Senarai 10 Pemain Bola Sepak Terpantas Di Dunia

Kylian Mbappe merupakan pemain terpantas di dunia kini dengan mencatatkan kelajuan 36km/h.

Pemenang Piala Dunia itu membuktikan selain mempunyai kepantasan luar biasa beliau juga mempunyai penyudah yang hebat.

Kylian Mbappe mampu berlari pantas di dalam padang sama ada bersama bola atau tidak. Jika beliau berlari membawa bola, sepertinya bola itu melekat dikakinya.

Pemain muda ini telah menghibur para peminat dengan aksi mantap yang dipamerkan dan yang menjadikan aksinya hebat adalah kelajuan yang dimiliki.

Beliau telah dinamakan sebagai pemain terpantas di dunia hasil dari penelitian yang dilakukan oleh media Perancis Le Figure.

Bayangkan saja pemegang rekord 100 meter dunia Usain Bolt sendiri mengakui bahawa Kylian Mbappe mempunyai kepantasan yang mengagumkan.

Bahkan beliau turut mahu menjadikan Mbappe sebagai rakan sepasukannya dalam acara larian 4×100 meter bersama Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Itu sudah cukup jelas untuk membuktikan pemain muda kelahiran Perancis ini memang layak di gelar sebagai pemain bola sepak terpantas di dunia.

Sukar untuk menentukan pemain terpantas di dunia jika tidak melihat mereka bersaing sesama sendiri dalam acara 100 meter.

Tetapi, dengan usaha dan penelitian yang dilakukan oleh Le Figure, mereka telah menganalisis para pemain bola sepak dunia dan menilai kelajuan setiap dari pemain itu.

Hasilnya, Le Figure telah menamakan 10 pemain terpantas di dunia serta catatan terbaik yang dilakukan oleh mereka.

Senarai 10 pemain terpantas dunia

Pierre-Emerick Aubameyang merupakan pemain terpantas dalam saingan premier league dan juga antara nadi penting dalam sistem serang pasukan Arsenal berada ditangga ketiga secara keseluruhan di belakang Kylian Mbappe dan Innaki Williams.

Penyerang Athletic Bilbao, Inaki Williams berada di kedudukan kedua dan tidak jauh dibezakan dengan catatan milik Mbappe.

Beliau berjaya mencatatkan 35.7km/h mendahului Pierre Emerick Aubameyang yang mencatatkan 35.5km/h berada di kedudukan ketiga.

Berikut merupakan senarai penuh 10 pemain terpantas dunia:

1. Kylian Mbappe – 36km/h

2. Inaki Williams – 35.7km/h

3. Pierre-Emerick Aubameyang – 35.5km/h

4. Karim Bellarabi – 35.27km/h

5. Kyle Walker – 35.21km/h

6. Leroy Sane – 35.04km/h

7. Mohamed Salah – 35km/h

8. Kingsley Coman – 35km/h

9. Alvaro Odriozola – 34.99km/h

10. Nacho Fernandez – 34.62km/h

Bintang sensasi Bayer Leverkusen, Karim Bellarabi berada di kedudukan keempat dengan mencatatkan kelajuan 35.26km/h.

Beliau juga merupakan pemain terpantas dalam saingan Bundesliga. Karim Bellarabi adalah pemain sayap utama untuk pasukan Bayer Leverkusen.

Kyle Walker kini dinamakan sebagai pertahanan terpantas dunia dengan mencatatkan 35.21km/h, dan beliau berada di kedudukan kelima dalam senarai 10 pemain terpantas dunia.

Leroy Sane berehat hampir sepanjang musim ini kerana mengalami kecederaan lutut ketika dalam perlawanan Community Shield menentang Liverpool.

Beliau berada di kedudukan keenam dengan mencatatkan 35.04km/h. Gandingan Walker dan Sane dalam kesebelasan utama City menjadi mimpi ngeri buat pertahanan lawan.

Kejayaan utama Mo Salah dalam mencapai tahap sebagai salah seorang penjaring terbanyak dalam saingan premier league adalah kerana kelajuan yang beliau miliki.

Salah berada di kedudukan ke tujuh dalam senarai 10 pemain terpantas dunia dengan mencatatkan 35km/h.

Gandingan Kingsley Coman dan Alvaro Odriozola untuk pasukan Bayern Munich berada di kedudukan kelapan dan kesembilan dengan mencatatkan 35km/h dan 34.99km/h.

Nacho Hernandez pemain dari Real Madrid melengkapkan senarai 10 pemain terpantas dunia dengan berada di kedudukan kesepuluh dan mencatatkan 34.62 km/h.

BACA:  Siapakah Pemain Premier League Yang Paling Banyak Bazirkan Peluang?