Senarai 18 Pemain Bintang Yang Menjadi Ejen Bebas Pada Jendela Perpindahan Akan Datang

Paul Pogba (Midfielder)

Pogba ketika melakukan hantaran gila kepada Greenwood.

Kontrak Paul Pogba di Old Trafford tamat pada musim panas ini, selepas bersetuju menyambung (kerana klausa kontrak) selama setahun menuju musim 2021/22.

Pemain antarabangsa Perancis itu melalui pelbagai pengalaman bersama Manchester United. Berjaya membantu kelab itu memenangi beberapa trofi seperti Piala Liga dan Liga Europa, karier beliau turut dibayangi oleh beberapa siri kecederaan dan prestasi tidak konsisten.

Pada jendela perpindahan akan datang, Pogba dikait rapat untuk kembali menyertai Juventus. Perpindahan itu semakin menjadi kenyataan memandangkan kelab Turin itu kini hanya mampu membawa masuk pemain dengan kos rendah atau secara percuma.

Juan Mata (Midfielder)

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol ini mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United ketika musim berakhir selepas menamatkan sambungan kontrak selama setahun pada 2021.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan apakah langkah seterusnya untuk Mata. Satu perkara yang pasti beliau belum bersedia untuk menggantung kasut but, dan menamatkan karier profesionalnya.

Luis Suarez (Striker)

Sembang

Selepas menyertai Atletico Madrid dari Barcelona pada 2020 dengan kontrak selama dua tahun, Suarez pada mulanya memasang niat untuk terus kekal di Wanda Metropolitan.

Namun situasi terkini bermakna Suarez terpaksa melupakan hajatnya itu dan perlu mencari tempat lain untuk meneruskan kariernya pada musim panas ini.

Pada usia 35 tahun, Suarez dianggap sebagai pemain veteran. Namun demikian, ratio jaringannya sejak beberapa musim lalu bersama Barcelona dan Atletico masih lagi mengkagumkan.

Aston Villa dilaporkan antara kelab berminat untuk mendapatkan Suarez. Namun tidak mustahil juga untuk Suarez ke Amerika Syarikat dan bergandingan kembali bersama Lionel Messi di Inter Miami, iaitu kelab milik David Beckham.

Ousmane Dembele (Winger)

Ousmane Dembele dilabel oleh Joan Laporta sebagai pemain yang lebih baik daripada Kylian Mbappe.

Barcelona bercadang untuk mengekalkan pemain itu di Nou Camp pada musim hadapan. Namun kegagalan mencapai kata sepakat dengan pemain, bermakna gergasi Catalan itu terpaksa melepaskan Dembele secara percuma.

Situasi kewangan di Barcelona juga tidak membantu. Buat masa ini Dembele masih lagi ejen bebas dan masa depan pemain ini juga serba tidak menentu.

Paulo Dybala (Striker)

Paulo Dybala merupakan salah seorang bintang utama Juventus sejak menyertai kelab dari Turin itu pada 2015 daripada Palermo.

Namun selepas kontraknya tamat pada musim ini, bintang Argentina itu bertekad untuk meninggalkan The Old Lady.

Arsenal adalah salah sebuah destinasi pilihan buat Dybala. Pemain itu juga sebelum ini telah memberikan petunjuk bahawa dirinya bersedia untuk beraksi di Premier League.

Isco (Midfielder)

Isco semakin berisi nampaknya.

Isco bertekad untuk meninggalkan Real Madrid selepas gagal bersaing mendapatkan tempat di dalam skuad Los Blancos kendalian Carlo Ancelotti.

Isco nyata bukan calang-calang pemain kerana telah memiliki lima medal kejuaraan Champions League selama bersama Real Madrid.

Buat masa ini Real Madrid tidak menawarkan sebarang kontrak atau membuka pintu perbincangan dengan pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Isco juga tidak akan memiliki sebarang masalah untuk mendapatkan kelab baharu terutamanya tawaran daripada Premier League.

Alexandre Lacazette (Striker)

Dua gol dari Lacazette pada separuh masa kedua

Ia bukan rahsia Arsenal tidak akan melanjutkan kontrak Lacazette di Emirates setelah pemain itu sering kali dipertikaikan oleh pengurus pasukan, Mikel Arteta.

Tatkala Arsenal dilihat mahu mencari perubahan dengan barisan pemain muda dan muka baharu yang mampu mengubah cabaran pasukan, Lacazette dijangka akan berpindah kembali ke Lyon pada musim panas ini.

Divock Origi (Striker)

Origi menjadi hero tidak disangka Liverpool dalam kempen Eropah musim ini

Divock Origi sentiasa akan menjadi legenda Liverpool mengikut terma tersendiri. Pemain ini mungkin tidak menyerlah seperti Mohamed Salah atau Sadio Mane.

Tetapi beliau telah membuktikan kemampuan dan kepentingan dirinya kepada skuad Jurgen Klopp dengan jaringan-jaringan penting.

Milan dipercayai bakal menjadi destinasi seterusnya untuk pemain penyerang ini.

Sudah tentu Origi juga berharap San Siro boleh menjadi rumah baharu yang akan dikenang zaman berzaman sepertimana apa yang beliau lalui di Anfield.

Andreas Christensen (Centre-back)

Kesilapan Christense hadiahkan gol tempat lawan kepada Barcelona

Andreas Christensen sudah pun membantu The Blues muncul juara eropah pada musim lalu. Prestasi cemerlang Christensen diikuti oleh penampilan meyakinkan di Euro 2020 – termasuk jaringan roket dalam kemenangan menentang Rusia.

Tetapi kontrak bek tengah ini di Stamford Bridge kini berada di tahun terakhir. Walaupun Chelsea berulang kali berkata akan menyambung kontrak pemain pertahanan tengah Denmark itu, perkara itu tetap tidak direalisasikan sehingga ke hari ini.

Beliau dijangka menyertai Barcelona pada musim panas ini secara percuma.

Fernandinho (Defensive midfielder)

Fernandinho sah akan meninggalkan Manchester City selepas berhasrat untuk tidak menyambung kontraknya yang akan berakhir pada hujung musim ini.

Menurut pemain antarabangsa Brazil itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor sambil memberi bayangan dirinya mungkin akan pulang ke negara asalnya dan bermain di sana.

Untuk rekod, pemain berusia 36 tahun yang dibeli daripada Shakhtar Donetsk pada 2013, telah melakukan 370 penampilan bersama City dalam semua pertandingan yang disertai mereka.

Sepanjang tempoh tersebut, Fernandinho berjaya membantu City untuk memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan enam trofi liga.

Jesse Lingard (Midfielder)

Selepas 22 tahun, Jesse Lingard akhirnya mengesahkan dirinya akan meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.

Pemain itu sebenarnya ditawarkan kontrak lanjutan pada September lalu. Namun pada ketika itu, Lingard sememangnya sudah nekad dan tahu masa depannya bersama kelab itu sudah lagi tiada.

Beberapa kelab telah dikaitkan untuk mendapatkan tandatangan pemain ini secara percuma. Besar kemungkinan Lingard akan kembali menyertai David Moyes di West Ham di mana prestasinya agak cemerlang ketika dipinjamkan ke kelab London itu sebelum ini.

Angel di Maria (Winger)

Angel di Maria Ozawa

Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi mengesahkan penyerang sensasi kelab berkenaan, Angel Di Maria bakal meninggalkan kelab berkenaan apabila kontraknya tamat musim panas ini.

Menurut Nasser, penyerang Argentina itu bakal menyertai gergasi Serie A, Juventus dan segala urusan mengenai perpindahannya telah pun disempurnakan.

Sergi Roberto (Midfielder)

Masa depan Sergi Roberto di Nou Camp menjadi serba tidak menentu walaupun telah ditawarkan tambahan kontrak selama dua tahun sebelum ini.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak kelab dan dan pemain yang dilahirkan daripada akademi La Masia ini setakat ini.

Franck Kessie (Midfielder)

Frank Kessie secara konsisten telah dikaitkan dengan perpindahan ke England, walaupun Barcelona dikatakan menjadi kelab pilihan untuk mendapatkan pemain tengah Ivory Coast itu.

Kessie menamatkan kariernya bersama Milan dengan penuh bergaya, membantu kelab Rossoneri itu menjuarai Serie A pada perlawanan terakhir musim lalu.

Eddie Nketiah (Striker)

Arsenal menawarkan Eddie Nketiah kontrak selama lima tahun bernilai £100,000 seminggu (RM553,337), menurut laporan.

Nketiah, 22, dilihat akan meninggalkan Emirates selepas minat ditunjukkan Newcastle, Crystal Palace dan West Ham.

Namun Gunners mahu mengekalkan penyerang itu selepas penamat musim yang baik dan kini Nketiah ditawarkan peningkatan gaji lumayan.

Nketiah juga boleh dibayar bonus sehingga £5 juta (RM27.67 juta) selain gaji.

Luka Modric (Midfielder)

Kontrak Modric juga akan tamat pada penghujung Jun akan datang. Ini bermakna perlawanan akhir Champions League menentang jaguh Inggeris, Liverpool akan menjadi perlawanan terakhir Modric bersama skuad Los Blancos.

Modric bagaimanapun berniat untuk terus kekal di Madrid, tetapi dengan tegas berkata beliau tidak akan mencuri sebarang idea daripada Mbappe.

“Saya belum menyambung kontrak bersama Real Madrid, tetapi saya tidak mahu seperti Mbappe,” kata bintang tengah Croatia itu.

“Saya juga berhadap kelab tidak melakukan perkara yang serupa kepada saya!

“Kami mempunyai hubungan yang baik. Saya telah berkata banyak kali akan menamatkan karier di sini.”

Beberapa tahun lalu Modric turut dilaporkan pernah menerima tawaran daripada Inter Milan. Tawaran daripada Inter dari pintu belakang itu tidak disenangi oleh Real Madrid.

Axel Witsel (Midfielder)

Dortmund memperolehi durian runtuh kerana Witsel mempunyai release clause yang agak rendah

Newcastle dikatakan amat berminat untuk mendapatkan Axel Witsel. Juventus juga sedang mengikuti rapat perkembangan pemain ini.

Terdapat juga perbincangan untuk kemungkinan pemain ini bakal berhijrah ke Amerika Syarikat untuk beraksi di MLS.

Federico Bernardeschi (Winger)

Terdapat perkhabaran mengatakan Federico Bernardeschi akan memberikan komitmen untuk kekal bersama Juventus.

Namun beliau turut dikatakan mahu mengikut jejak langkah Paulo Dybala dan Giorgio Chiellini yang akan meninggalkan kelab Turin itu.

Baca Juga

Baca Juga