Senarai 23 Pemain Harimau Malaya Yang Menggalas Tugas Di Piala Suzuki AFF 2018

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengeluarkan senarai 23 orang pemain skuad Harimau Malaysia yang akan menggalas tugas dan tanggungjawab di kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018.

Seramai 3 orang pemain digugurkan dari senarai awal 26 pemain yang dipanggil sebelum ini untuk latihan pusat sebagai persediaan Piala Suzuki AFF 2018 pada 24 Oktober lalu. Pemain yang keguguran.

1. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT) – Pemain Pertahana
2. Nor Azam Abdul Azih (Pahang) – Pemain Tengah
3. Azzizan Nordin (Sabah) – Pemain Tengah

Tergugurnya Nor Azam Abdul Azih yang merupakan pemain tengah pasukan Pahang nyata menimbulkan tanda tanya dan tidak puas hati segelintir penyokong seperti patahnya sayap malam.

Senarai 23 Pemain Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2018

Manakala lapan pemain yang bermain pada Piala AFF edisi 2016 masih kekal bersama skuad untuk edisi 2018.

1. Ahmad Hazwan Bakri
2. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy
3. Shahrul Saad
4. Nazirul Naim Che Hashim
5. Syazwan Zainon
6. Zaquan Adha Abd Radzak
7. Norshahrul Idlan Talaha
8. Khairul Fahmi Che Mat

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

https://twitter.com/mysoccerleague/status/1038434394577367042

Malaysia bakal membuka kempen bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 8 November sebelum menanti kunjungan Laos di Bukit Jalil pada 12 November.

Selepas itu, Malaysia akan terbang ke Hanoi untuk bertemu Vietnam pada 16 November dan mengakhiri aksi Kumpulan A menentang Myanmar di Bukit Jalil pada 24 November.

Jika Malaysia berjaya menduduki dua tempat teratas, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember bagi aksi pertama dan pada 5 dan 6 Disember bagi aksi kedua.

Final secara timbal balik dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018.

Sumber : FAM

Baca Juga

Baca Juga