Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mengumumkan senarai 24 pemain yang akan ke latihan pusat skuad Harimau Malaya di Johor Bharu yang akan bermula pada Sabtu ini, 30 September 2017 sehingga 11 Oktober 2017.
Latihan pusat ini diadakan sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bagi Kumpulan B. Malaysia bakal bertemu :
1. Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung – 5 Oktober 2017.
2. Hong Kong di Stadium Hong Kong – 10 Oktober 2017.
Enam daripada 23 pemain ketika skuad kebangsaan seri 1-1 dengan Hong Kong telah digugurkan dan 7 pemain baru disenaraikan termasuk 6 pemain dari skuad B-22 kendalian Ong Kim Swee.
Berikut merupakan senarai penuh pemain yang dipanggil ke Latihan Pusat Harimau Malaya :
Senarai Pemain Digugurkan
Berikut merupakan senarai 6 pemain yang digugurkan. Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan Abd Radzak digugurkan kerana mengalami penggantungan kerana menerima kad merah ketika menentang Hong Kong.
1. Rizal Ghazali (Kedah) – Digantung
2. Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) – Digantung
3. Farhan Abu Bakar (Kedah)
4. Ahmad Syamim Yahya (Pahang)
5. Nasir Basharudin (Perak)
6. Nazrin Nawi (Perak)
Senarai Pemain Baharu
Berikut merupakan 7 pemain baru disenaraikan termasuk 6 pemain dari skuad B-22 kendalian Ong Kim Swee.
1. Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
2. Safawi Rasid (JDT)
3. Matthew Davies (Pahang)
4. Nor Azam Abdul Azih (Pahang)
5. Adam Nor Azlin (Selangor)
6. Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang)
7. Nazmi Faiz Mansor (JDT)
Sumber : FAM