“Semoga Dia Mati Dalam Keadaan Penuh Tersiksa” – Zinchenko Doakan Azab Menanti Presiden Rusia

Pemain pertahanan Manchester City, Oleksandr Zinchenko menyatakan yang beliau sangat berharap agar Vladimir Putin akan mati dalam keadaan paling tersiksa selepas Presiden Rusia itu mengisytiharkan perang ke atas Ukraine.

Menurut sumber laporan dari The Daily Mail, pemain kebangsaan Ukraine itu memuat naik gambar Putin di story instagram miliknya dengan menulis:

“Saya harap kamu akan mati dalam keadaan yang penuh tersiksa.”

Story tersebut dilaporkan sudah dipadam dengan Zinchenko mendakwa bahawa Instagram sendiri yang memadam story tersebut.

Komen beliau itu ditulis selepas Rusia mula melancarkan serangan ke atas Ukraine, dengan tentera dan segala kelengkapan peperangan di laporkan sudah masuk ke sempadan.

Kawasan ketenteraan Ukraine juga dilaporkan sudah musnah kerana diserang oleh serangan dari kem Rusia.

Menurut sumber laporan dari BBC, sekurang-kurangnya tujuh orang sudah terkorban dalam serangan tersebut, dengan 19 lagi masih belum ditemui.

Rusia sebelum ini dilaporkan telah mengesahkan kedua-dua Luhansk dan Donetsk sebagai negara merdeka.

Baru-baru ini Zinchenko memuat naik gambar Ukraine bersama Luhansk dan Donestsk di laman instagram miliknya dengan menulis:

“Penduduk seluruh dunia kini sangat risau tentang situasi di negara saya.”

“Saya tak boleh berundur dan perlu terus untuk sampaikan apa saya maksudkan. Dalam gambar adalah negara saya. Negara di mana saya dilahirkan dan dibesarkan.”

“Negara yang saya wakili dalam dunia sukan di pentas antarabangsa. Negara kami berjuang dalam mengagungkan dan bangunkan.”

“Negara yang sempadan dia mesti kekal teguh. Negara saya milik warga Ukraine dan tidak ada sesiapa boleh nafikan itu.”

“Kami tidak akan menyerah! Kemenangan untuk Ukraine.”

Pelbagai isu berbangkit selepas berlakunya hal ini dan antara yang paling hangat diperdebatkan oleh peminat di UK adalah permintaan dari MP yang mendesak agar Roman Abramovic tidak lagi menjadi pemilik Chelsea.

Selain itu, venue perlawanan akhir yang sepatutnya dilangsungkan di Rusia juga diminta agar dipindahkan dengan Wembley berkemungkinan menjadi venue pilihan.

Tak pasti situasi sebenar macam mana dekat sana, sebagai manusia kita doakan saja yang terbaik dan berharap agar ada jalan pendamaian antara kedua-dua belah pihak.

Semoga saja mereka menemui jalan penyelesaian terbaik tanpa perlu meneruskan peperangan yang boleh mengancam nyawa mereka yang tidak berdosa.

Zinchenko menyertai Manchester City pada tahun 2016 lalu dengan yuran perpindahan bernilai €2 juta sahaja dengan beliau turut pernah dipinjamkan kepada PSV Eindhoven pada musim panas tahun sama.

Musim berikutnya beliau kembali beraksi bersama Manchester City dan turut menjadi sebahagian dari skuad yang telah memenangi pelbagai kejuaraan sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Pemain kebangsaan Ukraine itu pada musim ini telah membuat lapan penampilan dalam saingan Premier League dan turut berjaya mencatatkan satu assists sepanjang tempoh tersebut.

Dalam saingan Champions League pula, beliau telah membuat lima penampilan dan turut berjaya mencatatkan satu assists sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang kariernya di Etihad, Zinchenko berjaya membantu Man City menjulang tiga gelaran Premier League, satu FA Cup, empat League Cup dan dua gelaran Community Shield.

Pada musim ini beliau sepertinya akan sekali lagi membantu Man City untuk menjuarai saingan Premier League dan sudah tentu beliau bersama rakan sepasukannya akan berusaha sehabis baik untuk membantu kelab menjuarai saingan Champions League pertama mereka.

Musim lalu, Manchester City sudah hampir untuk membawa pulang Piala telinga capang itu, namun sayangnya mereka tewas dalam aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Zinchenko Ikrar Berdiri Teguh Di Belakang Israel