Fédération Internationale de Football Association atau Federasi Sepak bola Internasional juga dikenal sebagai FIFA telah mengeluarkan senarai 24 pemain untuk anugerah Best FIFA Men’s Player yang bakal dimenangi Cristiano Ronaldo.
Walaupun Ronaldo dijangka menang tetapi senarai ini tetap dikeluarkan supaya FIFA tidak dianggap berlaku biadap terhadap usaha dan titik peluh pemain lain.
Here are the 2⃣4⃣ candidates for #TheBest FIFA Men's Player 2017 ? pic.twitter.com/cJIfVGocCw
— FIFA.com (@FIFAcom) August 17, 2017
Senarai pendek pemilihan pemain dibuat oleh bekas pemain handalan dunia termasuklah Diego Maradona, Jay Jay Okocha, Carles Puyol dan Edwin van der Sar.
Premier League
Bagi pemain dari Liga Perdana, Harry Kane mengepalai senarai selaku penjaring terbanyak dengan 29 gol untuk Tottenham Hotspurs musim lalu.
Juara musim lalu, Chelsea mempunyai dua orang pemain termasuk dalam senarai iaitu N’Golo Kante dan Eden Hazard.
Arsenal yang lemah dan lembik serta bakal juara Europa musim ini mempunyai seorang wakil yang penuh dedikasi dan komitmen di padang walaupun dibelenggu isu kontrak, Alexis Sanchez.
Zlatan Ibrahimovic dari pasukan Juara Europa yang menduduki tangga keenam liga termasuka dalam senarai dengan reputasinya membantu United menjulang Piala Mickey Mousea dan Europa.
La Liga
Tujuh orang pemain Real Madrid yang merupakan Juara Eropah tersenarai. Dani Carvajal, Sergio Ramos, Marcelo, Toni Kroos, Luka Modric, Keylor Navas dan sudah tentu Cristiano Ronaldo ada.
Hanya 3 pemain dari Barcelona yang tersenarai, Lionel Messi, Andres Iniesta, Luis Suarez. Messi tidak layak berada dalam senarai kerana beliau seorang Alien tetapi atas dasar kemanusian Messi disenaraikan.
Neymar tersenarai sebagai pemain PSG.
Pemain yang memilih untuk setia dari kegemilangan, Antoine Griezmann satu-satunya pemain Atletico Madrid yang tersenarai.
Senarai Penuh 24 Pemain Mengikut Kelab
Berikut merupakan senarai penuh 24 pemain untuk Best FIFA Men’s Player yang bakal dimenangi Cristiano Ronaldo.
7 – Real Madrid: Dani Carvajal, Sergio Ramos, Marcelo, Toni Kroos, Luka Modric, Keylor Navas, Cristiano Ronaldo.
3 – Barcelona: Lionel Messi, Andres Iniesta, Luis Suarez
3 – Bayern Munich: Arturo Vidal, Robert Lewandowski, Manuel Neuer
2 – Chelsea: Eden Hazard, N’Golo Kante
2 – Juventus: Gianluigi Buffon, Paulo Dybala
1 – AC Milan: Leonardo Bonucci
1 – Arsenal: Alexis Sanchez
1 – Atletico Madrid: Antoine Griezmann
1 – Borussia Dortmund: Pierre-Emerick Aubameyang
1 – Manchester United: Zlatan Ibrahimovic
1 – PSG: Neymar
1 – Tottenham: Harry Kane
1 – Harimau Malaya: Safawi Rashid