dilihat lebih realisitik berbanding tawaran £5 billion daripada pihak Qatar.
“Saya berpendapat pengambilalihan tetap akan berlaku tanpa mengira bentuk perjanjian. Soalannya ialah bila ia akan berlaku.”