Senarai 23 Calon FIFA FIFPRO World XI Dihentam Teruk Oleh Peminat

23 calon akhir untuk senarai 2021 Men’s FIFA FIFPRO World XI telah diumumkan dengan ramai peminat yang tidak berpuas hati melihat nama-nama calon yang diumumkan.

Boleh dikatakan hampir setiap posisi ada pemain yang tak layak dicalonkan tetapi dipilih, dan pemain yang sepatutnya ada dalam senarai ini tidak disenaraikan.

FIFA dan FIFPro merupakan kesatuan yang mewakili lebih dari 65,000 pemain bola sepak profesional, telah meminta para pemain untuk mencalonkan tiga dari rakan sepasukan mereka, yang dirasakan antara pemain terhebat sepanjang musim 2020/21.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo jelas sekali tidak mengejutkan berada dalam senarai 23 calon akhir ini, namun bintang sensasi Liverpool, Mo Salah tidak ada dalam senarai ini.

Pemain kebangsaan Mesir itu menjaringkan 31 gol dari 51 penampilan sepanjang musim lalu, namun beliau tidak dianggap sebagai pemain cemerlang untuk berada dalam senarai ini.

Ronaldo, Messi, Karim Benzema, Erling Haaland, Romelu Lukaku, Kylian Mbappe dan Neymar merupakan pemain penyerang yang ada dalam senarai 23 calon akhir ini.

Terdapat juga pertikaian tentang pemilihan pemain di posisi midfield dengan ada antara pemain yang tercalon di rasakan langsung tidak layak untuk berada dalam senarai ini.

Duo Barcelona, Sergio Busquets dan Frenkie De Jong kedua-duanya tersenarai dalam senarai ini, walaupun gergasi Catalan itu melalui musim yang sukar pada musim lalu.

Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dan bintang Manchester United, Bruno Fernandes turut tercalon sebagai calon akhir, begitu juga dengan N’Golo Kante dan Jorginho.

Antara nama paling pelik dan tak sepatutnya ada dalam senarai ini adalah pemain veteran Brazil, Dani Alves yang entah apa yang hebatnya beliau pada musim lalu, hingga namanya turut ada dalam senarai calon akhir.

Alves pada musim lalu beraksi bersama Sao Paulo sebelum kembali menyertai Barcelona pada musim ini, dengan beliau dilaporkan hanya menerima gaji pokok bernilai €1 sahaja sebulan.

Pemain full-back Liverpool, Trent Alexander Arnold dan pemain centre-back Manchester City, Ruben Dias turut berada dalam senarai ini bersama Jordi Alba (Barcelona), David Alaba (Bayern Munich dan Real Madrid) dan Leonardo Bonucci (Juventus).

Sementara itu untuk kategori penjaga gol pula, tidak ada tempat untuk pemain seperti Manuel Neuer, Thibaut Courtois atau Jan Oblak.

Sebaliknya, penjaga gol utama Liverpool, Alisson Becker dan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy yang dipilih bersama-sama penjaga gol Paris Saint Germain, Gianluigi Donnarumma.

Seorang penjaga gol, tiga pertahanan, tiga midfield dan tiga pemain penyerang yang menerima undian terbanyak akan terpilih sebagai kesebelasan terhebat dunia tahun ini.

Sementara satu lagi tempat akan diisi oleh mana-mana pemain lain yang mendapat undian tertinggi.

Keputusan penuh kesebelasan terhebat dunia akan diumumkan pada 17 Januari nanti di majlis penyampaian anugerah FIFA Best.

23 Calon FIFA FIFPro World XI

Penjaga Gol

Alisson Becker (Liverpool & Brazil), Gianluigi Donnarumma (AC Milan/Paris Saint-Germain & Italy), Edouard Mendy (Chelsea & Senegal)

Pertahanan

David Alaba (Bayern Munich/Real Madrid & Austria), Jordi Alba (Barcelona & Spain), Dani Alves (Sao Paulo/Barcelona & Brazil), Trent Alexander-Arnold (Liverpool & England), Leonardo Bonucci (Juventus & Italy), Ruben Dias (Manchester City & Portugal)

Midfielders

Sergio Busquets (Barcelona & Spain), Kevin De Bruyne (Manchester City & Belgium), Frenkie de Jong (Barcelona & Netherlands), Bruno Fernandes (Manchester United & Portugal), Jorginho (Chelsea & Italy), N’Golo Kante (Chelsea & France)

Penyerang

Karim Benzema (Real Madrid & France), Erling Haaland (Borussia Dortmund & Norway), Robert Lewandowski (Bayern Munich & Poland), Romelu Lukaku (Inter Milan/Chelsea & Belgium), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain & France), Lionel Messi (Barcelona/Paris Saint-Germain & Argentina) Neymar (Paris Saint-Germain & Brazil), Cristiano Ronaldo (Juventus/Manchester United & Portugal)

Ramai peminat yang merasakan senarai ini tidak adil kerana ramai lagi pemain hebat dan berbakat tidak disenaraikan tetapi pemain yang tak layak, ada disenaraikan dalam senarai ini.

Adakah anda bersetuju dengan senarai calon-calon yang ada dalam senarai ini?

Sumber: SPORTbible

BACA:  FIFA Label Gol Tak Jejak Tanah Safawi Rasid Antara Pesaing Puskas