Senarai 13 Rekod Yang Sukar Untuk Dipecahkan

Tidak dinafikan semua orang menyukai rekod, baik dari segi menciptanya atau memecahkan rekod sedia ada.

Mencapai sesuatu kejayaan yang tidak pernah orang lain mampu untuk capai adalah sebuah kepuasan yang sukar untuk di gambarkan.

Tidak kira rekod dari segi apa sekali pon pastinya individu yang berjaya memecahkan rekod itu akan berasa kepuasan yang tidak terhingga.

Begitu juga dalam sukan bola sepak. Mereka yang mencipta dan memecahkan rekod sudah pasti akan sentiasa dikenang dan diingati.

Tetapi bukan semua rekod dicipta atau dipecahkan oleh pemain terkenal dan ternama sahaja.

Sudah pasti Lionel Messi dikenali sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia. Pelbagai rekod di pegang oleh pemenang enam kali Ballon d’or itu.

Tetapi harus diingat pemain seperti Asmir Begovic dan Nicklas Bendtner turut memegang rekod yang sukar dipecahkan juga.

Berikut adalah 13 rekod terbaik yang pernah dicatatkan dalam sejarah sukan bola sepak.

1) Jaringan Yang Terhasil Dari Jarak Paling Jauh :

Asmir Begovic berjaya memasuki buku rekod pada tahun 2014 ketika dia menjaringkan gol dari tendangan jarak jauh untuk Stoke City ketika menentang Southampton.

Jaringannya turut dibantu oleh kelajuan angin dan jarak yang berjaya dicatatkan adalah sejauh 91.9m(301ft 6in).

2) Jaringan Jarak Jauh Melalui Tandukan:

Pada tahun 2011, Jone Samuelsen menggegarkan dunia bola sepak apabila berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan dari jarak 58.13m(190ft 8.58in).

Beraksi untuk ODD Grenland, Samuelsen menanduk tepat bola ke arah gawang gol kosong selepas penjaga gol lawan naik ke atas untuk memburu gol penyamaan.

3) Kad Merah Terbanyak Dalam Satu Perlawanan:

Aksi luar biasa berlaku dalam satu perlawanan di liga divisi lima Argentina yang menemukan seteru Claypole dan Victoriano Arenas pada tahun 2011.

Dua pemain awalnya dilayangkan kad merah pada babak pertama perlawanan. Dan setelah masuk babak kedua, berlakunya pergaduhan besar-besaran yang melibatkan para pemain, pengurus dan penyokong.

Pengadil perlawanan ketika itu, Damian Rubino melayangkan 36 kad merah secara keseluruhannya.

4) Pemain Paling Tua Yang Masih Beraksi:

Penjaga gawang Israel, Isaak Hayik menjadi pemain tertua yang masih bermain sehingga 5 April 2019.

Ketika itu beliau bermain sepenuhnya dalam satu perlawanan rasmi untuk Maccabi Ironi Or Yehuda ketika berusia 73 tahun dan 95 hari.

5) Jaringan Terbanyak Dalam Satu Tahun:

Pemain Barcelona, Lionel Messi mengakhiri tahun 2012 dengan 91 jaringan mengatasi rekod sebelumnya 85 gol yang dicipta oleh bintang Jerman, Gerd Muller pada tahun 1972.

Pemenang enam kali Ballon d’or itu menjaringkan 79 gol untuk Barcelona dan 12 gol lagi untuk pasukan kebangsaannya, Argentina dalam setahun.

6) Penentuan Sepakan Penalti Terpanjang:

Rekod penentuan sepakan penalti terpanjang dipegang oleh KK Palace dan Civics ketika kedua-dua pasukan terikat dalam perebutan Piala Namibian pada tahun 2005.

Mereka memerlukan 48 sepakan penalti untuk menghabiskan perlawanan itu. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan 2-2 dan selepas tamat penentuan sepakan penalti menjadi 17-16.

Ada pemain yang terpaksa mengambil tiga kali tendangan dalam penentuan sepakan penalti itu.

7) Gol Terpantas Dalam Saingan Piala Dunia:

Pemain kebangsaan Turki, Hakan Sukur
cuma memerlukan 10.89 saat untuk menjaringkan gol ketika menentang Korea Selatan dalam penentuan tempat ketiga saingan Piala Dunia 2002.

Turki berjaya memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2 dan mengesahkan mereka sebagai pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2002.

8) Jaringan Hat-Trick Terpantas:

Pada tahun 1964, Tommy Ross mencipta rekod yang bertahan sehingga 56 tahun.

Ross pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Peterborough United, Wigan Athletic dan York City. Beliau mencipta Hat-Trick terpantas dalam tempoh 90 saat sahaja.

9) Kad Merah Terpantas:

Bayangkan masuk sebagai pemain gantian selepas tujuh saat terus dibuang padang. Itu lah yang berlaku kepada Serge Djieouha pada tahun 2013.

Sebaik masuk ke padang beliau hanya sedikit mengasari pemain lawan tetapi dihukum dengan layangan kad merah.

Serge Djieouha hanya mampu ketawa dengan kejadian yang berlaku ketika itu.

10) Penjaga Gol Yang Paling Banyak Menjaringkan Gol:

Dari tahun 1997 hingga 2015, penjaga gawang dari Brazil, Rogerio Ceni berjaya menjaringkan 131 gol untuk Sao Paulo.

Selain beraksi cemerlang dalam menjaga gawang, beliau juga pakar dalam set-piece dan telah banyak menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.

11) Penjaga Gol Paling Banyak Melakukan Saves Dalam Saingan Piala Dunia:

Penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard tidak bernasib baik apabila pasukannya tewas dalam kekalahan pusingan ke-16 Piala Dunia 2014.

Beliau mencatatkan rekod 16 saves dalam perlawanan itu tetapi sayangnya mereka tewas 2-1 selepas perlawanan masuk ke masa tambahan.

12) Penjaring Terpantas Sebagai Pemain Gantian Di Premier League:

Jangan terkejut pemegang untuk rekod ini adalah milik the Lord Nicklas Bendtner.

Beliau membantu Arsenal memenangi perlawanan derby London Utara menewaskan Tottenham pada tahun 2007.

Beliau cuma memerlukan 1.8 saat untuk menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari Cesc Fabregas.

13) Jaringan Away Terbesar Dalam Saingan Premier League:

25 Oktober 2019 adalah hari yang suram bagi Southampton. Mereka menjadi mangsa belasahan apabila melayan kunjungan Leicester City.

Leicester berjaya membenam Southampton dengan keputusan 9-0.

Sebenarnya banyak lagi rekod yang pernah dicatatkan oleh para pemain bola sepak profesional yang tidak ada dalam senarai di atas.

Tetapi mereka tetap akan dikenang dan rekod yang berjaya dicipta akan terus diingati selamanya.

BACA:  Lima Jurulatih Dipecat Dek Alasan Yang Unik dan Pelik