Insuran yang pada kebiasaannya diketahui ramai seperti insuran kereta, rumah dan nyawa. Insuran berupaya meringankan beban kewangan jika sesuatu terjadi. Jika anda berminat untuk mendapatkan insuran perlindungan hubungi penulis.
Maaf teriklan pulak.
Di sini penulis ingin senaraikan ahli sukan yang menginsurankan bahagian tubuh mereka demi kesejahteraan masa depan kerjaya mereka bergantung kepada jenis sukan yang diceburi dari congkak, galah panjang, perlumbaan sehinggalah ke bola sepak.
Iker Casillas – Tangan
Penjaga gol Lagenda Sepanyol yang mencipta karier cemerlang, gemilang dan terbilang bersama Real Madrid dan menamatkan karienya bersama FC Porto.
Sebagai penjaga gol Iker Casillas telah menginsurankan tangan yang menjadi mata pencariannya. Casillas telah menginsurankan tangannya sebanyak RM70.67 juta. .
Jika sesuatu berlaku pada tangannya sudah tentu Casillas tidak boleh melakukan ‘aksi menyelamat lagi.
Nilai Polisi Insuran = RM70.67 juta
Fernando Alonso – Ibu Jari
Tangan merupakan aset penting kepada pemandu formula satu terutamanya ibu jari. Jika terjadi sesuatu kepada ibu jari macam mana nak buat ‘thumb up’ jika memenangi perlumbaan?
Atas kesedaran ini Alonso mengambil insuran bagi melindungi ibu jarinya. Kesian anak-anak jari tidak mendapat perlindungan.
Nilai Polisi Insuran = RM59.49 juta
Harvey Lowe – Tangan
Tak kenal Harvey Lowe? Salah seorang pemain Yoyo terbaik dunia. Yoyo pun tak tahu?
Permainan Yoyo memerlukan skill yang unik dengan menggunakan tangan kerana itulah Lowe menginsurankan tangannya.
Tetapi setakat ini Lowe tidak pernah mengalami kecederaan teruk ketika bermain Yoyo.
Nilai Polisi Insuran = RM670 950
Felipe Massa – Kepala
Walaupun tangan dan ibu jari penting dalam perlumbaan F1, Massa membuat keputusan di luar kotak apabila menginsurankan kepalanya.
Ada asasnya juga kenapa Massa mengambil insuran untuk kepalanya. Bayangkan Massa berlumba tanpa kepala.
Pada 2009 Massa pernah mengalami kemalangan teruk semasa sesi kelayakan dan mengalami keretakan tempurung kepala.
Lama jugak berehat masa tu terpaksa penulis menggantikan Massa.
Nilai Polisi Insuran = RM4.47 juta
Takeru Kobayashi – Perut
Kes Kobayashi ni pelik sedikit kerana beliau seorang Juara Makan dalam pertandingan makan-makan. Adakah ini sejenis sukan?
Apakah perlu terjadi kepada perutnya bagi membolehkan beliau membuat tuntutan insuran.
Tapi biasa la Jepun ni pelik sikit. Buat filem sedap lepas tu pergi censored pulak.
Nilai Polisi Insuran = RM400 470
Merv Hughes – Misai
Otai dalam sukan Kriket. Merv Hughes mempunyai banyak sebab lain untuk menjadi lagenda berbanding permainannya.
Misainya yang lebat dirapi kemas dan sapu mentega itu sangan legend maka di insurankan misainya.
Nev Hughes boleh membuat tuntutan jika ada yang terpotong misainya secara tidak sengaja.
Nilai Polisi Insuran = RM1.7 juta
Troy Polamalu – Rambut
Troy Polamalu tanpa rasa malu telah diinsurankan rambutnya oleh syarikat Head and Shoulders dan dari polisi itu beliau layak membuat tuntutan jika beliau kehilangan atau mengalami masalah pada rambut.
Beliau juga merupakan jurucakap Head and Shoulders.
Polamalu juga akan dibayar pampasan jika beliau kehilangan rambut selagi beliau masih menjadi jurucakap Head and Shoulders
Nilai Polisi Insuran = RM4.47 juta
Manuel Neuer – Tangan
Manuel Neuer merupakan seorang penjaga gol yang sangat gila dan gemar keluar dari kawasan gol sehingga ke tengah padang untuk mendapatkan bola.
Seperti Casillas, Neur yang terlibat dalam ‘kerja tangan’ telah menginsurankan tangannya.
Sebab gila tak boleh diinsurankan maka ambil insuran untuk tangan je la.
Polisi insuran Neur dijangka meningkat seiring dengan peningkatan kerjayanya.
Nilai Polisi Insuran = RM19.23 juta
Cristiano Ronaldo – Kaki
Pemain bola sepak yang mempunyai nilai komersil paling tinggi sepanjang kariernya walaupun kini sudah memasuki usia yang veteran bagi pemain bola sepak.
Bagi memastikan Ronaldo menjana pendapatan kepada Kelab, Real Madrid telah menginsurankan kaki Ronaldo yang merupakan pesona bintang.
Ronaldo juga menjual dan menjadi model seluar dalam keluarannya mungkin ada benda lagi nak diinsurankan kalau-kalau tercedera seperti melecet.
Nilai Polisi Insuran = RM485.26 juta
Lionel Messi – Kaki
Sesetengah peminat mengatakan Messi dari planet lain tapi Messi tidak lari dari mengambil insuran untuk kakinya dan Messi hanya lari dari membayar cukai kerana berasal dari planet lain.
Jumlah yang dibayar Messi untuk kakinya dilaporkan antara RM2.4 juta sehingga RM3.2 juta.
Menarik juga kalau dapat tengok macam mana polisi untuk makhluk asing kan?
Jadi berapa nilai polisinya?
Nilai Polisi Insuran = RM3.5 billion
David Beckham – Kaki
David Beckham pernah memiliki polisi insuran terbesar pada zaman beliau masih beraksi dan menjadi sensasi bola sepak.
Masakan tidak sepakan bola mati terutamanya sepakan percuma Beckham memang tidak boleh bawa bincang.
Bend it like Beckham!
Sekarang tidak dapat dipastikan Beckham masih meneruskan polisi insuran tersebut atau tidak.
Nilai Polisi Insuran = RM872.24 juta