Semi Final FA Cup 2021/22: Manchester City 2-3 Liverpool

Manchester City dan Liverpool bertemu lagi selepas menyajikan dunia bola dengan perlawanan antara yang terbaik dan epik musim ini, kali ini diseparuh akhir Piala FA.

Stadium Wembley yang terletak di London menjadi medan separuh akhir ini, Manchester City dan Liverpool mahu tempat perlawanan ditukar lantaran masalah pengangkutan terutamanya buat penyokong Liverpool.

Namun FA tidak mengendahkan permintaan itu dan perlawanan tetap diteruskan di Stadium Wembley.

Zack Steffen turun dalam perlawanan penting ini menggantikan Ederson Moraes dan Pep Guardiola juga telah merehatkan pemain perancang berbisa Kevin De Bryune.

Liverpool pula turun dengan barisan terkuat mereka dengan menampilkan pemain baru dan kurang pengalaman Ibrahima Konate dan Luis Diaz dikesebelasan utama.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp tampak lebih bersedia dalam misi untuk merebut empat kejuaraan musim ini yang masih hidup segar bugar peluang mereka.

Ibrahima Konate yang meledak di Champions League dan membantu Liverpool menewaskan Benfica untuk ke separuh akhir berterusan tajam apabila menjaringkan gol pembukaan.

Gol berpunca dari sepakan penjuru Andrew Robertson pada minit ke-9 yang mudah ditanduk Ibrahima Konate yang tidak dicabar.

Suar dibaling ke padang bagi meraikan gol Konate dan asap merah menyelubungi padang buat seketika.

Ternyata gol pembukaan dari Ibrahima Konate menyemarakkan semangat pemain Liverpool yang terus berusaha keras untuk menggandakan kedudukan.

Apa yang dicari Liverpool akhirnya kunjung tiba pada minit ke-17 kira 8 minit selepas gol pertama dari situasi yang tidak disangka-sangka tambahan pula dari Manchester City yang hebat.

Penjaga gol Manchester City, Zack Steffen telah melakukan aksi kelakar yang bukan-bukan ketika tiada tekanan langsung diberikan ketika mengawal bola di depan gol.

Namun mungkin kerana terlalu panik satu kesilapan terjadi dan Sadio Mane pantas menerkam untuk menolak bola masuk ke gawang untuk gol kedua Liverpool.

Pep Guardiola seakan tidak percaya dengan kesilapan budak sekolah Zack Steffen dan Zack Steffen juga dilihat menggeleng kepala tidak percaya dengan apa yang dilakukannya.

Kurang 20 minit permainan Liverpool selesa mendahului dua gol, satu perlawanan yang tidak dijangka kerana sudah pasti ramai meramalkan satu lagi perlawanan epik akan disajikan.

Manchester City terus kehilangan punca dan pedoman ketika permainan separuh masa pertama hampir menemui titik penamat dan Liverpool masih galak menyerang.

Thiago Alcantara saling bertukar hantaran dengan Trent Alexander Arnold sebelum satu hantaran genius dilakukan Thiago mencari Sadio Mane yang tidak dikawal.

Sadio Mane terus melepaskan satu rembatan volley untuk menewaskan Zack Steffen buat kali ketiga diseparuh masa pertama. Cantik lambungan Thiago

Untuk tempoh 45 minit pertama, Manchester City gagal untuk menghadirkan sebarang ancaman dan lebih buruk kesilapan Zack Steffen seperti menjatuhkan moral pemain City.

City yang dipimpin Pep Guardiola bukan kecil anak, kebangkitan cuba dicetuskan dengan gol awal separuh masa kedua dari pemain bernilai 100 juta Pound.

Potongan cantik dilakukan oleh Gabriel Jesus sebelum menghantar bola kepada Jack Grealish untuk disudahkan.

Kesilapan Zhichenko hampir saja mengundang padah, tandukan lemah kepada Zack Steffen pantas disambar Mohamed Salah yang terus melakukan satu lob.

Mujur pecubaan Salah itu hanya menggegar jaring luar. Kemasukan Riyad Mahrez pada minit ke-83 nyata merubah permainan City.

Pada masa kecederaan Riyad Mahrez dengan liarnya berjaya lepas dan percubaannya lalu ke kangkang Alisson Becker dan bola sampai kepada Bernardo Silva.

Satu rembatan padu untuk kedudukan 3-2 buat City dari Silva yang tiba-tiba membuatkan penyokong Liverpool berpeluh dan berdebar kerana City mampu melakukan keajaiban.

Namun keajaiban tidak terjadi dan Liverpool mara ke final Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Pemenang separuh akhir satu lagi antara Chelsea dan Crystal Palace akan menjadi lawan Liverpool di perlawanan akhir.

Manchester City: Steffen, Joao Cancelo, Stones, Ake, Zinchenko, Bernardo Silva, Fernandinho, Grealish, Foden, Gabriel Jesus, Sterling.

Pemain Simpanan: Dias, Gundogan, Laporte, Rodri, De Bruyne, Mahrez, Ederson, Delap, Lavia.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson, Keita, Fabinho, Thiago, Salah, Diaz, Mane.

Pemain Simpanan: Milner, Firmino, Gomez, Henderson, Jones, Jota, Tsimikas, Matip, Kelleher.

Pengadil Perlawanan: Michael Oliver (Northumberland).

BACA:Β  Inilah Punca Utama Kenapa Man Utd Terlepas Darwin Nunez Kepada Liverpool