Senarai 100 Kelab Paling Berjaya Sedekad Lalu

International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) telah mengeluarkan senarai terkini 100 kelab bola sepak paling berjaya dalam tempoh sedekad yang lalu bermula 2011 sehingga 2020.

Sebelum ini International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) telah mengeluarkan senarai 10 kelab Eropah paling berjaya dalam tempoh 10 tahun.

Jangan risau dalam senarai 50 pasukan kelab paling berjaya ini, Liverpool ada dengan berada di kedudukan ke-17 secara keseluruhan dengan mengmpul 1815 mata.

Dalam 100 kelab ini sebanyak 66 kelab Eropah yang berpanji di bawah UEFA, 29 kelab CONMEBOL (Amerika Selatan), 3 kelab CAF (Afrika) dan 2 kelab AFC (Asia).

Barcelona muncul kelab paling cemerlang dan mengekalkan kecemerlangan mereka sebagai kelab paling berjaya untuk tempoh 20 tahun.

Barcelona telah memenangi dalam kedudukan ranking kelab dunia pada dekad pertama (2001-2010) dan mengekalkannya sekali lagi untuk dekad kedua (2011-2020.)

1. Barcelona (2,877 Mata)

Barcelona mula mendominasi bola sepak Eropah dan tempatan pada dekad sebelumnya dan membawa ke dekad kini dengan pelbagai gelaran terutamya di saingan domestik.

Dalam tempoh 2011 sehingga 2020 Barcelona telah 3 kali dipilih sebagai IFFHS annual Club World Rankings bagi tahun 2011, 2012 dan 2015.

Skuad Catalan ini mendapat Badge of honour dan diangkat sebagai kelab Elit Eropah dengan menjuarai dua Champions League (2011, 2015) dalam tempoh 10 tahun terakhir ini.

Walaupun kurang kejuraan di Eropah berbanding Real Madrid, Barcelona cemerlang menjuarai La Liga sebanyak 6 kali (2010–11, 2012–13, 2014–15, 2015–16, 2017–18, 2018–19).

Separuh kejuaraan Copa Del Rey juga berjaya dimiliki Barcelona ( 2011–12, 2014–15, 2015–16, 2016–17, 2017–18) serta dua trofi UEFA Super Cup (2011, 2015).

Sepanjang sedekad ini dunia bola sepak telah disajikan dengan pertembungan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang sentiasa menjadi perdebatan siapakah GOAT yang sebenar.

Kejayaan besar di bumi Sepanyol membolehkan Barcelona berada ditangga pertama dengan 2,877 mata diatas Real Madrid yang cemerlang di Eropah.

2. Real Madrid (2,782 Mata)

Real Madrid yang terkenal dengan barisan pemain bintang atau galacticos merupakan penakluk Eropah mutlak dengan 13 gelaran juara Champions League yang terbanyak dalam sejarah kejohanan.

Los Blancos melebarkan pengusaan di Eropah dengan empat kali mara ke final (2013–14, 2015–16, 2016–17, 2017–18) dalam tempoh 10 tahun ini dan kesemuanya menjadi juara.

Real Madrid bukan pasukan penanda aras walaupun berjaya memenangi empat trofi Liga Juara-Juara Eropah sepanjang 5 tahun yang lalu.

Real Madrid juga telah merangkul gelaran UEFA Super Cup pada tahun 2014, 2016, 2017 dan menjulang trofi La Liga sebanyak tiga kali pada 2011–12, 2016–17, 2019–20.

3. Bayern Munich (2,594 Mata)

Sepertimana PSG dan Juventus, pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich sangat dominan dan hampir tidak dapat dicabar di Bundesliga dan perbezaan Bayern Munich adalah mereka juga cemerlang di Eropah.

Bayern Munich kini telah bergelar juara Bundesliga sebanyak 8 musim berturut-turut dalam tempoh sedekad ini (2012–13, 2013–14, 2014–15, 2015–16, 2016–17, 2017–18, 2018–19, 2019–20).

Foto : Adrian Dennis-AFP

Bayern Munich juga pemenangan DFB Pokal sebanyak 5 kali (2012–13, 2013–14, 2015–16, 2018–19, 2019–20). Senang cerita semua kemenangan di Jerman Bayern Munich pegang.

Dalam sedekad ini, Bayern Munich telah tiga kali ke final Champions League dan muncul juara sebanyak dua kali (2012–13, 2019–20) dan tewas kepada Chelsea (2011–12).

4. PSG (2,357 Mata)

Kelab kota Paris, Perancis, Paris Saint Germain sangat terkenal sejak dua menjak ini selepas membuat perpindahan mega melibat dua pemain super bintang, Neymar dan Kylian Mbappe.

Seperti Juventus, Paris Saint Germain sangat dominan di kancah bola sepak Perancis dan hampir membolot semua kejuaraan tempatan yang telah dianjurkan.

Ligue 1 menjadi milik PSG untuk tujuh musim dalam tempoh 10 tahun ini iaitu pada musim 2012–13, 2013–14, 2014–15, 2015–16, 2017–18, 2018–19, 2019–20.

Begitu juga dengan Coupe De France dengan 5 kejuaraan (2014–15, 2015–16, 2016–17, 2017–18, 2019–20) dan 6 kali bergelar juara Coupe De la Ligue (2013–14, 2014–15, 2015–16, 2016–17, 2017–18, 2019–20).

Musim lalu merupakan musim paling cemerlang PSG yang terlalu tempatan di Eropah apabila mara ke final Champions League namun tewas kepada Bayern Munich.

5. Atletico Madrid (2,302 Mata)

Atletico Madrid merupakan kelab yang terkenal dengan melahirkan pemain penyerang berbisa dan juga penjaga gol yang menjadi rebutan kelab gergasi Eropah yang lain.

Mungkin Atletico Madrid tidak segah dan popular seperti kelab lain, Atletico Madrid berjaya menempatkan diri mereka di tangga kelima dengan mengumpul 2,302 mata.

Atletico Madrid boleh dikatakan sebuah pasukan yang agak konsisten samada di Sepanyol atau Eropah walaupun kurang kejuaraan yang diraih berbanding Real Madrid dan Barcelona.

Atletico Madrid muncul naib juara Champions League sebanyak dua kali dan tewas kepada lawan yang sama iaitu jiran mereka Real Madrid pada musim 2013–14, 2015–16.

Disaingan Europa League, Atletico Madrid telah muncul juara sebanyak dua kali pada musim 2011–12, 2017–18 serta menjuara UEFA Super Cup tahun 2012 dan 2018.

Disaingan domestik Atletico Madrid telah menjuarai La Liga pada musim 2013–14 dan Copa Del Rey pada musim 2012–13.

6. Juventus (2,272 Mata)

Gergasi dari itali Juventus ini telah mendominasi saingan Serie A dengan sembilan kejuaraan 2011–12, 2012–13, 2013–14, 2014–15, 2015–16, 2016–17, 2017–18, 2018–19, 2019–20.

Gelaran juara di Serie A menjadikan Juventus pasukan regular di Champions League dan berjaya mara ke final sebanyak dua kali dalam tempoh 10 tahun ini.

Namun Juventus tewas dalam perlawanan final itu kepada wakil Sepanyol iaitu Barcelona (2014–15) dan Real Madrid (2016–17).

Selain itu Juventus telah memenangi Copa Italia sebanyak 4 kali pada musim 2014–15, 2015–16, 2016–17 dan 2017–18.

7. Chelsea (2,113 Mata)

Chelsea merupakan salah satu pasukan yang menjuarai Premier League dalam tempoh 10 tahun ini yang telah dimenangi oleh 5 pasukan berbeza yang mempamerkan betapa kompetitifnya liga Inggeris ini.

The Blues merupakan juara Premier League bagi musim 2014–15, 2016–17 dan FA Cup bagi musim 2011–12, 2017–18 serta Piala Liga musim 2014–15.

Dikejohanan Eropah boleh tahan cemerlang Chelsea apabila meraih gelaran Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab pada musim 2011–12.

Chelsea juga merupakan juara Europa League 2012–13, 2018–19 dan kejayaan diraih ini meletakkan Chelsea sebagai pasukan Inggeris terhebat dalam dekad ini.

Walaupun berkongsi mata dengan Manchester City, kecemerlangan di saingan Eropah meletakkan Chelsea diatas atas mungkin kerana ejaan Chelsea yang bermula dengan huruf ‘C’.

7. Manchester City (2,113 Mata)

Kuasa baru Premier League sejak sedekad lalu yang sangat cemerlang di saingan domestik namun terus bergelut di kejohanan Eropah sehingga hari ini walaupun sekadar untuk ke final.

Sepanjang dekad ini Manchester City telah muncul juara Premier League sebanyak empat kali pada musim 2013–14, 2017–18, 2018–19 dan muncul naib juara sebanyak tiga kali. Konsisten.

Kali ke-2 berturut-turut buat Guardiola

Dalam tempoh ini juga Machester City muncul juara FA Cup sebanyak dua kali (2010–11, 2018–19) dan Piala Liga sebanyak 5 kali (2013–14, 2015–16, 2017–18, 2018–19, 2019–20).

Walaupun kurang menyerlah disaingan Eropah, City mampu untuk berada di atas Manchester United dan Arsenal serta berkongsi mata dengan Chelsea di tempat kelapan.

9. Manchester United (2,020 Mata)

Manchester United telah mengalami kemerosotan sejak persaraan pengurus lagenda Sir Alex Ferguson dengan pengurus datang silih berganti sejak 8 tahun yang lalu dan kini Ole Gunnar Solskjaer dilihat mempunyai pasukan terbaik.

Sebelum bersara pada 2013, Sir Alex Ferguson telah membawa Manchester United menjulang trofi Premier League pada musim 2010/11 dan kejuaraan terakhir kelab pada 2012/13.

Solskjaer meminta bantuan Ferguson untuk mengembali semangat pemain United yang rabak teruk

Dalam tempoh 10 tahun ini, Manchester United telah menjuarai FA CUP 2015/16 serta Piala Liga dan Europa League pada 2016/17.

10. Arsenal (2,016 Mata)

Mungkin agak menghairankan buat peminat bola sepak Arsenal layak berada dalam senarai ini namun Arsenal agak konsisten di saingan domestik dan Eropah sebelum permergian Arsene Wenger.

Selepas ketiadaan Arsene Wenger dapat mereka gagal untuk bermain di Champions League namun masih mampu untuk meneruskan tradisi memenangi FA Cup dan muncul naib juara Europa League.

Di zaman Atuk Wenger Arsenal secara konsisten bermain di Champions League dan bermakna mereka menamatkan liga di tempat empat teratas. Empat nombor keramat Wenger.

Santai Sahaja Wenger selepas berhenti kerja.

Wenger telah membawa Arsenal menjulang FA Cup pada musim 2013/14, 2014,15 dan 2016/17 sebelum Mikel Arteta meneruskan tradisi ini pada musim 2019/20.

Arsenal merupakan pemenang terbanyak FA Cup dalam sejarah dengan 14 kejuaraan, dalam tempoh sedekad ini 4 gelaran diperoleh dan melayakkan mereka berada di sini.

Kedudukan 11-100

11. Celtic (2,009)

12. Napoli (1,946)

13. Sevilla (1,923)

14. Gremio (1,895)

15. Tottenham Hotspur (1,861)

16. Atletico Nacional (1,853)

17. Liverpool (1,815)

18. Borussia Dortmund (1,814)

19. RB Salzburg (1,806)

20. Benfica (1,762)

21. Porto (1,758)

22. River Plate (1,749)

23. Boca Juniors (1,708)

24. Libertad (1,696)

25. Basel (1,681)

26. Lyon (1,671)

27. Shakhtar Donetsk (1,669)

28. Dinamo Zagreb (1,647)

29. Ajax (1,638)

30. Lazio (1,622)

31. Olympiacos (1,618)

32. Inter Milan (1,593)

39. Atletico Mineiro (1,539)

40. Palmeiras (1,536)

41. Cerro Porteno (1,523)

42. Zenit (1,513)

43. Valencia (1507)

44. Steaua Bucuresti (1,504)

45. Santos (1,501)

46. Junior (1,486)

47. PAOK (1,482)

48. Copenhagen (1,480)

48. Emelec (1,480)

50. APOEL (1,458)

51. Bayer Leverkusen (1457.5)

52. Viktoria Plzen (1450)

53. PSV Eindhoven (1448.5)

54 .FC São Paulo (1443)

55. Athletic Bilbao (1424)

56. Club Brugge (1401.5)

57. Villarreal CF (1393.5)

58. Esperance Sportive Tunis (1380.5)

59. Sporting CP (1371.5)

60. Maccabi Tel Aviv (1338.5)

60. Jeonbuk Motors FC (1338.5)

61. Al-Ahly SC (1329.5)

63. Schalke 04 (1321)

64. Internacional (1313)

65. Fenerbahçe (1310)

66. Olympique Marseille (1302)

67. Cruzeiro (1299)

68. Legia Warszawa (1295)

69. Sporting Braga (1287)

70. Al Hilal FC (1285.5)

71. Genk (1284)

72. Sparta Praha (1271.5)

73. Fiorentina (1258)

74. AZ Alkmaar (1253)

75. Lanús (1250)

76. Ludogorets (1245)

77. Fluminense (1235)

78. Vélez Sarsfield (1231.5)

79. Beşiktaş (1229)

80. RSC Anderlecht (1228)

81. Crvena Zvezda (1215.5)

82. CA San Lorenzo (1212.5)

83. LDU Quito (1204.5)

84. Athletico Paranaense (1202)

85. Standard Liège (1199.5)

86. Deportes Tolima (1196)

87. Olimpia (1181)

88. Maribor (1180.5)

89. Rijeka (1176.5)

90. Independiente (1167)

91. Racing Club (1166)

92. BATE (1164)

93. Apollon Limassol (1161)

94. Etoile du Sahel (1157)

95. FC Rosenborg (1153)

96. Krasnodar (1152)

96. AS Saint-Etienne (1152)

98. Qarabag (1149.5)

99. Barcelona SC (1147)

100. Nacional (1144.5)

BACA:  Tottenham Ketuai Senarai 10 Pasukan Paling Bernilai EPL