Senarai 20 Pemain Yang Dibayar Melebihi Harga Pasaran

Jendela perpindahan telah pun tamat. Perpindahan kali ini merupakan jendela perpindahan yang paling menguntungkan jika dilihat dari perspektif kelab yang menjual. Teredapat beberapa pemain yang telah dijual pada harga yang lebih tinggi sehingga melebihi harga pasaran ekoran berberapa faktor.

Mengikut perkiraan yang berdasarkan Algoritma yang dibuat oleh CIES Football Observatory yuran perpindah yang oleh Juventus adalah €23.8 juta lebih tinggi dari harga pasaran yang telah dibuat. Juventus telah membayar €90 juta untuk mendapatkan Higuan tetapi harga anggaran sebenar Higuan adalah sekitar €66.2 juta sahaja.

Dalam kes Higuan ini adalah munasabah Juventus terpaksa membayar lebih kepada Napoli kerana terdapat Klausa (€90 million buy-out clause) dalam kontrak menyatakan mana-mana kelab perlu membayar €90 juta untuk mendapatkan beliau.

Manchester United dan Chelsea Juara Dalam Membayar Melebihi Harga Pasaran

Perjanjian baru hak penyiaran Liga Perdana Inggeris bernilai £5 billion menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris berbelanja tanpa banyak soal dalam pasaran perpindahan berbanding pasukan di liga negara Eropah yang lain. Sebanyak RM6.33 Billion Dibelanjakan Kelab Liga Perdana Inggeris untuk jendela perpindahan musim panas ini.

Maka tidak hairanlah 12 daripada 20 pemain yang dibayar melebihi harga pasaran sebenar adalah pemain yang dibeli oleh kelab dari Liga Perdana Inggeris. Manchester United dan Chelsea adalah juaranya.

Baca : Senarai Perpindahan Pemain Liga Perdana Inggeris Musim 2016/2017

Berdasarkan laporan CIES Eric Bailly, David Luiz, Marcos Alonso, Paul Pogba dan Michy Batshuayi merupakan pemain yang dibayar melebihi harga pasaran oleh Manchester United dan Chelsea.

Tidak pelik melihat kedua-dua pasukan ini membayar lebih kerana Chelsea mempunyai pemilik yang kaya-raya dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Manchester United juga dikenali juga sebagai Setan Merah, maka pembaziran merupakan sifat hakiki yang perlu ada pada seekor Setan.

Senarai 20 Pemain Yang Dibayar Melebihi Harga Pasaran

Senarai 20 Pemain Yang Dibayar Melebihi Harga Pasaran
Gambar – CIES Football Observatory

Baca Juga

Baca Juga