Senarai 10 Pemain Terbaik Sepanjang Zaman EPL Pilihan The Mirror

Icon Manchester United, Ryan Giggs telah dinamakan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman mengatasi kesemua legenda lain di pentas premier league.

Legenda Welshman berusia 46 tahun itu telah menikmati kerjaya yang sangat cemerlang selama 24 tahun di Old Trafford.

Antara kejayaan paling cemerlang beliau di pentas premier league adalah memenangi 13 kali kejuaraan Liga, dua kejuaraan Liga Juara-juara, empat Piala FA dan tiga League Cup bersama setan merah.

Daily Mirror telah menyenaraikan 10 pemain terbaik sepanjang zaman dalam saingan premier league dan telah meletakkan Giggs sebagai pendahulu senarai.

Menurut laporan dari akhbar tersebut, trofi kejuaraan saingan liga milik Giggs cukup untuk menjadi kayu ukur bertapa hebatnya dan layaknya beliau untuk ditabalkan sebagai terbaik sepanjang zaman.

Menurut The Mirror juga, reputasi pengurus pasukan kebangsaan Wales itu layak untuk digelar legenda terhebat atas sumbangan beliau hingga menjadikan United begitu dominan dalam dunia bola sepak ketika itu.

Dikedudukan kedua merupakan legenda Arsenal, Thierry Henry yang mana pemain ini sangat dikenali sebagai antara penyerang terbaik sepanjang zaman di pentas premier league.

The Mirror menjelaskan bahawa legenda Perancis berusia 42 tahun itu telah berjaya memahat namanya sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dalam pasukan Arsenal selepas mengharungi lapan tahun karier cemerlang disana.

Menurut laporan sama juga, tidak boleh dinafikan bahawasanya Thierry Henry merupakan antara pemain asing terhebat yang pernah beraksi di pentas premier league.

Pelengkap kedudukan tiga teratas senarai pemain terbaik sepanjang zaman premier league tidak lain tidak bukan tentulah bekas bintang sensasi setan merah, Cristiano Ronaldo.

The Mirror menganggap proses pembangunan Ronaldo ketika di United menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain terbaik di masa kini bersama Lionel Messi.

Bintang Juventus berusia 35 tahun itu mempunyai kejayaan sungguh cemerlang di England dan impak yang ditinggalkan menjadikan beliau sebagai salah seorang legenda yang paling di sayangi oleh para peminat setan merah.

Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik sepanjang zaman menurut The Mirror.

10 Pemain Terbaik Sepanjang Zaman EPL:

10. Frank Lampard
9. Sergio Aguero
8. Wayne Rooney
7. Alan Shearer
6. Paul Scholes
5. Eric Cantona
4. Roy Keane
3. Cristiano Ronaldo
2. Thierry Henry
1. Ryan Giggs

BACA:Β  5 Atlet Wanita Tercantik Di Dunia