Senarai 25 Pemain EPL Yang Mengalami Penurunan Harga Dalam Pasaran

Saingan premier league musim 2019/20 masih dalam penggantungan dan tidak pasti bagaimana kesudahannya nanti.

Pelbagai kesimpulan dan andaian dibuat, akan tetapi keputusan rasmi masih belum diumumkan oleh pihak yang sepatutnya.

Ada baik dan buruknya juga penggantungan liga ini dilaksanakan, apa yang baik sudah pasti berkait isu kesihatan dan yang buruknya melibatkan kewangan kelab.

Kebanyakan pasukan dalam saingan premier league begitu terkesan dengan impak yang berlaku sebalik penggantungan liga musim ini.

Ada pasukan yang sampai terpaksa mengharapkan skim bantuan kerajaan untuk membayar gaji pekerja mereka, dan ada juga yang sampai mahu memotong gaji para pemain dan staff mereka.

Semua ini terjadi gara-gara impak yang berlaku ekorang dari penularan virus Covid-19.

Namun sebenarnya saingan musim ini sudah hampir di penghujungnya, para pemain sudah mengharungi lebih dari separuh perjalanan liga.

Ada pemain menunjukkan peningkatan dalam aksi mereka dan ada juga yang persembahan mereka merosot sepanjang musim ini.

Sebelum ini pernah didedahkan nilai pemain yang naik mendadak sepanjang musim ini dan senarai pemain yang nilai mereka turun kerana mempamerkan aksi tidak cemerlang sepanjang saingan lima musim ini.

Menggunakan data dari Transfermarkt, di bawah merupakan senarai 25 pemain top flight premier league yang mengalami penurunan dari segi nilai mereka.

Senarai 25 pemain top flight jatuh harga:

25: Juan Mata | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £18 juta

-Nilai pasaran terkini £10.8 juta( susut £7.2 juta)

24: Luke Shaw | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £27 juta

-Nilai pasaran terkini £19.8 juta(susut £7.2 juta)

23: Fred | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £27 juta

-Nilai pasaran terkini £19.8 juta(susut £7.2 juta)

22: Michy Batshuayi | Chelsea

-Nilai pasaran semasa liga bermula £27 juta

-Nilai pasaran terkini £19.8 juta(susut £7.2 juta)

21: Ryan Fraser | Bournemouth

-Nilai pasaran semasa liga bermula £27 juta

-Nilai pasaran terkini £19.8 juta(susut £7.2 juta)

20: Shkodran Mustafi | Arsenal

-Nilai pasaran semasa liga bermula £22.5 juta

-Nilai pasaran terkini £13.5 juta(susut £9 juta)

19: Jan Vertonghen | Tottenham

-Nilai pasaran semasa liga bermula £25.2 juta

-Nilai pasaran terkini £16.2 juta(susut £9 juta)

18: Nemanja Matic | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £27 juta

-Nilai pasaran terkini £18 juta( susut £9 juta)

17: Joelinton | Newcastle

-Nilai pasaran semasa liga bermula £31.5 juta

-Nilai pasaran terkini £22.5 juta(susut £9 juta)

16: Toby Alderweireld | Tottenham

-Nilai pasaran semasa liga bermula £36 juta

-Nilai pasaran terkini £27 juta(susut £9 juta)

15: Lucas Torreira | Arsenal

-Nilai pasaran semasa liga bermula £49.5 juta

-Nilai pasaran terkini £40.5 juta(susut £9 juta)

14: Joao Cancelo | Manchester City

-Nilai pasaran semasa liga bermula £49.5 juta

-Nilai pasaran terkini £40.5 juta(susut £9 juta)

13: Alexandre Lacazette | Arsenal

-Nilai pasaran semasa liga bermula £63 juta

-Nilai pasaran terkini £54 juta(susut £9 juta)

12: Dele Alli | Tottenham

-Nilai pasaran semasa liga bermula £81 juta

-Nilai pasaran terkini £72 juta(susut £9 juta)

11: Phil Jones | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £18 juta

-Nilai pasaran terkini £8.1 juta(susut £9.9 juta)

10: Willian | Chelsea

-Nilai pasaran semasa liga bermula £36 juta

-Nilai pasaran terkini £25.2 juta(susut £10.8 juta)

9: Moise Kean | Everton

-Nilai pasaran semasa liga bermula £36 juta

-Nilai pasaran terkini £25.2 juta(susut £10.8 juta)

8: Eric Dier | Tottenham

-Nilai pasaran semasa liga bermula £36 juta

-Nilai pasaran terkini £22.5 juta(susut £13.5 juta)

7: Marcos Alonso | Chelsea

-Nilai pasaran semasa liga bermula £36 juta

-Nilai pasaran terkini £22.5 juta(susut £13.5 juta)

6: Granit Xhaka | Arsenal

-Nilai pasaran semasa liga bermula £40.5 juta

-Nilai pasaran terkini £27 juta(susut £13.5 juta)

5: John Stones | Manchester City

-Nilai pasaran semasa liga bermula £54 juta

-Nilai pasaran terkini £40.5 juta(susut £13.5 juta)

4: David de Gea | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £58.5 juta

-Nilai pasaran terkini £45 juta(susut £13.5 juta)

3: Jesse Lingard | Manchester United

-Nilai pasaran semasa liga bermula £36 juta

-Nilai pasaran terkini £19.8 juta(susut £16.2 juta)

2: Naby Keita | Liverpool

-Nilai pasaran semasa liga bermula £54 juta

-Nilai pasaran terkini £37.8 juta(susut £16.2 juta)

1: Kepa Arrizabalaga | Chelsea

-Nilai pasaran semasa liga bermula £54 juta

-Nilai pasaran terkini £36 juta(susut £18 juta)

Penjaga gawang Chelsea, Kepa mengalami penurunan nilai tertinggi dari 25 pemain yang berada dalam senarai ini.

Tetapi itu tidak mengejutkan memandangkan aksi tidak menentu yang beliau persembahkan dan sering diketepikan oleh Lampard.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, dari 25 pemain yang berada dalam senarai, tujuh darinya adalah pemain Manchester United.

Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer menunjukkan peningkatan mendadak dalam aksi mereka sejak ketibaan Bruno Fernandes.

Mereka tidak pernah tewas dalam sebarang perlawanan di semua pertandingan sejak ketibaan pemain kebangsaan Portugal itu.

Mungkin jika mereka mengekalkan aksi mantap seperti ini hingga musim hadapan, nilai para pemain setan merah mungkin tidak akan mengalami penurunan nilai seperti ini.

BACA:  United Sepatutnya Menandatangani Empat Pemain Ini Berbanding De Beek