Senarai 29 Pemain Harimau Malaya Ke Latihan Pusat

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan 29 pemain yang bakal mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 18 Mac 2018 bersamaan hari Ahad.

Kem latihan pusat ini diadakan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘AAA’ bertemu Mongolia dan Lebanon.

1. 22 Mac 2018, Malaysia vs Mongolia – Persahabatan antarabangsa ‘AAA’ (Stadium Nasional Bukit Jalil)
2. 27 Mac 2018, Malaysia vs Lebanon – Kelayakan Piala Asia 2019 (Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut)

Ini merupakan panggilan sulung pemain ke kem latihan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe sejak dilantik sebagai Ketua Jurulatih pada bulan Disember tahun lalu menggantikan SuperCoach Nelo Vingada.

Seperti biasa apabila senarai pemain yang dipanggil ke latihan pusat maka akan ada rungutan, suara ketidakpuasan hati yang mempunyai asas dan sudah tentu ada yang menyokong penuh tanpa soal.

Seramai 15 muka baru dipanggil dan hanya 14 pemain dari skuad 23 pemain bagi perlawanan terakhir Malaysia ketika menentang Korea Utara dikekalkan. Ini bermakna 9 pemain digugurkan iaitu :

1. Izham Tarmizi Roslan
2. Khairulazhan Khalid
3. Shahrom Kalam
4. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
5. Nazirul Naim Che Hashim
6. Amirul Azhan Aznan
7. Ahmad Khairil Anuar Zamri
8. Hadin Azman
9. Syamer Kutty Abba.

Pemain berdarah kacukan Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong telah dipanggil bersama Ariff Farhan dan Ketua Pasukan Sabah, Rawilson Batuil. 5 pemain yang pernah mewakili Harimau Malaya sebelum ini dipanggil kembali, iaitu penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Kedah, Akram Mahinan, pemain PKNS FC, Mahalli Jasuli, pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad serta penyerang JDT, Darren Lok.

Seramai 9 skuad B-23 kebangsaan mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu turut dipanggil iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten, Adam Nor Azlin.

Baca Juga

Baca Juga