Senarai 30 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Kejuaraan B-23 AFC 2018

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 30 pemain yang telah dipilih oleh jurulatih Skuad Malaysia bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee ke Kem Latihan Pusat bermula 27 November 2017.

Kem Latihan Pusat yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya ini sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

Selepas tiga minggu latihan tempatan di Wisma FAM, skuad B-23 kebangsaan akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember dan kemudian terbang terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018.

Sebanyak 17 pemain daripada 20 pemain skuad Sukan Sea 207 yag berjaya memenangi pingat perak dikekalkan. Dan 3 pemain digugurkan :

1. Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah)
2. Ariff Farhan Md Isa (Kedah)
3. S Kumaahran (Pulau Pinang)

Empat pemain yang berada dalam skuad 23 pemain ketika pusingan kelayakan di Bangkok, Thailand pada Julai lalu tetapi digugurkan dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah disenaraikan semula :

1. Amierul Hakimi Awang (Terengganu)
2. Danial Ashraf Abdullah (Kelantan)
3. Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers)
4. Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini tetapi tiada dalam skuad ketika pusingan kelayakan di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 :

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan)
2. Dominic Tan (JDT)
3. Tommy Mawat Bada (PJ Rangers)
4. Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak)

Kim Swee juga menyenaraikan lima pemain muda berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun terdiri daripada empat pemain dari skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak :

1. Shivan Pillay Asokan, 17 tahun (PKNS FC)
2. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17 tahun (JDT II)
3. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18 tahun (Kelantan)
4. K Thivandaran, 18 tahun (Pulau Pinang)
5. Kogileswaran Raj, 19 tahun (Pahang)

Senarai Penuh 30 Pemain

Berikut merupakan senarai penuh 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat.

Baca Juga

Baca Juga