Senarai 30 Calon Ballon d’Or 2016

Senarai calon 30 orang pemain yang disenarai pendek telah di keluarkan di mana pemenang tahun lepas Messi dan calon yang disebut-sebut sebagai pemenang tahun ini Cristiano Ronaldo sudah pasti ada dalam senarai ini.

Mahrez dan Vardy juga telah tersenarai pada tahun ini selepas membantu Leicester City merangkul Kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pada 2007 Kaka merupakan pemain terakhir yang memenangi anugerah ini yang bukan pemain dari pasukan Barcelona atau Real Madrid.

Selepas anugerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA digabungkan pada 2010 untuk menjadi FIFA Ballon d’Or, kerjasama ini akan berakhir tahun ini yang membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.

Perubahan Ballon d’Or Selepas Bercerai Dengan FIFA

1. France Football telah mengembalikan kuasa memilih pemenang kepada wartawan yang berjumlah 193 orang yang merupakan ahli gabungan negara yang bernaung di bawah FIFA. Maka berakhirlah undian memilih pemenang dari kalangan ketua pasukan dan jurulatih/pengurus pasukan kebangsaan yang sebelum ini merangkumi dua per tiga dari jumlah undian.

2. Tiada lagi nama 3 calon terbaik akan diumumkan sebulan sebelum malam anugerah dan nama pemenang daripada 30 calon akan diumumkan melalui France Football pada 13 Disember setiap tahun. Sejak 2010 pemenang akan diumum pada awal awal Januari.

Kriteria Pemilihan

Calon yang dipilih adalah berdasarkan kepada 3 kriteria

1. Prestasi pemain secara individu yang ditunjukkan sepanjang tahun.
2. Tahap atau kelas seorang pemain contoh seperti dan Fair Play.
3. Karier Pemain.
4. Pandai membaca jawi.

Sebab penulis malas dan mengantuk korang boleh baca sendiri kat France Football.

Senarai Akhir 30 Orang Calon Pemain Untuk Ballob d’Or 2016

senarai-30-calon-ballon-dor-2016
Gambar : France Football.
  1. Sergio Aguero (Manchester City dan Argentina)
  2. Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund dan Gabon)
  3. Gareth Bale (Real Madrid dan Wales)
  4. Gianluigi Buffon (Juventus dan Itali)
  5. Cristiano Ronaldo (Real Madrid dan Portugal)
  6. Kevin De Bruyne (Manchester City dan Belgium)
  7. Paulo Dybala (Juventus dan Argentina)
  8. Diego Godin (Atletico Madrid dan Uruguay)
  9. Antoine Griezmann (Atletico Madrid dan Perancis)
  10. Gonzalo Higuain (Juventus dan Argentina)
  11. Zlatan Ibrahimovic (Manchester United dan Sweden)
  12. Andres Iniesta (Barcelona dan Sepanyol)
  13. Koke (Atletico Madrid dan Sepanyol)
  14. Toni Kroos (Real Madrid dan Jerman)
  15. Robert Lewandowski (Bayern Munich dan Poland)
  16. Hugo Lloris (Tottenham dan Perancis)
  17. Riyad Mahrez (Leicester City dan Algeria)
  18. Luka Modric (Real Madrid dan Croatia)
  19. Lionel Messi (Barcelona dan Argentina)
  20. Thomas Muller (Bayern Munich dan Jerman)
  21. Neymar (Barcelona dan Brazil)
  22. Manuel Neuer (Bayern Munich dan Jerman)
  23. Dimitri Payet (West Ham dan Perancis)
  24. Pepe (Real Madrid dan Portugal)
  25. Paul Pogba (Manchester United dan Perancis)
  26. Rui Patricio (Sporting CP dan Portugal)
  27. Sergio Ramos (Real Madrid dan Sepanyol)
  28. Luis Suarez (Barcelona dan Uruguay)
  29. Jamie Vardy (Leicester City dan England)
  30. Arturo Vidal (Bayern Munich dan Chile)

Baca Juga

Baca Juga