Senarai Akhir Anugerah FIFA Best 2019 Diumumkan

Selepas selesai sesi pencalonan dan pemilihan maka senarai akhir untuk anugerah The Best FIFA Football telah diumumkan dan tumpuan sudah pasti terarah kepada anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi tersenarai untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player disamping pendatang baharu, Virgil van Dijk yang dijangka akan memenangi anugerah tersebut selepas menjadi pemain terbaik Eropah.

Tahun lalu, Luka Modric telah memecahkan penguasaan dan duopoly Ronaldo-Messi selepas 10 tahun apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA selepas cemerlang membawa Croatia ke final Piala Dunia 2018.

Van dijk djangka akan menambahkan lagi kemarau Ronaldo-Messi daripada bergelar yang terbaik buat tahun kedua berturut-turut.

Sebanyak 8 anugerah utama dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita. Kategori wanita dilihat sangat sengit selepas berakhirnya Piala Dunia Wanita 2019 beberapa bulan lalu.

Para calon akhir ini akan diundi oleh Ketua pasukan kebangsaan jurulatih, peminat dan media mengikut anugerah yang dipertandingkan dan majlis anugerah The Best FIFA Football Awards akan diadakan di Teatro all Scala di Milan, Italy pada 23 September 2019.

Berikut merupakan senarai penuh calon akhir bagi Anugerah FIFA Best 2019.

The Best FIFA Men’s Player

Cristiano Ronaldo (POR) – Juventus
Lionel Messi (ARG) – FC Barcelona
Virgil van Dijk (NED) – Liverpool
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Women’s Player

Lucy Bronze (ENG) – Olympique Lyonnais
Alex Morgan (USA) – Orlando Pride
Megan Rapinoe (USA) – Reign FC
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Men’s Coach

Pep Guardiola (ESP) – Manchester City
Jurgen Klopp (GER) – Liverpool
Mauricio Pochettino (ARG) – Tottenham Hotspur
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Women’s Coach

Jill Ellis (USA) – USA national team
Phil Neville (ENG) – England national team
Sarina Wiegman (NED) – Netherlands national team
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

FIFA Fan Award

Silvia Grecco (BRA)
Netherlands Fans at the Women’s World Cup (NED)
Justo Sánchez (URU)

The Best FIFA Men’s Goalkeeper

Alisson (BRA) – Liverpool
Ederson (BRA) – Manchester City
Marc-André ter Stegen (GER) – FC Barcelona
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Women’s Goalkeeper

Christiane Endler (CHI) – Paris Saint-Germain
Hedvig Lindahl (SWE) – Chelsea / Wolfsburg
Sari van Veenendaal (NED) – Arsenal / Atletico Madrid
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

FIFA Puskás Award

Lionel Messi (ARG) – Real Betis v FC Barcelona [La Liga] (17 March 2019)
Juan Fernando Quintero (COL) – River Plate v Racing Club [Argentinian Superliga] (10 February 2019)
Dániel Zsóri (HUN) – Debrecen FC v Ferencváros TC [Nemzeti Bajnoskag I] (16 February 2019)

Baca Juga

Baca Juga