Senarai 12 Buah Rumah Paling Mahal Milik Pemain Bolasepak

Rumah merupakan keperluan setiap insan, dalam pengertian yang luas rumah bukan hanya struktur sebuah binaan tetapi rumah merupakan tempat kediaman untuk manusia memenuhi syarat-syarat kehidupan mengikut lapis kehidupan masyarakat bagi meneruskan kelansungan hidup.

Rumah juga boleh dimengerti sebagai tempat perlindungan, tempat menikmati kehidupan, beristirehat dan bersuka ria bersama keluarga.

Penghuni rumah juga memperoleh dan merasai kesan pertama kehidupan di dunia ini bermula dirumah (walaupun korang lahir di hospital).

Dari rumah jugalah bermula kehidupan bermasyarakat dimana di rumahlah berlakunya proses sosialisasi pada saat seorang individu mengenali norma dan adat sebuah kehidupan bermasyarakat.

Kerana penghuni yang merasai ketenangan, kesenangan dan kebahagiaan dirumahlah wujudnya kata-kata keramat berikut “RUMAHKU SYURGAKU” dan bagi mereka tidak merasai nikmat tersebut dan merasa sengsara dirumah itulah dipanggil KERUNTUHAN RUMAH TANGGA.

Cukup sudah kiranya merapu-meraban mengenai rumah. Yang mahu diceritakan disini ialah 12 rumah milik pemain bolasepak yang berharga jutaan ringgit.

12. Andres Iniesta – RM19.23 Juta ($4.6 Juta)

Nama Iniesta gah tertera di hadapan rumah dan nombor jersinya terpahat di pintu hadapan rumah.

Rumah Iniesta dinilai pada harga RM19.23 Juta ($4.6 Juta) mempunyai 5 bilik tidur, kolam renang dan juga terdapat gereja kecil ini siap dibina pada tahun 2005.

andres-iniesta-home

Rumah Iniesta dikhabarkan berhantu dan digosipkan bakal dijual kerana hantu tersebut.

Mungkin yang orang nampak tu Suarez dituduhnya hantu gigi.

Baca : 6 Cara Untuk Menjadi Attacking Midfielder Yang Bagus Seperti Andres Iniesta

11. Mario Balotelli – RM20.9 Juta ($5 Juta)

Rumah ‘Super Mario’ atau ‘Bad Italian Boy’ bernilai hampir RM21 juta.

Balotelli tenang menikmati hidup dengan membeli sebuah Villa yang indah nian di lengkapi dengan padang tertutup, kolam renang serta kemudahan sosial yang lain sesuai dengan gaya hidup beliau.

balotelli-house

Super Mario juga dilaporkan telah membeli sebuah rumah ketika bermain di liga perdana Inggeris yang bernilai RM22.32 juta.

10. Lionel Messi – RM20.9 Juta ($5 Juta)

Messi mempunyai citarasa yang agak power dalam memilih rumah. Agak tajam selera Messi, setajam sentuhan penyudah beliau di padang.

Sesuai dengan status sebagai superstar rumah Messi hanya boleh diakses oleh orang kepercayaan beliau sahaja.

messi-home

Rumah ini dilengkapi Spa, pawagam peribadi dan padang bolasepak tertutup.

Jika dilihat dari atas rumah Messi menyerupai sebuah padang bola dan rumah itu sendiri kelihatan seperti sebiji bola.

lionel-messis-house

Nilai sebenar rumah Messi ini tidak diketahui tetapi menurut seorang ejen hartanah rumah itu dianggarkan bernilai RM20.9 Juta.

9. Gareth Bale – RM27.96 Juta ($6.69 Juta)

Pemain yang baru mengikat kontrak baru bersama Real Madrid ini dan klausa perpindahannya bernilai RM5 Billion mempunyai kediaman yang berharga RM27.96 Juta.

Bale tinggal di kawasan orang-orang kaya Sepanyol.

gareth-bale-house

Ronaldo dan Zidane merupakan jiran yang tinggal di kawasan yang hartanahnya di jual bermula pada harga RM27.96 Juta dan keatas.

8. Frank Lampard – RM29.26 Juta ($7 Juta)

Lagenda Chelsea, Frank Lampark mempunyai sebuah rumah dua tingkat yang bernilai RM29.26 Juta sahaja.

Rumah Frank Lampard dibina di atas tanah yang berkeluasan 1181 meter persegi.

frank-lampards-house

Kediaman mewah ini dilengkapi dengan kompleks sukan, 12 bilik air, 9 bilik tidur, sebuah tambatan, kolam renang, gelanggang tenis tenis dan sebuah rumah yang berasingan untuk tetamu.

7. Cristiano Ronaldo – RM30.09 Juta ($7.2 Juta)

Ronaldo antara atlit yang mempunyai pendapatan tertinggi di dunia mempunyai rumah di Madrid yang bernilai RM30.09 Juta.

Rumah yang berkeluasan 8600 kaki persegi ini mempunyai 7 bilik tidur, 8 bilik air, bilik trofi dan bilik permainan kanan-kanak.

christiano-ronaldo-house

Ronaldo juga mempunyai sebuah rumah yang bernilai RM25.08 Juta di Cheshire, England yang dibeli pada tahun 2006.

Ronaldo kini mempunyai dua buah hotel di Portugal yang serba mewah.

Baca : Lihat Kemewahan Hotel Milik Cristiano Ronaldo

6. John Terry – RM31.35 Juta ($7.5 Juta)

Terry tinggal di rumah yang mempunyai 10 buah bilik, pawagam mini yang boleh memuatkan 34 orang, akuarium bawah tanah dan beberapa lagi kemudahan sosial lain.

john-terry-house

Ejen hartanah menganggarkan rumah Terry bernilai RM31.35 Juta.

5. Didier Drogba – RM60.19 Juta ($14.4 Juta)

Pemain penyerang lagenda Chelsea, Didier Drogba merupakan pemain Afrika yang berbelanja besar untuk rumah yang menjadi tempat beradu.

drogba-house

Rumahnya yang bernilai RM60.19 juta dibina di atas tanah seluas 800 meter persegi. Mahligai dibina mempunyai 7 bilik tidur, 8 bilik air, muzium sukan dan beberapa bilik kecil untuk kanak-kanak.

4. Thierry Henry – RM71.05 Juta ($17 Juta)

Pemain lagenda Arsenal ini memiliki sebuah kediaman yang bernilai RM71.05 Juta di New York, USA.

thierry-henry-house

Rumah yang didirikan di atas sebidang tanah seluas 520 meter persegi itu mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air.

3. Wayne Rooney – RM74.40 Juta ($17.8 Juta)

Rooney mendiami sebuah istana yang indah di Cheshire yang dianggarkan bernilai RM74.4 Juta.

rooney-house

Rumah ini dilengkapi dengan kolam renang gergasi tertutup, muzium, sebuah taman, home theater dan jakuzi.

2. Samuel Eto’o – RM112.85 Juta ($27 Juta)

Pemain terbaik Afrika sepanjang zaman ini membeli sebuah rumah agama sebagai kediaman yang bernilai RM104.49 Juta pada ketika itu.

Rumah ini dibeli dari Lord Carnarvon yang menemui Makam Firaun pada 1922.

samuel-etoo-home

Menurut gosip yang tersebar rumah dibeli Eto’o di hantui oleh Tutankhamen iaitu seorang Firaun Mesir yang mahu mneghuni rumah yang diduduki oleh Lord Carnarvon.

Firaun pun nak duduk kat rumah mewah Eto’o ni. Selera Firaun betei.

1. David Beckham – RM196.44 Juta ($47 Juta)

Tidak mengejutkan Beckham menjuarai carta dengan kehidupan serba mewah dan penuh kemasyhuran.

The Beckingham Palace dibeli selepas Beckham mengahwini Victoria pada tahun 1999.

Istana yang berpaksikan kepada ‘Gregorian-styled’ ini bernilai RM196.44 Juta.

david-beckham-home

Istana mewah Beckham ini mempunyai segalanya apa yang anda impikan.

Sumber : Just Richest

Baca Juga

Baca Juga