Senarai 20 Atlet Lelaki Yang Memperoleh Pendapatan Tertinggi Di Dunia

Senarai 20 atlet lelaki dengan pendapatan paling tinggi tahun ini telah didedahkan oleh Forbes.

Roger Federer kali ini berjaya untuk mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan menjadi atlet lelaki yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia pada tahun ini.

Tahun lalu, atlet lelaki yang memiliki pendapatan tertinggi di dunia menjadi milik Lionel Messi. Pada tahun ini ianya telah berpindah milik menjadikan legenda tenis dari Switzerland itu sebagai pendahulu senarai.

Selain Federer, Cristiano Ronaldo juga berjaya naik satu anak tangga lalu mengatasi Messi sebagai atlet lelaki kedua yang mempunyai pendapatan tertinggi di dunia.

Beberapa tahun lalu sukan NBA dan golf merupakan penguasa dalam senarai pendapatan namun kali ini sukan bola sepak lebih dominan dalam kedudukan lima teratas.

Tiga dari lima senarai teratas pada tahun ini menjadi milik pemain bola sepak dengan nama seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang memiliki kuasa publisiti paling tinggi dalam kalangan semua atlet di dunia masa kini.

Sementara Lionel Messi pula memiliki gaji yang tertinggi di Eropah pada ketika ini dan dalam senarai pendapatan secara keseluruhan beliau berada di kedudukan ketiga dalam senarai dibelakang Cristiano Ronaldo.

Lionel Messi sekarang dalam perundingan untuk menandatangani kontrak baru dan dijangka beliau akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada apa yang beliau terima ketika ini.

Selepas menerima pendapatan yang lumayan bersama Paris Saint Germain, Neymar berjaya masuk ke senarai besar dan menduduki kedudukan keempat secara keseluruhan.

Namun sehingga kini beliau masih belum menandatangani perjanjian baru bersama Paris Saint Germain.

Bagi sukan MMA pula, Conor McGregor masih lagi menjadi petarung yang menerima pendapatan paling lumayan.

King James pula masih lagi menjadi atlet bola keranjang yang menerima pendapatan paling tinggi di dunia.

Tiger Woods pula menjadi atlet dari sukan golf yang menerima pendapatan tertinggi di dunia dan berada di kedudukan kelapan dalam senarai besar ini.

Tyson Fury dan Lewis Hamilton pula masing-masing menjadi atlet yang menerima pendapatan tertinggi dalam dunia permotoran dan tinju.

Berikut merupakan senarai 20 atlet lelaki yang menerima pendapatan tertinggi di dunia hasil kajian yang dilakukan oleh Forbes.

20 atlet lelaki yang menerima pendapatan tertinggi di dunia tahun 2020:

20. Deontay Wilder (Tinju) – $ 46.5 juta

19. Anthony Joshua (Tinju) – $ 47 juta

18. Giannis Antetokounmpo (Bola Keranjang) – $ 47.6 juta

17. James Harden (Bola Keranjang) – $ 47.8 juta

16. Conor McGregor (MMA) – $ 48 juta

15. Jared Goff (bola sepak Amerika) – $ 49 juta

14. Rory McIlroy (Golf) – $ 52 juta

13. Lewis Hamilton (Permtoran) – $ 54 juta

11. Russell Westbrook (Bola Keranjang) – $ 57 juta

11. Tyson Fury (Tinju) – $ 57 juta

10. Carson Wentz (bola sepak Amerika) – $ 59.1 juta

9. Kirk Cousins (bola sepak Amerika) – $ 60.5 juta

8. Tiger Woods (Golf) – $ 62.3 juta

7. Kevin Durant (Bola Keranjang) – $ 63.9 juta

6. Stephen Curry (Bola Keranjang) – $ 74.4 juta

5. LeBron James (Bola Keranjang) – $ 88.2 juta

4. Neymar (Bola Sepak) – $ 95.5 juta

3. Lionel Messi (Bola Sepak) – $ 104 juta

2. Cristiano Ronaldo (Bola Sepak) – $ 105 juta

1. Roger Federer (Tenis) – $ 106.3 juta

BACA:Β  Pasukan Terbaik Tahunan EPL Pilihan EA Sports