Baru-baru ini, dalam sebuah rancangan berkisarkan bola sepak, Theirry Henry (bekas pemain Arsenal) telah menerangkan dua falsafah berbeza yang digunakan dua jurulatih berbeza iaitu Pep Guardiola (Manchester City) & Antonio Conte (Chelsea) dalam formasi bek 3 mereka.
Henry telah menerangkan bahawa Guardiola menggunakan winger manakala Conte menggunakan wingback dalam formasi bek 3 mereka.
Bagaimanakah caranya untuk mengenalpasti falsafah yang digunakan mereka? Mari kita kenali terlebih dahulu apa itu wingback, winger dan inside forward.
1. WINGBACK
Pada kejohanan UEFA EURO 2016 yang lalu, kita pasti dapat melihat betapa teguhnya Turin Wall dan formasi bek 3 yang digunakan Antonio Conte.
Conte telah menggunakan formasi 3-5-2 dengan Florenzi/Candreva/De Sciglio/Darmian bertindak sebagai wingback.
Di manakah sebenarnya posisi wingback ini berada?
Wingback terletak di bahagian middle-third dan tidak seperti winger yang biasa, mereka tidak banyak melakukan serangan kerana tugas mereka lebih tertumpu secara defensif.
Di Chelsea, Alonso dan Moses banyak bermain sebagai wingback dan sekembalinya Ivanovic nampaknya memberikan lebih pilihan buat Conte.
Senang cerita, wingback memiliki ciri defensif berbanding winger biasa.
Barcelona dahulu juga pernah menggunakan wingback dengan Alves dan Alba turun membantu serangan kerana ketiadaan sayap dan mereka menggunakan inside forward.
Persoalannya kini, mengapakah side-back di Manchester City tidak dipanggil wingback? Ini kerana wujudnya winger di middle-third maka tugas side-back di Manchester City ialah sebagai false fullback.
Di Malaysia, formasi bek 3 merupakan formasi yang jarang digunakan sehinggalah Velizar Popov tiba dan mengubah game plan Kelantan dengan meletakkan Qayyum sebagai salah seorang wingback Kelantan.
2. WINGER
Winger merupakan posisi yang sangat tipikal di seluruh dunia. Winger banyak digunakan dalam formasi klasik.
Di Malaysia, winger lebih banyak berciri ofensif berbanding di Eropah yang mana winger banyak berciri neutral kecuali apabila pengurus menukar mentaliti winger tersebut.
Contohnya, Park Ji-Sung diarahkan bermain secara defensif dengan man marking Andrea Pirlo oleh Sir Alex Ferguson. Winger di Malaysia pula kebanyakkan ultra ofensif dan gemar bermain di flank, bukannya di half-space.
Inilah sebab mengapa Manchester City dikatakan tidak menggunakan side-back mereka sebagai wingback kerana mereka mempunyai Nolito dan Sterling sebagai winger dengan formasi 3-2-4-1 apabila memiliki penguasaan bola.
3. INSIDE FORWARD
Tidak seperti winger dan wingback, inside forward boleh dikatakan lebih kerap berada di final third. Inside forward sememangnya berciri ultra ofensif dan lebih banyak menyerang dari half-space ke centre.
Inside forward juga dikenali sebagai inverted winger, wing forward, false 10 & banyak lagi. Inside forward tidak menganggu mana-mana formasi tidak seperti kewujudan wingback yang menghapuskan winger.
Ramai penyerang yang pernah bermain sebagai inside forward. Contohnya, Cristiano Ronaldo, Messi, dan tuan punya badan, Henry!
Inside forward sering menyerang lebih efisien dan efektif berbanding penyerang biasa kerana mereka kurang di-man marking-kan berbanding centre forward. Itulah sebab mengapa Pep ketika melatih Barcelona kerapkali meletakkan Henry dan Pedro di posisi inside forward.
Kita dapat lihat betapa efisiennya inside forward dengan melihatkan statistik Chelsea dalam 5 perlawanan terakhir menggunakan 3-4-3.
Saya harap, dengan sedikit ilmu yang saya gunakan ini, anda dapat memahami falsafah tentang pemain di bahagian flank ini.