Senarai Akhir 20 Pemain Malaysia ke Sukan SEA 2019

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengeluarkan senarai akhir 20 pemain yang terpilih selepas hadir ke kem latihan pusat skuad B-22 kebangsaan di Kelana jaya yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee.

Kem latihan pusat membabitkan pasukan Malaysia B-22 dibuat bagi memilih pemain untuk menghadapi Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

Ini merupakan temasya Sukan SEA kelima berturut skuad Malaysia dibimbing oleh Kim Swee, 49, selepas edisi 2011 di Indonesia, 2013 di Myanmar, 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan kali ini 2019 di Filipina.

Tujuh pemain yang baru selesai tugasan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe turut dipanggii untuk ke Sukan SEA menjadikan jumlah pemain menjadi 32 orang dan mereka semua tersenarai.

1. Haziq Nadzli – Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Syamer Kutty Abba – Johor Darul Ta’zim (JDT)
3. Akhyar Rashid – Johor Darul Ta’zim (JDT)
4. Adam Nor Azlin (kuota lebih umur) – Johor Darul Ta’zim (JDT)
5. Danial Amier Norhisham – Felda United
6. Dominic Tan – Police Tero FC
7. Syahmi Safari – Selangor

Daripada 32 pemain yang dipanggil hanya 20 pemain sahaja akan dipilih bagi menggalas tanggungjawab negara dalam misi membawa pulang ibu segala pingat di Sukan SEA sebelum terbang ke Manila pada Sabtu (23 November 2019).

Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain terpilih.

Senarai 20 pemain Malaysia ke Sukan SEA 2019

Tujuh daripada pemain di atas adalah dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur iaitu :

1. Haziq Nadzli – Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Syamer Kutty Abba – Johor Darul Ta’zim (JDT)
3. Akhyar Rashid – Johor Darul Ta’zim (JDT)
4. Adam Nor Azlin – Johor Darul Ta’zim (JDT)
5. Danial Amier Norhisham – Felda United FC
6. Irfan Zakaria – Kuala Lumpur
7. Syahmi Safari – Selangor

Ong Kim Swee turut menyenaraikan dua pemain yang melebihi umur untuk Sukan SEA dibawah kuota lebih umur iaitu :

1. Irfan Zakaria, 24 – Kuala Lumpur
2. Adam Nor Azlin, 23 – Johor Darul Ta’zim (JDT)

Apa yang menarik dalam senarai ini adalah 3 pemain daripada skuad Akademi Mokhtar Dahari(AMD) turut tersenarai dan mereka bertiga berumur 17 tahun.

1. Luqman Hakim Shamsudin – AMD B-17
2. Harith Haiqal Adam Afkar – AMD B-17
3. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan – AMD B-17

Pemain berdarah Malaysia sensasi, Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi dengan Kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City juga telah turut menyertai latihan selepas kontroversi melanda beberapa bulan lalu.

Tapi sayangnya, Wan Kuzain Wan Kamal tidak tersenarai kerana masalah dokumentasi tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Padu jugak ni.

Seperti biasa, semua pasukan yang bertanding di Sukan SEA akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan A bersama Myanmar, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.

Kumpulan A : Myanmar, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.
Kumpulan B : Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Jadual perlawanan Malaysia yang semuanya berlangsung di di Stadium Memorial Rizal, Manila :

Isnin, 25 November 2019 – Malaysia vs Myanmar

Jumaat, 29 November 2019 – Malaysia vs Filipina

Isnin, 2 Disember 2019 – Malaysia vs Timor Leste

Rabu, 4 Disember 2019 – Malaysia vs Kemboja

Baca Juga

Baca Juga